SEARCH

Fresh Face 2016: Ana Abu

Fresh Face 2016: Ana Abu
Cover10_ForFeature
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
ANA ABU, KELANTAN, 28 TAHUN, USAHAWAN

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya mengusahakan bisnes jenama fesyen saya, Ana Abu Co. Ia sesuatu yang amat enjoy diusahakan sejak lima tahun kebelakangan ini. Selain itu, yes I’m a wife to my husband.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Saya baru sahaja habis proses penggambaran kempen koleksi terbaru. Pengalaman yang cukup mengujakan apabila saya dapat bekerja dengan “dream team” yang selama ini saya impikan. Achievement unlocked!

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Saya boleh menyarung apa sahaja persalinan yang saya mahu tanpa terlalu memikirkan apa yang orang fikir. Dari androgyny ke feminin, saya boleh memilih apa yang saya mahu pakai mengikut mood.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Zookeeper atau forest ranger kerana saya begitu berminat dalam bidang ini. Untuk melihat dan menjaga serta memelihara hidupan liar.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Ketika hari pertama jenama Ana Abu dilancarkan dan saya berjaya memiliki butik sendiri. Momen tersebut antara yang paling akan saya ingat sehingga hari ini.

Hari yang sempurna buat kamu? Bila-bila sahaja yang saya dapat luangkan masa bersama keluarga. Cukup sekadar berjumpa, berbual dan bergelak ketawa. Hal-hal begini mampu membuat hari saya produktif keesokan harinya.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Semakin pantas dalam segala aspek kehidupan – teknologi, pembelajaran dan lain-lain.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Cara kerja dan gaya hidup. Saya tentu sekali mahu menjadikan apa yang saya usahakan hari ini sebahagian daripada kehidupan saya.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Arkitek kerana saya peminat Hijjas Kasturi.

Kamu ingin tua seperti…? Saya ingin memiliki hati yang mulia seperti kedua ibu bapa saya. Dan bertanggungjawab seperti atuk dan nenek saya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE