SEARCH

Isteri Sebar Dakwah, Suami Terpaksa Berubah Tanpa Rela?

Isteri Sebar Dakwah, Suami Terpaksa Berubah Tanpa Rela?

Cuti umum yang lalu saya sempat meluangkan masa untuk berjalan-jalan ke Melaka bersama teman rapat saya Lina. Kami sudah berteman sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau dikira-kira masuk tahun ini sudah lebih kurang 15 tahun kami berteman. Namun sejak masing-masing mula sibuk dengan urusan sendiri kami jarang dapat menghabiskan masa bersama, jangankan hendak menonton wayang bersama kadang-kadang hendak bercakap melalui telefon sebentar pun tidak sempat. Jadi bila Lina mengajak saya untuk berjalan-jalan ke Melaka tempoh hari tanpa berfikir panjang saya terus setuju dengan pelawaannya.

Jalan agak sesak pagi itu, biasalah cuti panjang pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan bersama keluarga. Sebelumnya kami sendiri sudah menduga pasti perjalanan kami ke Melaka pada hari itu akan memakan masa yang lebih panjang daripada biasa, malah mungkin mencecah sehingga tiga hingga empat jam sedangkan biasanya dengan teknik pemanduan Lina yang agak laju, kami boleh tiba di Melaka dalam masa kurang dari satu jam setengah. Tapi tidak mengapalah, setidak-tidaknya kami dapat meluangkan masa untuk catch up tentang kehidupan masing-masing di kala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sudah penat berbual, sesekali kami sing along pula mengikut rentak lagu-lagu yang berkumandang di radio, mulut saya berhenti menyanyi saat stesen radio memainkan tazkirah pendek sebelum berkumandang azan menandakan masuk waktu solat Zuhur. Suara wanita yang menyampaikan tazkirah itu saya kenal benar, orangnya agak terkenal di media sosial. Malah suaminya juga seorang public figure yang dikenali ramai. “Aku suka dia ini, sejak berkahwin sudah banyak berubah. Pandai suaminya didik dia sehingga boleh berdakwah,” ujar saya, sambil menjuihkan bibir ke arah radio. Lina meangguk perlahan tanda faham yang maksudkan adalah wanita yang sedang menyampaikan tazkirah itu.

Lina yang masih fokus pada pemanduanya sempat membetulkan duduk sebelum mula membuka cerita. “Aku dengarlah, ni aku dengarlah kan…” Haa sudah teragak-agak pula hendak bercerita si Lina ini, saya tahu sangatlah nada Lina itu sebenarnya lebih kepada hendak bergosip. “Teruskan sajalah Lina kenapa kau tahan-tahan pula? Kau kan memang suka bergossip.” Lina ketawa mendengarkan kata-kata saya itu. “Tak ada lah, aku dengar isteri dia berubah bukan sebab dia pun, lebih kepada isteri dia yang nak berhijrah sendiri. Tapi sebab isteri dia dah sakan berdakwah dia pun macam terpaksa bawak imej orang baik-baik.”

Saya mula kerut dahi, apa maksudnya orang baik-baik? “Yelah isteri dia kan macam ustazah, tak kenalah pulak kalau dia nak bawak imej rebel macam zaman-zaman dia sebelum kahwin dulu.” Terang Lina, tanpa saya tanya. “Tapi dalam pada nak bawak imej baik-baik dia tu kadang-kadang terlepas jugak perangai dia yang sebenar.” Kata Lina lagi si suami barangkali masih setia kepada isteri kerana isterinya adalah ‘ATM’ bergerak buat si suami, malah ada desas-desus mengatakan si isteri ada membelikan beberapa buah rumah untuk suaminya jadikan aset.

“Eh takkan lah Lina,” kenapa entah saya pula yang beria hendak menafikan. Barangkali terlalu terkejut sehingga susah saya hendak hadam gosip Lina ketika itu. “Iya, isteri dia bukan main jaga pergaulan. Tapi suaminya elok perempuan lain pun dia peluk macam tak ada apa.” Nada penceritaan Lina jelas yakin dengan apa yang dia cakapkan, macam dia sendiri pernah nampak situasi tersebut terjadi di depannya.

“Lepas itu, aku peliklah dengan suami dia. Sudah tahu diri tu public figure kenapalah selalu sangat ‘like’ gambar perempuan-perempuan berpakaian seksi dekat media sosial. Tak akan lah dia kurang bijak sangat sampai tak sedar yang orang lain boleh tahu apa dia ‘like’. Hish tak kena lah dengan imej dia yang konon nak jadi beriman tu tiba-tiba pulak banyak follow perempuan-perempuan seksi.” Saya diam, itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang public figure segala apa yang dilakukan pasti ada yang memerhati malah sampai ke gambar-gambar yang di ‘like’ juga boleh dijadikan isu.

“Si suami ni juga, ada bestfriend perempuan. Kalau tengok pergaulan dia dengan bestfriend nya sahaja sudah tak mencerminkan keperibadian dia yang konon-konon menitik beratkan sentimen Islam dalam hidup. Kalau kau sendiri tengok kelakuan dia dan bestfried nya itu, kau pun menyampah. Itulah, orang kata yang benar-benar mahu berubah hanyalah si isteri jadi sedikit sebanyak terpaksalah suami mengikut. Nanti tak merasa pula hidup senang.”

Jujurnya agak susah untuk saya percayakan bulat-bulat apa yang baru Lina katakan, kerana saya sendiri pernah terbaca si suami itu orangnya sendiri memang jenis yang datang dari keluarga baik-baik malah ketika zaman mudanya lagi dia sering membuat amal dan memberikan contoh teladan yang elok kepada umum. Masakan pula itu sekadar wayang untuk mengaburi mata orang ramai tentang perangai sebenarnya? Tapi saya percaya dalam perjalanan seseorang itu cuba memperbaiki diri pasti ada dugaan dan ujian yang harus ditempuhi, jadi mungkin sahaja ini ujian buat pasangan suami isteri itu dalam usaha mereka untuk berhijrah ke arah kebaikan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE