SEARCH

Ditangkap Isteri Sendiri! Pereka Fesyen Buat Hubungan Seks Songsang Dengan Pembantu Peribadi

Ditangkap Isteri Sendiri! Pereka Fesyen Buat Hubungan Seks Songsang Dengan Pembantu Peribadi

Norma pulang ke rumah dengan perasaan penuh hampa pada petang itu, tadi dia ke salah satu butik terkemuka di ibu kota tapi entah kenapa sepertinya butik itu sudah tidak beroperasi lagi. Pelik juga, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja tutup. Terbantut niat Norma untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen di butik itu bagi menyiapkan bajunya yang bakal dipakai ke majlis perkahwinan anak Datin Mastura dalam beberapa minggu lagi.

“Termenung jauh teringatkan siapa ma?” Melihatkan Norma seperti sedang runsing, Saleha sengaja mengusik ibunya untuk menceriakan suasana. “Siang tadi mama ke butik E, tapi sayang sudah tutup,” Norma menjawab “Tutup? Mama ke sana lewat sangat kot tadi? Tak apalah, esok kan boleh pergi lagi.” “Bukan tutup yang itu Sal oi! Tutup terus, barang-barang dalam butik pun dah tak ada. Butiknya kosong.” Norma mengetap gigi, geram pula dengan perangai lurus anaknya yang satu ini.

Saleha tersenyum senget, kemudian menjawab, “Mustahil lah ma, mungkin butiknya dah berpindah mama sahaja tak tahu kot.” “Mungkin juga, tapi tak akanlah dia tak hebohkan yang butiknya dah berpindah? Macam mana customer nak tahu? Tak takut hilang customer ke?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Norma. Saleha sekadar menjongketkan bahu tanda dia tidak tahu sebelum meminta diri untuk naik ke biliknya. Meninggalkan Norma sendirian berteka-teki tentang apa yang sudah terjadi dengan butik E sebenarnya.

Kredibiliti E dalam bidang fesyen memang tak dapat Norma sangkal lagi, dia salah satu pereka fesyen berpengaruh tanah air. Dari selebriti sehinggalah ke golongan kenamaan semuanya pernah mendapatkan khidmat E. Tapi bila difikir-fikirkan balik, memang sudah jarang rasanya dia melihat helaian E diperagakan mana-mana golongan atasan atau selebriti sejak kebelakangan ini. Fikir Norma boleh jadi kerana persaingan dalam industri fesyen yang semakin kompetitif sekarang ini menjadi punca utama kemerosotan perniagaan E sehingga terpaksa gulung tikar.

Keesokan harinya, Norma mengambil keputusan berkunjung ke butik biasa tempat dia dan Saleha menempah baju. Dia yang tiba di butik itu sekitar waktu makan tengah hari disambut mesra oleh Remy, si empunya butik. “Kali ini nak buat baju untuk ke mana pula Norma?” Mula bicara Remy. “Untuk ke majlis anak Datin Mastura. You buat sajalah apa yang you rasa cantik Remy, I tak kisah,” Norma memang percaya benar pada Remy. Manakan tidak sudah bertahun-tahun lamanya dia menggunakan khidmat Remy, tak kisahlah untuk majlis apa sekalipun dia sentiasa akan kembali pada Remy setiap kali dia memerlukan persalinan baru.

“Semalam I saja nak tukar angin, jadi I ke butik E…” kata Norma penuh jujur. “Let me guess, lepas itu you balik dengan kecewa sebab butik dia dah tutup kan?” Terkejut Norma mendengarkan tekaan Remy. “Mana you tahu?” “Ala Norma, you ni memang ketinggalan bas tau. Masakan butik E tutup pun you tak tahu?” Remy tersengih. “Kenapa butiknya sampai tutup Remy? Business dia teruk ke?” Perasaan curios dalam diri Norma mendorong dia untuk bertanya.

“Ini apa yang I dengarlah,” Remy menoleh ke kiri dan kanan. Bila dirasakan tak ada yang memasang telinga dia menyambung bicara, “Dengarnya E kantoi buat hubungan seks songsang.” Norma memandang Remy dengan pandangan seakan tidak percaya. “Dia kan dah berkahwin Remy? Isterinya cantik pulak itu. Jangan-Jangan orang sengaja buat cerita tak?” “Cantik memang cantik, tapi nafsunya pada kaum sejenis Norma. I pun tidaklah tahu sangat apa yang jadi tapi dengarnya isteri E sendiri yang tangkap E sedang berasmara sakan dengan PA nya.”

“Astaghfirullahh…” Norma beristighfar panjang. Sebelum ini memang ada jugalah Norma dengar desas-desus yang mendakwa kononnya si E ini gay, malah kalau tidak silap ketika itu dia digosipkan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang selebriti lelaki yang sedang meningkat naik tapi tak lama lepas itu E mengumumkan dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya. Jadi kontroversi yang mengaitkan dia dengan selebriti berkenaan pun mula senyap dan digantikan dengan kisah-kisah manis percintaan dia isterinya.

I pun tidaklah tahu sangat apa yang jadi tapi dengarnya isteri E sendiri yang dapat tangkap E sedang berasmara sakan dengan PA nya.”

Norma masih ingat perkahwinan mereka yang berlangsung penuh gilang-gemilang. Ramai yang memuji-muji pasangan itu. Mereka dikatakan bagai pinang dibelah dua, saling melengkapi antara satu sama lain. Manakan tidak isteri E si S juga bukan calang-calang orang, dia juga boleh dikira agak terkenal. Jadi kisah perkahwinan pasangan ini memang mendapat perhatian ramai.

Norma juga antara yang tumpang gembira dengan berita perkahwinan mereka tak lama dahulu, seronok dia melihat kebahagiaan pasangan ini yang nampaknya seperti tidak akan terpisahkan. Mereka ibarat terlalu saling mencintai dan gembira bersama. Tapi sekarang apa sudah jadi? Tak akan lah perkahwinan yang kononnya dibina atas dasar cinta ini hanya sandiwara si suami semata-mata?

“Habis perkahwinan E ini hanya helah dia untuk menutup perangai sebenarnya ke?” soal Norma ingin tahu. “I tak tahulah pula Norma,” jawab Remy ringkas. Norma tidak memberikan sebarang riaksi, barangkali dia masih terkejut dengan apa yang dia dengar hari ini. Melihatkan Norma diam membisu Remy Bersuara lagi, “Ada yang kata duit E sebenarnya datang dari S. Semenjak dia kantoi ada hubungan dengan PA sendiri, S dah tak mahu beri dia duit lagi. Itu yang sampai terpaksa tutup butik sebab dia dah tak mampu nak biaya belanja butiknya tanpa bantuan S. Yelah kalau sudah ditangkap begitu, isteri mana tak sakit hati kan? Tak akanlah dia boleh berseronok-seronok pula tengok suaminya tidur dengan jantan lain.”

Ada yang kata duit E sebenarnya datang dari S. Semenjak dia kantoi ada hubungan dengan PA sendiri S dah tak mahu beri dia duit lagi. Itu yang sampai terpaksa tutup butik sebab dia dah tak mampu nak biaya belanja butiknya tanpa bantuan S. Yelah kalau sudah ditangkap begitu, isteri mana tak sakit hati kan? Tak akanlah dia boleh berseronok-seronok pula tengok suaminya tidur dengan jantan lain.”

“Ya tuhan, macam-macam hal ya. I mati-mati ingatkan hidup E dan S bahagia. Tak sangka pula sampai begitu sekali ceritanya. Apa-apa pun I harap E akan berubah dan berfikiran lebih matang selepas ini. Bukan apa kesian pada S. Bertahun mereka hidup bersama, sedikit-sebanyak mesti isterinya terkesan dengan apa yang terjadi. Itu belum lagi nak mengadap teman-teman dan keluarga. Pasti malu bila orang-orang mula mengata lakinya gilakan kaum sejenis,” kata Norma.

Begitulah hidup ini fikir Norma, jika dibiarkan nafsu merajai diri maka pastinya akan memakan diri suatu hari nanti. Sama seperti apa yang terjadi pada E. Bukan apa, tak kisahlah hendak berhubungan songsang atau apa, asalkan jangan melukakan hati dan perasaan orang lain apalagi isteri sendiri. Bukankah kamu berkahwin itu kerana kamu cintai dia dan berjanji sehidup semati dengannya. Seharusnya kamu sudah tetap hati dan tak sanggup melukai hati isteri sendiri. Ini tidak, kerana terlalu leka mengikut perasaan dan nafsu akhirnya dia terjerat dalam keseronokan sementara yang membinasakan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE