SEARCH

H&M Bra Sempena Bulan Kesedaran Barah Payudara

H&M Bra Sempena Bulan Kesedaran Barah Payudara

Bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kanser payudara, bulan Oktober setiap tahun ditetapkan sebagai Bulan Kesedaran Barah Payudara Sedunia. Ia bertujuan bagi mendidik dan menyokong golongan penghidap barah payudara agar mereka tidak merasa keseorangan kala diuji dengan penyakit paling digeruni wanita ini. Bersempena bulan kesedaran ini, syarikat pakaian gergasi terkenal H&M melancarkan koleksi bra mereka sendiri yang direka khusus buat ‘breast cancer survivors’ di seluruh dunia.

Koleksi yang dikenali sebagai ‘close to my heart’ diinspirasikan daripada pengalaman salah seorang pekerja H&M sendiri yang mengalami kesukaran untuk mencari rangkaian pakaian dalam bersesuaian dengan keperluanya sebagai salah seorang wanita yang terselamat dari barah payudara.

Manurut Charity Breast Cancer Care United Kingdom, mereka yang baru menjalani pembedahan mastectomy disarankan memilih bra yang tinggi dengan kandungan kapas dan elakkan bra berjenis underwire kerana ia akan memberikan kesan terlalu ketat dan ketidak selesaan pada kulit.

Melalui koleksi ini kesemua bra didatangankan dalam size 32A sehingga 38D dan boleh digayakan oleh mereka yang telah menjalani pembedahan mastectomy tanpa sebarang masalah. Ia juga direka khas untuk keselesaan wanita yang menggunakan payudara prostetik sebagai ganti kepada payudara asal yang telah dibuang bagi mengurangkan risiko barah.

Jurucakap H&M menyifatkan bahawa bra yang direka khas untuk payudara prostetik mempunyai kadar liputan yang lebih luas dan poket pengalihudaraan untuk menampung payudara prostetik dengan baik berbanding bra biasa yang terjual di pasaran sekarang.

Malah H&M turut berkesempatan menjalinkan kerjasama dengan American Cancer Society (ACS) di mana keseluruhan daripada hasil jualan ‘close to my heart’ akan disalurkan ke ACS bagi tujuan kajian terhadap barah. Mereka menyasarkan untuk mengumpul keseluruhan US$125,000 menjelang akhir bulan ini.

H&M bra

H&M bra

H&M bra

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE