SEARCH

Isteri Bekas Perdana Menteri Tak Bayar Hutang Beli Perabot Hingga Bank Gulung Tikar

Isteri Bekas Perdana Menteri Tak Bayar Hutang Beli Perabot Hingga Bank Gulung Tikar

Kebelakangan ni entah kenapa semua teman-teman saya sibuk hendak berpacaran, ada yang mula menghadiri blind date, ada juga yang semakin aktif dengan aplikasi dating di atas talian seperti Tinder dan Bumble. Tidak pasti mengapa tapi semuanya bagaikan saling kejar-mengejar hendak mempunyai pasangan masing-masing. Sudah masuk musim mengawan kah? Argh tidak faham saya! Tapi sudah menjadi lumrah manusia hidupnya berpasang-pasangan, memerlukan kasih sayang dan perhatian. Apabila melihat orang lain sakan bercinta maka mulalah diri itu dirudum perasaan sunyi dan ingin berteman.

Lazimnya, saya akan bertanya lelaki seperti apa yang dimahukan? Yelah pada tahun 2019 ini bagaimana agaknya standard seorang lelaki itu diukur? Dari gayanya? Perwatakan atau genre muzik kegemaran? Tapi rata-ratanya mahukan lelaki berkerjaya yang sudah stabil dari segi pendapatan, senang kata lagi kaya lagi bagus! Ada juga yang mahu mencari CEO muda yang kacak untuk dijadikan pasangan. Hmm seriously? mungkin terlalu banyak menonton drama petang-petang sehingga mudah benar percaya ada CEO muda, kaya dan kacak mahu mengahwini rakyat marhaen.

Ohh ada juga yang bercita-cita mahu mengahwini putera raja, ha ha ha. Saya tidak salahkan pemikiran seperti ini yang sering mahu mengahwini lelaki kaya-raya, siapa sahaja tidak mahu hidup senang-lenang? Hidup dilimpahi kemewahan dan serba cukup. Tidak perlu pening kepala memikirkan bil-bil yang bertimbun. Tak perlu ikat perut untuk membeli bag tangan mewah yang diidamkan. Maka tidak pelik jika ada yang sanggup menjadi isteri kedua atau ketiga asalkan merasa hidup senang. Biarlah hidup ibarat perempuan simpanan sekalipun, yang penting segala kehendaknya dituruti.

Saya jadi teringat kisah isteri seorang bekas menteri yang satu ini, yang mana kalau saya sebutkan namanya pasti tiada orang di negara ini yang tidak kenal siapa gerangannya. Dari zaman suaminya berkuasa sehinggalah kini suaminya tidak lagi bergelar menteri nama mereka masih meniti di bibir masyarakat tempatan malah antarabangsa ekoran sering terpalit dengan kontroversi kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa. Kisah ini saya dengar daripada salah seorang kenalan yang pernah rapat dengan isteri kepada bekas menteri itu sendiri. Namanya Suzy, dia bekas pegawai perhubungan awam di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.

Ceritanya, Datin P pada asalnya bukanlah berasal dari golongan kenamaan dia hanya seorang setiausaha biasa yang menyimpan cita-cita untuk hidup sebagai orang kaya, lantas dia menanam impian untuk menjadi isteri kepada menteri. Dia tidak kisah akan status Dato’ A yang pada ketika itu masih lagi bergelar suami orang. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Dato’ A mahu memperisterikannya, termasuklah dengan mengamalkan amalan khurafat. “Dato’ A sejak rapat dengan dia, jadi seperti pak turut sahaja. Semua permintaan dia diturutkan malah sehingga satu tahap Dato’ A menceraikan isterinya pada ketika itu hanya untuk bersama dengan P’. Kata Suzy, dia selalunya jarang hendak bercerita tentang hal orang lain tapi entah macam mana pada hari itu mulutnya ringan sahaja untuk bercerita.

Tambah Suzy lagi, Datin P jenis yang memilih kawan waima sebelum bergelar isteri kepada Dato’ A lagi. Meskipun dia sendiri hanyalah orang kampung yang merantau mencari rezeki di bandar tapi dia sangat menjaga pergaulannya. Malah dia mula bercakap dengan Suzy hanya selepas terlihatkan Suzy memandu BMW ketika menghadiri sebuah acara tertutup. Sejak itu Datin P mula mahu berbaik-baik dengan Suzy, segala hal mahu diceritakan kepada Suzy termasuklah perihal dia hendak membeli set perabot rumah yang baru. Namun niatnya itu terhalang berikutan tidak cukup wang.

“Bila dengarkan dia tak cukup wang, I jadi kesian so I pun tolong dapatkan dia pinjaman dari salah sebuah bank tempatan.” Ujar Suzy, saya percaya Suzy orangnya memang jenis mudah kasihankan orang lain, lagi-lagi jika yang datang mengadu nasib padanya itu jenis yang hebat berlakon seperti dalam kesedihan, lagilah lembut sahaja hati Suzy hendak menghulurkan bantuan. “Waktu itu, I ada teman yang bekerja di Bank X jadi I mintak tolong dia untuk luluskan pinjaman sebanyak lima ribu buat P.” Lima ribu adalah angka yang agak besar pada ketika itu, lepaslah jika Datin P hendak membeli perabot mewah yang diidamkan.

“Tapi you tahu? Sampai hari ini P tak pernah sekali pun berusaha mahu bayar semula wang yang sudah dia pinjam!” Suzy ketawa kecil, barangkali dia baru sedar bahawa dia sudah tertolong orang yang salah. “Banyak kali dia dikejar peminta hutang, even selepas dia kahwin dengan Dato’ A pun satu sen dari duit pinjaman itu dia tak pernah bayar sampailah sekarang ini. Bank yang dia buat pinjaman itu pun sudah gulung tikar dan kes pinjaman dia bertahun yang lepas selesai begitu sahaja! Tak ada siapa pun yang pernah pertikaikan lagi.” Terang Suzy.

Jujurnya saya tidak pelik, kalau Datin P boleh terlepas begitu sahaja dari membayar hutang yang berjumlah lima ribu itu. Sedangkan semasa suaminya memegang jawatan penting dalam tampuk kepimpinan negara berjuta-juta ringgit pernah dia suami-isteri larikan untuk kegunaan peribadi mereka. Sehinggalah tampuk kepimpinan diambil alih oleh kerajaan baharu, barulah segala kegiatan busuk mereka terbongkar kepada umum. Dari pemilikan aset dengan nilai yang tidak masuk akal mengikut kemampuan seorang menteri sehingalah simpanan wang tunai dalam nilai mata wang asing dengan jumlah yang besar. Satu-persatu kegiatan mereka semuanya mula terungkai. Kini dia bukan lagi dicari berikutan hutang wang sebanyak lima ribu ringgit. Malah dia mungkin berdepan tindakan mahkamah diatas segala tindakan tidak bertanggung jawab dia dan suami.

Begitulah hidup ini, kita tidak seharusnya terlalu mementingkan diri dan mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain untuk hidup senang. Datin P terlalu leka dengan godaan duniawi sehingga lupa akan dosa dan pahala. Dia terlalu rakus dalam mengejar hidup yang pernuh kemewahan sehingga sekarang kemewahan itu sendiri telah memakan dirinya semula.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE