SEARCH

Fesyen Musim Luruh 2018 Memecahkan Taboo LGBTQ & Kekangan Budaya

Fesyen Musim Luruh 2018 Memecahkan Taboo LGBTQ & Kekangan Budaya

Saya menonton dan menonton dan menonton lagi dan lagi pertunjukan fesyen Burberry di laman Youtube – koleksi finale Christopher Bailey untuk jenama ini. Selepas 17 tahun bersama jenama ini dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Kreatif, Bailey meninggalkan tampuk penting dalam jenama ini. Katanya untuk lebih memfokus pada suami dan anaknya. Saya sungguh terkesan dengan pertunjukan fesyen Burberry dan koleksi Bailey yang terakhir ini. Karangan seluruh pertunjukan seolah-olah menyentuh perasaan, menaikkan bulu roma dan membuat saya menitiskan air mata di saat Bailey membuat final bow nya.

Pertunjukan dibuka oleh model Adwoa Aboah memakai kot parka oversize merah jambu bersama kain labuh putih. Lagu-lagu yang berkumandang saya rasa adalah pilihan peribadi Bailey, yang menjadi kegemarannya sewaktu dia remaja di era 90-an. Lagu-lagu yang begitu sinonim di kelab-kelab gay serta menjadi anthem kelompok ini di era 90-an. Burberry kali ini memang benar-benar menampilkan tema LGBTQ, mengangkat kelompok ini sewaktu memikirkan rekaannya. Jadi kelihatan banyak permainan warna pelangi pada helaian-helaian yang ditampilkan. Tentunya jemeki juga muncul pada beberapa look.

Pelangi juga muncul pada check signature Burberry (rainbow check collection) yang dijual serta-merta selepas tamat pertunjukan. Dan sebahagian hasil jualan koleksi ini akan digunakan untuk mendukung badan-badan kebajikan yang membantu golongan LGBTQ. Lokasi di West London, sebuah gudang besar dihiasi gantungan lampu-lampu gergasi berayunan penuh sepanjang runway. Dimulai dengan lagu-lagu perlahan muzik kemudian berubah rancak dengan lagu I Feel Love. Lagu penutup daripada The Communards, Don’t Leave Me This Way nyata bermain perasaan penonton.

Sampaikan tiba masa Bailey keluar membuat final bow, saya pasti perasaan semua yang hadir tersentuh sehinggakan hampir semua bangun memberi standing ovation kepada Bailey. Pada saat model-model membuat finale walk, seluruh runway bersimbah giant prism of rainbow lasers, ‘Our Time’ yang dipinjam dari Museum of Old and New Art Australia. Pertunjukan akhir Bailey untuk Burberry ini tentunya akan diingati dalam sejarah fesyen dunia. Saya juga gembira kerana Bailey seolah-olah memecahkan taboo tentang golongan LGBTQ kerana ini mungkin pertunjukan fesyen pertama yang memberi penghormatan kepada kelompok ini pada skala besar dan diangkat sehingga menjadi buah mulut seluruh dunia.

Bailey juga mungkin mahu mengenang kembali kenangan dia membesar sebagai gay dan meluahkan pengalamannya melalui koleksi terakhirnya ini. Mungkin bagi dia, masa ini adalah yang terbaik untuk dia melaksanakan impiannya yang selama ini tidak sesuai diketengahkan atau mungkin akan diselar. Tetapi sekarang di saat seluruh dunia sudah tidak lagi merasakan bahawa LGBTQ ini sebagai sesuatu yang taboo malah bebas diperbincangkan, dia bijak memanipulasi dan menggunakan tema ini. Saya pasti hampir separuh atau mungkin lebih pencinta dan pembeli Burberry datangnya daripada golongan ini. Mungkin juga koleksi ini akan menyumbangkan jualan tertinggi sepanjang sejarah Burberry. Siapa tahu? Bailey juga merasakan koleksi ini mengingatkannya kepada kepentingan masa.

Kita hidup dalam fasa yang sangat menarik – huru-hara dan menyedihkan serta berubah. Saya cuba menonjolkannya dalam koleksi ini. Sentimen pertunjukan ini pula adalah tentang masa depan dan betapa teruja dan positifnya ia. Saya harap ia benar-benar begitu. I’m an optimist, my glass is half full.”

KEMUNCULAN HIJAB MERATA-RATA DI PENTAS MINGGU FESYEN

Satu lagi trend yang saya lihat begitu tegar diketengahkan oleh banyak pereka fesyen kali ini ialah trend skarf dan hijab. Ada sesetengahnya mengeluarkan look pertama bersama hijab atau skarf menutupi penuh kepala. Well first mungkin rumah-rumah fesyen ini mahu menakluki pasaran Timur Tengah pula selepas China menjadi pasaran penting beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi saya ia tindakan bijak kerana Timur Tengah ialah pasaran berduit dan gemar berfesyen biarpun hanya menggayakannya di bawah abaya labuh menutupi seluruh tubuh.

Saya boleh membayangkan wanita-wanita Arab kaya menyarung hijab gabungan material knit dan sutera yang digayakan salah seorang model di pentas Gucci. Atau pun skarf yang dipertontonkan pada sesetengah model yang melewati pentas Versace. Mungkin juga banyak yang akan mendapatkan hijab hitam pertama yang dipersembahkan di pentas Dior dipakai bersama topi.

Trend hijab ini juga menunjukkan betapa kebanyakan pereka sudah meruntuhkan kekangan budaya dalam dunia fesyen. Mereka tidak gentar atau ragu dalam soal rekaan yang menggunakan budaya masyarakat dunia yang seringnya dilihat berkait rapat dengan agama. Tapi jika difikirkan dalam-dalam, mungkin hanya di Malaysia sahaja kita sering berfikiran sempit mengaitkan hijab atau skarf dengan agama sedangkan budaya ini sudah lama wujud. Ingat lagi betapa chic nya pelakon-pelakon Old Hollywood Glamour seperti Grace Kelly atau Audrey Hepburn atau Marilyn Monroe menggayakan trend ini dalam filem-filem mereka juga dalam penampilan harian?

Jadi mengapa sempitkan fikiran kita memikirkan hal-hal remeh seperti Neelofa melancarkan tudungnya di Zouk jika di pentas peragaan antarabangsa, pereka fesyen ternama boleh memadankan di antara skarf kepala bersama skirt midi. Atau hijab menampakkan sebahagian rambut? Kerana pada saya isu agama tidak wajar sama sekali dipolitikkan. Setiap daripada kita hanya wajar memikirkan cara terbaik menggembeleng tenaga mencari pendapatan biar apa pun caranya asalkan tidak melibatkan memangsakan sesama insan. Saya rasa hanya ini pun yang ada dalam minda setiap pereka yang mengetengahkan trend hijab atau skarf di pentas pertunjukan masing-masing.

Kerana dalam setiap agama juga menekankan bahawa setiap insan bertanggungjawab terhadap dosa dan pahala masing-masing. Setiap daripada kita dijanjikan syurga atau neraka berdasarkan dosa atau pahala yang dihitung nanti. Jadi tiada gunanya kita mempolitikkan atau memperbesar-besarkan sesuatu isu yang berkaitan agama kerana pada akhirnya kita harus sedar ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Atau mungkin sebenarnya dalam isu Neelofa lebih menguntungkan dia sebenarnya kerana setelah penat semua orang berbahas dan berbalah tentang isu ini selama hampir seminggu lamanya, paling penting bagi Lofa ialah sehari selepas tudungnya dilancarkan semua SOLD OUT. Fikir-fikirkanlah.

#normalisthenewavantgarde

 

fesyen musim luruh 2018

MERRISSA EMILDA, PENGARAH KREATIF

Warna-warna pastel menjadi pilihan Merrissa. Dress berjalur direka berpanel pleats memberi look serba quirky. Dia memadankannya bersama  kot nipis berlapel besar warna jingga lembut bagi menyempurnakan gaya. Semua helaian daripada UNIQLO.

 

fesyen musim luruh 2018

DAHLIA ILHAM NADIRAH, USAHAWAN

Usahawan juga Pengasas Bersama kosmetik tempatan so.lek, Dahlia senang bergaya ringkas dan selesa yang memudahkan dia bergerak cergas sesuai sifat semulajadi kerjayanya. Dress hitam tak berlengan ini dipakai berlapis dengan skirt structured berbutang penuh di depan. Fanny pack menjadi teman setia memudahkan urusan urusniada. Semua helaian daripada UNIQLO.

 

fesyen musim luruh 2018

ANNEES SOFEA, MODEL/ PENULIS

Annees menggayakan sut jingga terang daripada koleksi Hana Tajima. Sut double breasted ini dicengkekkan menggunakan tali pinggang camel hampir senada dengan sut. Kemeja jingga lembut di dalam menampakkan kontras. Formal and fun bersatu dalam satu stail.  Semua helaian daripada UNIQLO.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE