SEARCH

Dalam Hidup, Kamu Perlu Tahu Destinasi Terakhir

Dalam Hidup, Kamu Perlu Tahu Destinasi Terakhir

Destinasi Terakhir

Saya memandu hari Sabtu minggu lalu. Destinasi saya ialah Aloha Cycle Club, untuk indoor spinning di Plaza Damas (ya hari minggu pun perlu workout tau). Di atas jalan tidaklah banyak sangat kereta. Tetapi memandu naik dari Federal Highway ke atas Kerinchi Link, pemanduan saya jadi perlahan. Bukan kerana apa tetapi kerana hampir semua kereta yang memandu di depan saya seperti tidak tahu arah tuju mereka. Ada yang dari kiri mahu bertukar lane ke kanan. Dari kanan mahu ke kiri. Ada pula yang duduk di lane laju tetapi memandu perlahan. Seperti tak faham bahasa bahawa kenyataannya kalau kamu memandu perlahan perlu duduk di lane kiri (lane perlahan).

I couldn’t help but wonder, kalau beginilah sikap pemandu di atas jalan, beginilah juga sikap mereka dalam memandang kehidupan. Analogi saya begini, dalam memandu kita mesti sudah tahu destinasi terakhir kita kan? Seperti saya, Plaza Damas ialah destinasi terakhir saya. Maka saya perlu set dalam minda jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi saya itu. Saya juga perlu setkan dalam minda saya, apakah saya ada masa untuk memandu berlambat-lambat atau apakah saya perlu berderas kerana masa untuk sampai sudah suntuk.

Bukan apa, keputusan dalam minda ini penting untuk menentukan cara pemanduan saya. Destinasi terakhir itu paling penting sebenarnya. Kerana hanya dengan mengetahui destinasi terakhir itu, baru kita dapat menentukan jalan mana yang harus kita lalui. Masa yang kita ada untuk sampai ke destinasi kita itu pula adalah untuk menentukan sama ada kita patut duduk di lane laju atau perlahan. Jadi kita tidak akan menyusahkan pemandu-pemandu lain di atas jalan raya dengan ketidakpastian kita dalam memandu. Mengubah lane dari kiri ke kanan dari kanan ke kiri. Arrrrrgggghhhhhhhh saya menjerit sendiri-sendiri dalam kereta. Geram memikirkan pemandu lain yang melambatkan perjalanan saya.

Samalah begitu situasinya dengan kehidupan kita bukan? Dalam apa jua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini – perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah tetapkan niat kamu. Ini saya anggap sebagai destinasi terakhir kamu. Kemudian kamu perlu tahu jalan mana yang kamu perlu lalui untuk sampai ke destinasi kamu itu. Setelah itu tengok pula berapa lama masa yang kamu perlukan untuk mencapai destinasi kamu. Sama bukan dengan analogi memandu saya tadi?

I couldn’t help but wonder, kalau beginilah sikap pemandu di atas jalan, beginilah juga sikap mereka dalam memandangkehidupan.

Saya ambil contoh teman saya Aishah yang memberitahu saya satu hari, “Aku nak beli kereta lah Reezal.” “Kereta apa kau nak beli?” Saya bertanya. “Mercedes A200,” jawabnya ringkas. “Mahal kereta tu,” kata saya. “Ya, tapi aku suka sangat dengan kereta tu. My dream car. Jadi plan aku is I will save money to pay the downpaymet. Around RM50K. Jadi ansuran bulanan tu taklah banyak sangat nanti aku kena bayar. And the amount is something I can afford,” jawabnya. Nah, saya hormati jawapan dan prinsip Aishah itu. “Then you’re good to go. Kau dah ada plan. Just kena follow through sahaja. Kau pasti kau boleh bayar ansuran bulanan tu nanti?” “Ya aku pasti. Just kena make sure I don’t lose my job.”

Saya bertanya bukan apa. Hanya nak pastikan Aishah benar-benar pastikan yang dia yakin dengan pelannya itu. “Tapi kalau kau lose your job?” “Kena juallah kereta tu,” jawabnya ringkas. Dalam hati saya berkata, “Belilah kereta idaman kau tu Aishah. Memang kau layak memandunya. Dan kau pun dah tahu semua pelan yang sepatutnya.” Aishah tahu niatnya, tahu jalan yang mahu diikutinya dan tahu pula lama masa yang diperlukannya. Hari ini Aishah memandu bangga kereta Mercedes A200 nya itu. Saya juga bangga dengan pencapaiannya dan pelannya yang lengkap itu. Inilah maksud saya yang sama dengan analogi memandu kereta tadi.

Pentingnya juga semua perancangan ini sama seperti senario memandu tadi ialah supaya kamu tidak menyusahkan orang lain dalam hidup kamu. Sama seperti pemandu-pemandu lain di atas jalan raya waktu saya memandu. Kalau kamu tidak memiliki perancangan yang kukuh, di tengah jalan pabila segala urusan kamu tergendala atau tersekat-sekat dan kamu perlu meminta pertolongan orang lain atau menyusahkan orang lain dengan keputusan dan tindakan kamu, ahhhhhh ini yang kita semua tak perlukan dalam dunia hari ini.

Setiap daripada kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Setiap keputusan dan tindakan kita, setiap hasil atau kesan daripadanya adalah tanggungjawab kita sendiri. Tidak adil untuk kita mengharapkan orang lain untuk memikirkannya, menyelesaikan atau terkena kesannya. Seperti melambatkan perjalanan saya tadi. Andai kata orang lain itu menyumpah seranah kamu lebih buruk lagi mengambil tindakan terhadap kamu. Dalam kes memandu tadi mungkin saya yang merasa terlambat dalam pemanduan saya melanggar kereta-kereta yang melambatkan saya. Kita tidak mahu lah ini terjadi bukan? Tapi dalam dunia sekarang yang semakin hilang perikemanusiaan, tak mustahil ini boleh terjadi.

Seperti dalam perhubungan misalnya, kenalan saya Harith berpacaran dengan Rani sudah lima tahun. Harith sudah bersedia memperisterikan Rani. Yang menahan berlangsungnya perkahwinan itu ialah kerana ibubapa Rani tidak dapat menerima Harith kerana dia tidak berpangkat tinggi dan berkedudukan dalam masyarakat. Jadi Rani saban hari menangguh dan menangguh. Saya kesian dengan Harith. Dia sering mengadu kepada saya tentang Rani. Apa boleh saya buat. Saya cuba nasihatkan Rani tapi keluarga dia bukan dalam bidang kuasa saya. Tidak adil bukan, untuk Rani melayan Harith sebegitu?

Setiap keputusan dan tindakan kita, setiap hasil atau kesan daripadanya adalah tanggungjawab kita sendiri.

Harith sudah memasang niat, menetapkan jalan yang mahu dilalui dan tahu berapa lama masa yang diperlukannya. Tapi Rani masih berdolak dalih tidak tahu menunggu apa. Akhirnya Harith terpaksa memutuskan hubungannya dengan Rani. Bertemu dengan wanita yang sanggup menerima dia seadanya. Yang mahu bersama-sama mencapai niat Harith, melewati jalan yang sama dan sanggup melaluinya dalam masa yang ditetapkan. Rani pula hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia malah menyesal dengan keputusannya melepaskan Harith yang sudah cukup lengkap pelan hidupnya.

Hidup ini tidak sukar. Yang menyusahkan ialah kita sendiri. Yang terlalu dalam sangat berfikir tentang sesuatu perkara. Hidup seharusnya mengikut formula ringkas dan mudah. Kerana kita pun hidup taklah lama. Paling lama 60 tahun atau 70 tahun atau lebih pendek daripada itu? Kalau kita menyusahkan hidup sendiri dan hidup orang lain, ini akan menyingkatkan jangka hayat hidup kita? Rugi. Ikut sahaja formula memandu di atas jalan raya saya tadi. Jangan susahkan hidup orang lain yang tiada kena mengena dengan kelemahan kita. Nescaya akan bahanalah hidup kita jika kita bertindak sedemikian.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE