SEARCH

#Equilibrium : Kesamarataan Dengan Saksama, Kabur Garis Lintang

#Equilibrium : Kesamarataan Dengan Saksama, Kabur Garis Lintang

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Equilibrium adalah kata kuncinya. Kita terlalu memberatkan feminisme atau masculinism, sehingga melewati sempadan. Terkadang-kadang jadi lengah, lalai atas sebab dorongan kuat untuk menagih hak yang mengacau diri. Lupa yang akhirnya ia mendiskriminasi, menodai dan melemparkan maruah seseorang ke bawah.

Si perempuan mengkritik lelaki, si lelaki pandang rendah perempuan… ada saja yang serba tak kena. Saling bertelingkah, melabel dan menstereotaipkan satu sama lain.

Luaskan pandangan. Jangan menganggap enteng sesama sendiri. Dua-dua tiada bezanya.
Sitting Editor  : Ardi Idewani Zaini Arahan Seni : Ashura Hakim Pembantu Solekan : Emmy Agung Rambut : Juno Ko Fotografer : Zhong Lin Dibantu oleh : Wyn Model : Siran Sisi & Aidas M. (Attitude Models)

Siapa bilang hanya lelaki sahaja tertanggung semuanya dan mengapa ada yang berfikiran sebegitu? Perempuan juga menanggung beban itu, menjadi sendi yang menyangga setiap apa yang lelaki lakukan. Perempuan mampu memikul segala-galanya! Lelaki, jangan ego! Siran memakai kemeja dan seluar Prada, kasut daripada Fendi. Aidas menyarung tali beg Fendi sebagai tali pinggang dan stoking Prada.

Biar rumit, biar payah, perempuan tidak pernah lelah mencurah kasih sayangnya. Untuk mengagahkan si lelaki. Siran dalam kemeja Prada.

Dunia hari ini digenangi harakah feminisme. Begitu sarat. Menggencat masa untuk membangkitkan isu yang berbentuk anti-feminis – dia juga mahu bersuara! Memerangi ketidakadilan yang membegari dunia yang selama ini ‘berbingkah-bingkah’. Tersedar yang selama ini perempuan tidak diberi hak sama rata dan semuanya berpusat pada lelaki. Hal-hal kerja, ganjaran, tuntutan hak, keistimewaan dan seumpamanya yang dirasakan agak berat sebelah.

 

Siran memakai skirt (sebagai dress) dan kemeja (dililit pada pinggang) daripada Dior, tali pinggang daripada Marc Jacobs. Aidas memakai sarung tangan daripada Marc Jacobs.

Terbangun moralis, tertegak keadilan dan tersinar keberanian, yang melumpukkan perempuan-perempuan perkasa. Tidak gentar bertarung. Membentuk gerakan tertentu yang menentang ketidaksetaraan atau ketidaksamaan. Tertubuhnya #MeToo, The Women’s March, Times’s Up dan macam-macam lagi.

Segenap dunia meraikannya. Hollywood antara yang mengasaskan ia, lantas ‘berjangkit’ ke medan fesyen. Dior, Louis Vuitton semuanya mengagungkan kuasa kewanitaan dan menggunakan fesyen untuk mendasari perjuangan. Muncul pula insan-insan fesyen seperti model-model yang menjulang tinggi perkara yang sama.

Jika ada yang bilang lelaki kuat… perempuan juga sama kuat! Jangan pandang rendah si perempuan. Aidas memakai sarung tangan daripada Marc Jacobs, sandal daripada Salvatore Ferragamo. Siran memakai skirt (sebagai dress), kemeja (dililit pada pinggang) dan but daripada Dior. 

Kesamarataan sepatutnya tidak menyempadani dan tidak berat sebelah. Utamakan keseimbangan. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jangan jadi lalai dengan diri sendiri atau bernafsi-nafsi, sehingga memberi malu orang lain. Aidas memakai jaket trek dan seluar trek daripada Gucci, kasut daripada Salvatore Ferragamo. Siran menyarung baju renang dan kasut daripada Gucci, seluar sama sendat daripada Fendi.

Namun pabila menaruh sesuatu sehingga melampaui batas dan menjadi amat berat, adakalanya mengalpakan diri. Apabila akal menguasai hati, sampai tidak sedar dirinya juga bertindak membezakan orang lain. Bila terjadinya perbezaan itu – kaum yang merendah-rendahkan kaum lain, meletakkan mereka di ‘hierarki’ terbawah memberanikan mereka untuk berjuang dan akhirnya, mereka menjadi taasub sehingga menjatuhkan digniti orang lain – mana perginya equality?

Kami di sini mahu menyambut kesamarataan dan mengaburkan sempadan. Biar adil untuk dua-dua pihak. Menerbitkan kesetimbalan  dan perpaduan.

 

Saling mendukung dan menyokong. Setiap orang ada keburukan dan kebaikan masing-masing. Terima ia seadanya. Aidas dalam sut daripada Salvatore Ferragamo. Siran memakai blaus kait dan skirt kembang daripada Fendi, sarung tangan daripada Marc Jacobs.

 

Kesepaduan, hak istimewa yang adil saksama itu perlu! Untuk menjadikan dunia lebih baik dan sempurna. Aidas dalam sut daripada Salvatore Ferragamo. Siran memakai blaus kait dan skirt kembang daripada Fendi, sarung tangan daripada Marc Jacobs dan kasut daripada Prada.

 

Bukan anti-feminis. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Aidas memakai baju panas dan seluar daripada Salvatore Ferragamo. 

 

Bukan anti-masculinist. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Siran memakai baju panas berjumbai daripada Bottega Veneta.

 

Meligatkan jasmani, menyerap keharmonian. Siran memakai baju panas berjumbai dan seluar daripada Bottega Veneta.

 

Mengapa ada seksisme? Kaburkan dan kuburkan semua itu. Bangkitkan equality! Aidas memakai seluar daripada Marc Jacobs. Siran menyarung dress daripada Marc Jacobs. 

Bikin satu perjanjian, saling berpimpin tangan! Siran memakai dress slip daripada Salvatore Ferragamo.

 

Siran memakai dress slip daripada Salvatore Ferragamo.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE