SEARCH

Konsert Maraton K-Pop iKON dan Winner Hujung Minggu Ini di Malaysia! Kamu Sudah Bersedia?

Konsert Maraton K-Pop iKON dan Winner Hujung Minggu Ini di Malaysia! Kamu Sudah Bersedia?

Kurang empat hari sahaja lagi daripada  sekarang untuk berlangsungnya konsert dua kumpulan idola K-pop anjuran MacpiePro yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu kumpulan iKON dan WINNER. Antara dua nama besar di dalam industri hiburan K-pop ini bakal menjayakan konsert bergerak mereka dan Malaysia destinasi pertama pilihan kumpulan ini di Asia Tenggara.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, setelah hangat diperkatakan tentang kehadiran dua kumpulan ini ke Malaysia, peminat mereka di sini yang digelar iKONIC dan INNER CIRCLE ini amatlah teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan serta merasai pengalamannya sendiri setelah melihat kejayaan konsert mereka yang berlangsung di Seoul dan Taipei sebelum ini.

iKON Dan Winner
iKON Dan Winner

iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR bakal berlangsung pada hari Sabtu ini (13 Oktober 2018) manakala WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR bakal berlangsung pada hari Ahad (14 Oktober 2018) bermula jam 6 petang di Stadium Malawati Shah Alam. Dan berita baik untuk peminat yang bakal menghadiri konsert ini, pihak penganjur menyediakan bas shuttle percuma antara stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Bas shuttle akan menunggu peminat di bahagian hadapan pintu masuk stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke stadium.

iKON dan Winner

Peta lokasi bas shuttle percuma yang bertempat di Stesen KTM Batu Tiga

 

Barangan rasmi kumpulan iKON dan WINNER juga akan dijual di kiosk khas di tapak stadium sepanjang tempoh konsert berlangsung. Jadi, jangan lupa untuk dapatkannya!

Buat kamu yang tidak mengenali lagi jejaka-jejaka tampan Korea ini, mari saya bawa kamu semua kenali siapa iKON dan WINNER ini.

 

iKON

iKON Dan Winner

iKON debut pada 14 September 2015 di bawah naungan YG Entertainment. Sebelum debut, ahli kumpulan iKON harus melalui dua program survival iaitu program realiti tv Win: Who is NExt? Juga Mix & Match. iKON memiliki tujuh orang ahli kumpulan iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, DK, Ju-ne dan Chan. Antara lagu popular mereka Rhythm Ta, Love Scenario dan Killing Me.

WINNER

iKON Dan Winner

WINNER terdiri daripada empat ahli kumpulannya iaitu Seungyoon (ketua kumpulan), Jinwoo, Seunghoon dan Mino. Mereka juga debut menerusi program survival Win: Who Is Next dan membuat penampilan pertama mereka sebagai kumpulan WINNER di kaca TV Inkigayo pada 17 Ogos 2014. WINNER pada asalnya memiliki lima ahli di dalam kumpulan, namun Taehyun (ahli kelima) membuat keputusan meninggalkan kumpulan pada 26 November 2016. Antara lagu popular mereka ialah Island, Everyday dan Really Really.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE