SEARCH

7 Inovasi Lifewear UNIQLO di Sommerset House

7 Inovasi Lifewear UNIQLO di Sommerset House

Seni dan sains bersatu di Sommerset House, London untuk UNIQLO. Pameran Art & Science of Lifewear yang dihadiri teman-teman media seluruh dunia ini memaparkan tujuh inovasi lifewear UNIQLO. Azreezal Hafidz diterbangkan khas untuk menyaksikan sendiri pameran yang julung-julung kali berlangsung sewaktu minggu fesyen London ini

 

Saya tiba dua hari sebelum minggu fesyen London bermula. Cuaca sedang sejuk-sejuk sedap. Sedang elok untuk berjaket trench atau parka volum bersama helaian-helaian musim panas di dalam. Di stesen tube dan menaiki teksi semua pasti bertanya, “Are you here for London fashion week?” Mungkin kerana inilah masanya kelompok fesyen dari seluruh dunia berkumpul dan melata di sekitar London. Saya mencuri masa sehari sebelum pameran UNQILO bermula, berjalan-jalan sekitar Notting Hill dan Bricklane Market meresapi aura dan semangat kelompok seni di London. Seronok kerana saya bisa melihat suasana yang saya suka, berkunjung ke kedai aksesori vintaj yang membuat saya naik ‘gila’ dan dikelilingi filsuf-filsuf seni yang dekat di hati.

Somerset House menjadi pusat penting untuk babak kreatif dan budaya London. Sejak beberapa tahun lalu, ia dijadikan tempat berlangsung banyak pertunjukan fesyen. Kerana itu juga UNIQLO memilih bangunan bersejarah ini sebagai tempat pameran antarabangsanya yang pertama di U.K. Bertemakan The Art and Science of LifeWear: New Form Follows Function, ia membawa pengunjung mengalami sendiri Lifewear, konsep yang digunapakai UNIQLO untuk mengekspresikan helaian-helaian hariannya yang ringkas, tinggi kualiti bersama keindahan dan direka untuk membuat kehidupan manusia lebih sempurna.

Menerusi siri instalasi pelbagai tema, kami mendemonstrasikan inovasi kami yang berterusan, kualiti, nilai dan sustainainability – isu yang sangat penting dalam industri pakaian hari ini.” TADASHI YANAI, Pengasas dan Pengerusi UNIQLO, Presiden dan CEO Fast Retailing

1. NEW FORMS FOLLOW FUNCTION

Koleksi musim luruh/sejuk 2019 yang juga menterjemahkan konsep musim ini yakni New Forms Follow Function. Kata Pengarah Kreatif Global Innovation Center UNIQLO, Rebekka Bay, “Tema ini sangat galak digunakan lewat 50-an dahulu. Ia satu gerakan di mana cara baru manufacturing pakaian berdasarkan fungsi mencipta rekaan-rekaan baru pada waktu itu. Dan kami rasakan ia sangat bersesuaian untuk dijadikan tema musim ini memandangkan kami juga sangat mementingkan inovasi.”

Instalasi seni daripada helaian Lifewear bergantungan di siling membentuk kaleidoskop.

Tadashi Yanai membuat ucapan alu-aluan.

2. INSTALASI HAPPY SOCKS

Salah satu daripada instalasi di pameran ini menampilkan stoking sebagai bintang utama. Tentunya ia juga menggunakan inovasi di mana stoking-stoking ini dijadikan chandelier lalu membentuk imej hebat dalam bilik infiniti terutama sebagai latar untuk gambar-gambar intagrammable.

3. HEATTECH ROOM

Inovasi fabrik HEATTECH sangat mengagumkan. Bayangkan fabrik ini boleh memerangkap haba yang kemudian digunakan untuk memanaskan tubuh ketika musim sejuk. Tentu banyak yang tertanya-tanya bagaimanakah teknologi ini berfungsi. Dalam bilik yang memaparkan inovasi ini dimuatkan layar besar memenuhi seluruh ruang. Jadi kamu boleh melihat dengan jelas binaan fabrik ini kerana ia akan memfokus ke dalam fabrik ini secara halus. Kemudian ia pecah menjadi haba. Begitulah yang digambarkan di layar besar termasuk di atas siling ini. (TONTON VIDEO UNTUK GAMBARAN JELAS

4. AIRISM

Ini juga salah satu daripada inovasi hebat UNIQLO. Fabrik cepat kering yang sangat bagus untuk aktiviti senaman atau digunakan sebagai helaian dalam. Bilik AIRism menunjukkan betapa pantasnya fabrik ini mengering berbanding fabrik lain. Di sini juga dibina terowong penuh dengan fabrik AIRism bergantungan membolehkan pengunjung merasai sendiri betapa ringannya fabrik ini pada kulit.

5. ULTRA LIGHT DOWN

Ini mungkin helaian paling popular dalam koleksi UNIQLO. Pasti setiap daripada kita memiliki sekurang-kurangnya satu Ultra Light Down (ULD) dalam gerobok kerana ia helaian paling berkesan dalam menangani kesejukan. Ia juga popular kerana ringan untuk dibawa kembara dan mudah pula digulung dalam beg bunjut kecil. Buktinya, belon-belon berisi helium ini pun boleh mengapungkan ULD ini.

Fabrik AIRism yang bergantungan di dalam terowong.

6. UT

UT sangat popular di kalangan anak-anak muda dan milenial. Kemeja T dengan lukisan-lukisan artis hebat menjadi tema kepada koleksi ini. Sesekali UNIQLO akan berkolaborasi dengan artis-artis hebat, manakan tidak peminat-peminat koleksi ini menggila. Di pameran ini juga ada pelukis kartun Dragonball membuat demontrasi langsung. Jadi pengunjung akan lebih memahami cara pembuatan lukisan UT ini.

7. SUSTAINABILITY

Bermula dengan Jeans Innovation Center, UNIQLO memperkenalkan beberapa langkah sustainability seperti penyulingan air dan penggunaan batu pumice organik. Pada pameran ini pula, UNIQLO memperkenalkan beberapa lagi langkah sustainability seperti pengumpulan helaian ULD di semua stor UNIQLO. Melalui kerjasama dengan TORAY, down ini akan dikitar semula untuk membuat helaian down baru. UNIQLO juga akan mula menggunakan bahan kitar semula daripada botol mineral PET untuk menghasilkan fiber poliester dalam fabrik DRY-EX.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE