SEARCH

Freedom 3.0: Stail Genderless Bersama Ruzana Ibrahim, Roselyn Khan & Nia Atasha

Freedom 3.0: Stail Genderless Bersama Ruzana Ibrahim, Roselyn Khan & Nia Atasha

Sitting Editor: Azreezal Hafidz Gambar: Chuanlooi/ Yipieyaya Studio Arahan Seni: Merrissa Emilda Penyelaras: Ardi Idewani Zaini Solekan & Rambut: Fendi Sani & Emmy Agung

Berpapasan gaya si lelaki dengan si perempuan atau saling melengkapi antara satu sama lain. Genderless is the word. Kesamaan dari segi stail, yang tak lagi berpihak pada satu jantina sahaja. Menghapuskan beza-membeza.

Rasa leluasa dalam mahu bergaya dan kebendaliran teracung kepada kebebasan. Tidak kisahlah dengan apa rupa diri, mengenyahkan self conscious. Perjuangan dalam menipiskan sekatan atau pembatasan dalam berfesyen ini sudah lama dilaung oleh nama-nama besar fesyen. Miuccia Prada antara yang percaya pada perihal ini, kerana pernah sekali dia melahirkan satu rekaan yang bukan direka untuk jantina tertentu, namun untuk semua orang. Baginya, itulah menggambarkan apa yang now!

Kebangkitan menyanggah tradisi ini juga didukung oleh Rick Owens, Gucci dan JW Anderson yang melihat kesempurnaan, kepositifan dan optimisme dalam fesyen genderless. Bagi mereka, mengapa harus mengelaskan siapa harus pakai apa? Tidak ada istilah pembelengguan dalam kamus fesyen.

Malah jenama high street seperti H&M dan Zara juga sudah beranjak ke panorama genderless. Zara misalannya, menampilkan model wanita menggayakan helaian lelaki dalam kempen Zara Man, untuk memperkenalkan inisiatif mereka yang meluhurkan ‘gender-bender’. Lantaran, revolusi ini telah menukarkan perspektif satu dunia tentang hala tuju fesyen dan dijangka mungkin mengubah cara kita berbelanja ke atas pakaian.

Baru-baru ini, setelah memerah tenaga selama berbulan-bulan, CFDA / Vogue Fashion Fund menamai jenama uniseks Telfar sebagai pemenang. Pemilik jenama tersebut, Telfar Clemens menyongsong arus dan memiliki pandangan unik tentang rekaan-rekaannya. Berpaut teguh pada konsep genderless, Telfar menerbitkan nada universal dalam butir rekaan dan ia dilihat sebagai disruption baharu kepada ketradisionalan fesyen. Membuktikan keberadaan jenama uniseks sebegini dalam medan fesyen sudah diakui!

Bagi merai estetika ini yang kami tahu satu hari akan membentuk dunia fesyen masa akan datang, tiga wanita yang datangnya daripada latar belakang yang berlainan – penyanyi dan pelakon Ruzana Ibrahim ; fashion buyer FashionValet.com Roselyn Khan serta model Nia Atasha – dipilih untuk mengecap rasa genderless dan dalam masa yang sama memberi penghormatan kepada dunia menswear. 

RUZANA IBRAHIM MEMENCARKAN ‘MASCULINITY’ DALAM ‘FEMINITY’, MENGGAYAKAN SUT HOUNDSTOOTH BAHU LEBAR DENGAN KEMEJA BERCORAK. SEMUANYA DARIPADA VERSACE.

MENGUMPUL KETIGA-TIGA JELITAWAN – ROSELYN KHAN, RUZANA DAN NIA ATASHA – MELUHURKAN KEHEBATAN KRIS VAN ASSCHE YANG ANTARA TERPENTING DALAM ALAM FESYEN LELAKI. ROSELYN DAN RUZANA BERSUT, ROLLNECK, DAN BERKEMEJA MANAKALA NIA MEMAKAI KOT BULU. SEMUANYA DARIPADA DIOR HOMME.

PABILA PEREMPUAN BERSUT LENGKAP, DAYA TARIKANNYA MASIH ADA! MALAH MUNGKIN LEBIH BERBANDING MEMAKAI HELAIAN BIASA. RUZANA DAN NIA MELENGKAPKAN DIRI DALAM SUT KLASIK, ROSELYN PULA DALAM TUKSEDO PENUH CORAK. SEMUANYA DARIPADA DOLCE & GABBANA.

Genderless Freedom 3.0 Roselyn Khan, Ruzana Ibrahim & Nia Atasha

KETIGA-TIGA MEMAKAI KEMEJA, SELUAR DAN DASI DARIPADA BOTTEGA VENETA.

Kami mendandani mereka bertiga dalam rupa berambut pendek, menyarung sut serta kemeja lelaki dengan tali leher dan dasi, menyerupai stail bekerja juga formal si lelaki. Ala meminjam imej ikonik kisah kemeja putih Peter Lindbergh yang memotretkan Linda Evangelista.  The verdict? Ia tidak langsung mencela atau menggugat digniti fesyen mereka!

 

ONE CAN NEVER GO WRONG WITH A MEN’S WHITE SHIRT. SARUNGKAN PADA TUBUH PEREMPUAN, SIAP DENGAN DASI MENJELMAKAN KEYAKINAN. KESEMUA MEREKA MEMAKAI BOTTEGA VENETA. 

ROSELYN DAN RUZANA MENAKALI GAYA LELAKI, LEBIH-LEBIH LAGI REKAAN ALA COLLEGIATE. ROSELYN MENYARUNG SUT SERTA SELUAR PENDEK CORAK PETAK, DIPAKAI BERSAMA KEMEJA PUTIH DAN IKATAN KARDIGAN. RUZANA BERSAHAJA MEMAKAI JAKET SUT DENGAN KOLAR BINDING. SEMUANYA DARIPADA GUCCI. 

SUT CORAK PETAK ATAU CHECKS SEMEMANGNYA SUDAH SINONIM DENGAN IMEJ KLASIK LELAKI. ROSELYN DAN NIA TIDAK MENGUBAH ESTETIKA TERSEBUT, MEMELIHARA SIFAT KLASIK ITU. SEMUANYA DARIPADA PAUL SMITH.  

JOY OF UNISEX! BIAR SAIZ BESAR, TIDAK LANGSUNG PAYAH UNTUK TAMPIL STYLISH. NIA MEMILIH UNTUK BERSUT LENGKAP DENGAN TALI LEHER ALA GAYA WORKWEAR LELAKI DAN RUZANA MENUTUP TUBUHNYA DENGAN KOT PANJANG WOOL. SEMUANYA DARIPADA PRADA.  

BEBAS MENGUASAI ROSELYN KALA DIA BERSUT. POTONGAN LEBAR, BESAR DAN LONGGAR MENYEGARKAN PERSPEKTIF GAYA. SEMUANYA DARIPADA SALVATORE FERRAGAMO. 

SALAH SATU TREND LELAKI YANG MASIH BERNAFAS SEHINGGA KE SAAT INI… JAKET BOMBER! NIA MENGGAYAKAN JAKET CORAK HAIWAN BERSAMA CERAIAN ALL-BLACK DI DALAM, MEMPERLIHATKAN KONTRAS. SEMUANYA DARIPADA BALLY.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE