SEARCH

Temu Bual Eksklusif bersama James Lee, Bekas Ahli Royal Pirates

Temu Bual Eksklusif bersama James Lee, Bekas Ahli Royal Pirates

Minggu lepas, penyanyi solo Korea-Amerika, James Lee duduk bersama kami untuk berbual ketika dia membuat lawatan Asia Tenggara! Saya berpeluang berjumpa James di Sheraton, Petaling Jaya. Saya tidak menyangka yang James ini seorang yang tinggi lampai.

Terkenal sebagai seorang pemuzik dan penyanyi yang terkenal, James bermain bass selama 13 tahun sebagai ahli band untuk beberapa genre seperti metal, indie rock dan K-pop, termasuk band rock Royal Pirates pada 2009.

Akibat kemalangan yang memaksa dia keluar dari band pada 2017, James mengambil masa untuk menumpukan perhatian kepada kesihatannya. Pada awal 2018, dia kembali mengeluarkan “The Light EP” dan sekarang, dia bersedia untuk menggoncang dunia!
Beritahu kami tentang “The Light” dan bagaimana ia mencerminkan fasa dalam kehidupan kamu sekarang?
Jadi “The Light” EP … saya tulis selepas kemalangan saya. Jika kamu tidak tahu, tangan saya terputus… disambung semua selepas menjalani lima pembedahan. Saya mengalami banyak trauma, dan cara saya menanganinya adalah melalui penulisan muzik. “The Light” EP adalah koleksi lagu-lagu yang saya dapat hasilkan ke tahap yang saya nampak sesuai kerana projek pendanaan ramai. Kawan, peminat dan keluarga semuanya membantu menjayakan projek ini. Saya rasa ia mewakili saya sebagai individu kerana saya kehilangan identiti saya sebagai bassist selepas kemalangan itu. Saya benar-benar memuji diri saya sebagai seorang instrumentalis dan kini saya dapat mengenal pasti bakat saya sebagai produser… dan kini seorang penulis lagu.
Apa yang membezakan kamu sebagai seorang bassis dan kini bergerak solo sebagai penyanyi?
Perubahahan 180 darjah, pengalaman yang berbeza. Saya biasa bermain bass dan hanya menyokong band kerana saya tidak pernah mempunyai keyakinan terhadap nyanyian saya. Namun sekarang, saya akhirnya bertemu titik di mana saya selesa di atas pentas. Sebelum ini, saya sangat senang berada dalam kumpulan. Saya lebih suka mengintai dalam bayang-bayang. Saya mendapat banyak iklan dan tawaran modeling pada masa kemalangan itu tetapi ia bukan sesuatu yang saya mahu lakukan. Jadi ini… cukup bagus.
Apa lagu kegemaran kamu di dalam album EP dan kenapa?
Mereka seperti bayi saya, saya tidak boleh memilih! (ketawa) Ia berubah dari semasa ke semasa tetapi mungkin Prefect? Saya berduet bersama rakan saya, Amber dari f (x) untuk salah satu trek dalam EP. Saya benar-benar mahu menggunakan suaranya sebagai instrumen, saya suka warna nadanya sesuai dengan penceritaan trek. Jika kamu menonton MV, itu juga kegemaran saya. Bajet yang sangat rendah… dan dia membantu membiayai separuh daripadanya! She is such an angel.
Lagu apa yang paling susah untuk dicipta?
“The Light”. Ia pada mulanya bukan hanya sebuah lagu, ia memainkan lebih banyak emosi. Saya menulisnya dalam keadaan yang depresi, tertekan kerana saya berada di tempat yang sangat gelap. Saya menunjukkan kepada rakan saya, Enik yang berada dalam kumpulan dipanggil FYKE dan dia berkata ia terlalu menyedihkan. Katanya, “Adakah kamu mahu penonton kamu sedih?” Dan itulah momen untuk saya. Saya tidak fikir orang lain pada masa itu, saya tidak boleh. Saya berhutang banyak kepadanya kerana membantu saya mengubah lagu itu daripada lagu asal yang hampir membunuh diri menjadi sesuatu yang lebih berharap.
Akhir sekali, adakah kamu mempunyai mesej untuk peminat yang mungkin berdepan dengan kegelapan sendiri?
Secara amnya, ia bukan jalan penyelesaian. Kamu rasa bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar tetapi kamu tidak tahu apa yang ada di pihak lain. Ia tidak akan kekal selama-lamanya dan kamu sahaja yang boleh menghentikannya. Kamu mesti let go. Tidak mudah tetapi kamu perlu cuba. Terdapat perkara yang lebih baik di hadapan. Kamu hanya perlu ingat bahawa ia tidak akan kekal selama-lamanya, sebab itulah bahagian yang menakutkan. Seperti kesakitan saya benar-benar teruk, tetapi mentaliti / perspektif saya telah mengubahnya supaya saya tidak takut. Saya mempunyai lebih banyak tenaga menghadapi daripada membiarkan kesakitan ini mengawal saya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE