SEARCH

Founder Jenama Muslimah Raih Untung Mudah Dengan Plagiat Rekaan Jenama Lain

Founder Jenama Muslimah Raih Untung Mudah Dengan Plagiat Rekaan Jenama Lain

Sedar tak sedar sudah lebih dua minggu kita menjalani ibadah puasa, memandangkan Syawal yang dinanti juga sudah semakin hampir jadinya ramailah antara kita sudah mula membeli-belah untuk persiapan raya. Bukan sahaja pembeli yang sibuk hendak bershopping sekarang ini malah rumah-rumah fesyen juga giat mengadakan jualan murah bagi melariskan barangan jualan mereka. Bagaimanapun, saya perasan budaya jualan murah tahun ini agak berlainan sedikit dari tahun-tahun sebelumnya di mana sesetengah jenama pakaian sudah mula menawarkan potongan harga dari awal Ramadan lagi, berbeza dengan situasi jualan murah menjelang Aidilfitri tahun sebelumnya yang mana hanya akan belangsung di saat-saat akhir Ramadan sahaja.

Mungkin ini salah-satu daripada taktik pemasaran yang baru bagi menarik minat konsumer? Entahlah saya sendiri kurang arif dalam urusan perniagaan ini. Tapi satu perkara yang saya tahu benar, setiap kali musim perayaan tiba maka akan bertimbun-timbun koleksi baru dilepaskan untuk memenuhi citarasa dan keinginan pembeli yang mahu tampil stailish dan bergaya di pagi raya. Dari sekecil-kecil jenama sehinggalah jenama besar di dalam industri fesyen semuanya saling tidak kalah mempersembahkan koleksi baru mengikut kesesuaian target market mereka.

Oleh kerana kesemua koleksi raya biasanya akan terjual laris seperti goreng pisang panas maka ramailah di kalangan selebriti dan sosialit juga mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Ada yang menjual produk makanan, alat solek, produk kesihatan yang kononnya boleh mencantikkan kulit dalam masa tiga hari dan bermacam-macam lagi.

“Untung jadi orang popular, jual apa pun pengikutnya akan beli kan?” Kata saya kepada teman saya Dee, saat kami sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka Kuala Lumpur. Ada berpuluh-puluh pop-up booth di situ dengan pelbagai seleksi baju kurung, kebaya, dress dan banyak lagi. Tapi booth jenama X paling menarik perhatian saya. Kerana kempen raya mereka tahun ini yang boleh dikira agak ‘all out’ dari iklan TV, majalah sehingga ke sosial media semuanya terpapar nama jenama X.

Jenama X adalah sebuah jenama pakaian yang diasaskan oleh sosialit popular di media sosial dengan jumlah pengikut mencecah hampir 2 juta orang. Pemilik jenama X dikenali sebagai Arina, dia bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang kukuh dalam bidang perniagaan. Sebelum ini dia hanya dibayar untuk menjadi model bagi memperagakan koleksi busana raya untuk jenama-jenama lain dek kerana rupa parasnya yang ‘sedap mata memandang’. Tapi lama-kelamaan pengaruh Arina di media sosial semakin meluas sehingga dia diangkat sebagai salah satu ikon fesyen muslimah paling berpengaruh kerana sering dijadikan rujukan untuk wanita muslimah berfesyen mengikut syariat Islam.

Tapi brand yang satu ini, terkenal sebab suka plagiat rekaan orang lain…” bisik Dee

“Tapi brand yang satu ini, terkenal sebab suka plagiat rekaan orang lain” Bisik Dee perlahan saat kami melepasi booth jenama X. “Eh? Founder jenama X si Arina itu kan terkenal orangnya, tak akan lah dia berani buat begitu?” Memang benar jenama X sangat terkenal di kalangan anak muda sekarang, semuanya berebut-rebut hendak mendapatkan busana baru dari jenama X yang kononnya sangat ‘eksklusif’. “Betul, Masa aku bekerja dengan butik milik kawan kakak aku, mereka ambil Arina untuk jadi model pakaian mereka. Tiba-tiba tak lama lepas itu Arina lancarkan label pakaiannya sendiri tapi rekaan baju dia saling tak tumpah dengan dengan baju-baju yang dia gayakan untuk butik kawan kakak aku itu. Sama sangat hampir tak ada beza langsung.”

Kata Dee, kawan kakaknya itu sama sekali tidak sangka Arina sanggup berbuat demikian. Sebelum ini, dia anggap Arina seperti adiknya sendiri, saat Arina tidak punya apa-apa dialah yang menghulurkan bantuan dengan mengambil Arina untuk dijadikan model jenama pakaiannya sebelum Arina semakin popular dan mula menggayakan baju-baju jenama lain. Jadi bila Arina sanggup meciplak hasil kerjanya, dia rasa seperti ‘ditikam dari belakang’ oleh orang yang sangat dia percayai.

“Kebetulan sahaja kot?” Tanya saya, konon mahu bersangka baik di bulan puasa ini. “Kalau sekali sahaja terjadi, mungkin bolehlah kita kata kebetulan sahaja, tapi lepas itu banyak lagi rekaan pereka fesyen lain yang dia tiru bulat-bulat.” Menurut Dee lagii, bukan sahaja rekaan baju malah baru-baru ini rekaan tudung jenama lain juga turut diciplak, hanya ditukar nama dan warna bagi mengelirukan orang ramai.

“Dia tak takut ke kalau orang boikot barangan jualannya Dee?” Hairan saya, sudah tiada idea sangatkah sampai sangup mencuri hasil kerja orang lain untuk meniaga? Nasib baik sahaja selama ini dia tidak disaman atas perbuatannya itu “Dia tak peduli akan cakap-cakap orang, sebabnya dia ada pengikut yang ramai dan mereka ini selalu sokong segala tindakan dia. Aku pun tak faham orang kita ini kadang-kadang sudah terang-terangan salah masih nak disokong lagi.

Tapi bila jenama dia dicetak rompak, tahu pula dia mengamuk. Habis semua orang dia marah kononya kegiatan macam itu seperti sengaja mahu tutup periuk nasinya.”

“Tapi bila jenama dia dicetak rompak, tahu pula dia mengamuk. Habis semua orang dia marah kononya kegiatan macam itu seperti sengaja mahu tutup periuk nasinya.” Sambung Dee. Barulah Arina tahu rasa bagaimana kecewanya seorang pereka itu apabila hasil kerja mereka dicuri begitu sahaja. Sudah penat bersusah-payah siang malam untuk menyiapkan sesebuah rekaan alih-alih ada pula individu lain dengan mudah mengeksploitasi karya mereka untuk keuntungan poket sendiri.

Pada saya ini adalah soal integriti, kerana tidak kira apapun alasannya, saya percaya integriti adalah penting dan ia kunci kejayaan setiap perniagaan. Tanpanya mustahil untuk sesebuah perniagaan mampu bertahan lama dalam industri fesyen yang pesat membangun kini. Kerana kejujuran dan ketulusan inilah yang akan membuatkan orang ramai percaya pada apa sahaja produk atau servis yang kita tawarkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE