SEARCH

Everyone… Meet My Instagram Husband!

Everyone… Meet My Instagram Husband!

INSTAGRAM HUSBAND. ADAKAH NIKMAT ASMARA ITU MENYALA JIKA SI SUAMI PANDAI MENGAMBIL GAMBAR SI ISTERI UNTUK MEDAN MEDIA SOSIALNYA? ATAU AKAN BERJELAGA?

“Oh no, he’s mine.” “She’s mine.” Biar apapun status yang dilemparkan, ia takkan memincangkan kami. Milena dalam dress floral Bottega Veneta, tali pinggang Michael Kors dan kasut Prada. Lorenzo dalam sut Bottega Veneta dan kasut milik penata gaya.

 

Sitting Editor : Ardi Idewani Zaini Arahan Seni : Ashura Hakim Pembantu Penyelaras : Ryan Mohamad Solekan : Emmy Agung Rambut : Fendi Sani Fotografer : Chuan Looi (Yipieyaya Studio) Grafik Sinema : Nadia Eddy Lokasi : Regional Aviation Skypark

SANDIWARA INI MENGILHAMI KAMI, MENDANDANI MILENA SEBAGAI ISTERI MUDA DALAM HIMPUNAN WANITA CRUISE DAN PRA-MUSIM BUNGA 2018. MANAKALA, LORENZO MEMERIHALKAN WATAK SUAMI MUDA, MENGGAYAKAN HIMPUNAN LELAKI MUSIM BUNGA 2018.

Ah! Sempurna! Memotret kecantikan si isteri… that’s part of my job. Milena menyarung dress organza, dress slip dan tali pinggang Prada. Lorenzo dalam jaket dan kemeja Prada.
Taasub dengan kemahuan dan kehendak si isteri, tidak mengapa jika ia menjadi tatapan media sosial. Milena memakai kot labuh Max Mara. Lorenzo menyarung baju rollneck, tali pinggang dan seluar Dior Homme.
KEDAHSYATAN TEKNOLOGI YANG TELAH MERAMAS BUMI KADANG-KADANG MENYESAKKAN, MENGGHAIRAHKAN MANUSIA. KAMI MEMAMPANGKAN KISAH CINTA DUA SEJOLI MILENIAL YANG ‘TERBENDUNG’ KERANA SI ISTERI TAASUB DENGAN DIRINYA SENDIRI dan kesanggupan si suami BERGELAr instagram husband. terlindung di balik bayang isteri.
“Tangkap gambar saya di sini, my love. I like this background.” Si suami memastikan butir-butir gambar isterinya cantik dan ada estetika. Lorenzo melengkapkan diri dalam blazer, jaket trek dan seluar Gucci. Milena pula memakai dress baldu Gucci.

MENGELAMIN SI LELAKI KAYA, SEBAGAI SUAMI… UNTUK MENGGALAS TUGAS MENJADI TUKANG TANGKAP GAMBAR, ‘BANK SIMPANAN’ DAN PEMUJA KECANTIKAN ISTERI. “IT’S ALL ABOUT ME, ME AND ME.”

Kita tidak tahu apa rasa yang terpendam dalam hati atau lara si suami. Tangan si suami sibuk mengepal cinta, si isteri asyik dengan diri sendiri. Atau yang sebaliknya, di mana terkadang si laki membenarkan dirinya menjadi tumpuan utama? Bukankah syaratnya, harus menyokong, mendukung dan menyangga antara satu sama lain? Ada pasangan muda sekarang yang terlalu hendakkan si suami mentaasubi si isteri atau si isteri mentaasubi si suami. Mentaasubi kecantikan, kejelitaan, kekacakan atau kesegakan untuk dikongsi bersama dan mewadahi ia dalam media sosial.

Sanggup menarung aral dan mengambil risiko. Gara-gara permintaan si pendamping. Lorenzo bergaya dengan kemeja suede, kemeja lengan panjang dan seluar Fendi, bersama telefon bimbit Huawei. Milena bersiap menghiasi diri dalam jumpsuit dan tali pinggang Chanel.

Ada waktunya, si isteri menyirap darahnya kerana gambar tidak menjadi, imej yang tidak menepati estetika dan tidak mengikut seleranya. Si suami sabar, memenuhi permintaan. Dia pun mengiringi si isteri  ke tempat-tempat cantik atau ke acara glamor, bertindak sebagai ‘fotografer’.

Tayang segala-galanya – harta apa yang tergenggam yang menjadi miliknya, apa yang tersarung atas tubuhya, beg tangan yang dijinjit, kereta yang dipacu, sampailah ke limpahan kasih dan kebahagiaan – di media sosial, lalu menipiskan privasi. Tanpa mempedulikan natijah. Sesungguhnya, ia hanyalah gambaran. Semua itu tersimpul bak satu rencana hidup dan apa yang tersurat pada imej juga kapsyen, semata-mata mengharapkan pujian, likes, bilangan followers juga memperlihatkan kelebihan diri.

Tukang tangkap gambar tak berbayar, mengikut si isteri ke mana saja dia mahu pergi dan memastikan sudut gambar yang bagaimana boleh menyerlahkan kecantikannya. Asalkan Likes dan Followers naik mendadak. Lorenzo menggayakan kemeja dan seluar Bottega Veneta.

 

“Si dia dapat apa yang diingini. Gadai semua untuknya, menjadikan dia perempuan paling bahagia di dunia.” Milena memakai kot labuh tanpa lengan serta baju kait rollneck Michael Kors dan beg tangan Gucci. Lorenzo menggayakan seluar Bottega Veneta. 
keagungan cinta tak lagi dikongsi bersama, disebabkan si isteri yang bernafsi-nafsi. sayang sekali. kerana pengikut-pengikut dan orang-orang luar memuja malah mengidolakan kehidupan sebegini. namun tidak nampak isi hati sebenar mereka. tidak tahu apa niat si isteri dan apa yang menggelodak perasaan suami. alangkah indahnya kalau kedua-dua suami isteri ikhlas, jujur dan bersederhana? buang segala ketaasuban dan tepis semua yang mengkhayalkan.
jangan satu hari nanti, si suami sebenarnya ada ‘penyedap’ lain atau lari kerana tidak tahan dihimpit kehidupan yang artificial dan narsisistik sebegini!
Fikir semula dan nilai diri sendiri. Biarlah cinta itu jujur, bersahaja dan ada ‘korelasi’. Milena menyarung kardigan dengan dress dan rantai coker Dior. Lorenzo dalam sut Dior Homme.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE