SEARCH

#stailmyfreshface

#stailmyfreshface
Cover15_ForFeature
Gambar: Andy Ong/ 31 Square Penata Gaya: Azreezal Hafidz Solekan/Rambut: Fendi Sani Arahan Seni: Merrissa Emilda Penyelaras: Hafizan Mohd

Masa berputar dan zaman berganti. Takkanlah selamanya kita mahu duduk di takuk yang sama? Musim berubah malah air pun ada pasang dan surutnya. Merasakan yang industri media dan penerbitan di Malaysia ini yang kian sendu dan mundane, kami di stail.my tidak mahu turut berasa begitu. Kerana di portal ini, semuanya harus penuh dengan excitement dan keseronokan. Kerana kami percaya pada vibe positif yang akan membina dan memberi bahagia. Jadi kami memikirkan bagaimana mahu merancakkan suasana? Industri kita ini harus dibaja, dicerna dan dijana. Dan ini takkan terjadi andai kita selamanya bergantung pada yang lama.

“Jangan salah faham, bukan saya menentang orang lama. Tidak sama sekali. Saya juga orang lama.” 

Tiada siapa dapat menidakkan pengalaman dan kepandaian orang lama. Kebolehan, kemahiran dan cara orang lama (yang kalau bagus) yang teramat kita hormat. Cuma bagi merancakkan industri dan untuk mempelbagaikan serta memperbaharuinya, kita perlu salin kulitnya. Ganti suasana dengan wajah-wajah baru lagi segar yang tentunya membawa cerita dan idea berbeza. Ini penting bagi memberi keterujaan baru dalam gelanggang yang kita ceburi.

Sudah beberapa tahun sebenarnya, kalau melihat halaman sosial di dada-dada majalah malah dalam portal online sekalipun, saya asyik sahaja melihat muka yang sama. “La, muka si polan dan si polan dan si polan ini lagi?” kata di hati. Ada juga teman yang bertanya, “Eh you dah tengok muka si polan, apa si polan pakai waktu ke majlis segini-gini tempoh hari?” Alah apa nak dihairankan. Muka yang itulah juga, baju-baju yang begitulah juga pun yang disarungnya. Apa yang nak dibanggakan sangat? Apa yang dibincangkan sangat pun tentang si polan dan majlis yang berlangsung itu. Ada juga teman-teman yang sudah mula menolak undangan-undangan ke majlis-majlis sosial sekitar kota.

“Bukan apa Reezal, karang balik-balik muka itu, balik-balik stail macam tu. Balik-balik cerita yang tulah juga. Bukannya ada cerita baru,” kata teman saya.

Saya ingat pada satu ketika (saya sendiri tidak pasti apakah kerana saya sendiri waktu itu memang teruja sangat nak berparti, tapi rasanya bukan sebab ini) dunia sosial tempatan sungguh happening. Jenama-jenama fesyen galak menganjurkan parti dan pertunjukan fesyen setiap musim. Pembukaan demi pembukaan butik berlangsung. Setiap satunya memberi keterujaan. Tak cukup masa nak bersiap. Setiap parti mahu bergaya berbeza. Mahu nampak lain dan baharu. Camelia waktu itu… kehadirannya sering dinanti. Baju berganti dan di mix and match dengan cantik sekali. Kadang-kadang ada juga dia mengulang tapi diberi stail berbeza. Aksesori-aksesori baru dipakai dan mengundang ‘WOW’ waktu itu. Model-model seperti Azura, Anita Aziz, Bernie Chan waktu itu menghiasi majlis. Irene Santiago, Carmen Soo dan Danielle Graham mewarnai industri. Syafinaz Selamat, Ziana Zain dan Ning Baizura – semua berlumba-lumba memberi inspirasi buat peminat, mengajar kita semua erti glamor dan popular. Siti Shahriza (Eja), Kavita Kaur dan Deanna Yusoff – aduh saya rindu sangat dengan zaman itu. Saya mahu zaman itu dikembalikan.

Kita juga tidak dapat menolak bahawa kesuraman industri kita hari ini adalah disebabkan keadaan ekonomi dunia malah Malaysia yang semakin merudum. Dan memang keadaan ekonomi akan memberi impak kepada dunia secara keseluruhan. Bagaimana mahu meriah kalau ekonomi suram, masyarakat tidak membeli. Industri sepi dan stagnant menjurus kepada tiada ria dan suka dalam komuniti. Jadi ini tentunya menyumbang kepada kesuraman industri. Situasi kerajaan dan negara juga menyumbang sebenarnya. Bayangkan dahulu tidak banyak sekatan dan kekangan dalam kehidupan kita sehari-hari. Industri hiburan dikenakan banyak censorship dan industri penerbitan disekat hak bersuara. Beritahu lah saya bagaimana masyarakat kita bisa berkembang? Jika semuanya tidak dibenarkan. Yang indah dikata buruk yang benar dikata salah, jadi bagaimana industri bisa menjadi ria?

“Kembali kepada Fresh Face 2016 ini, harapan saya supaya ia membuka mata dan memberi idea kepada kita semua. Supaya ia menambah rencah, menjadi bumbu dan baja seterusnya dijana.”

Usaha kami ini untuk menambah ria kepada industri kita. Membuka mata dan mencetus rasa. Kami memilih individu-individu bukan sahaja dari lapangan hiburan tetapi juga tentunya dari dunial media sosial yang semakin penting hari ini. Apalagi dengan sifat semula jadi portal kami sendiri yang bernadi secara online maka kami mengetengahkan juga social media influencer dan instagrammer selain fashion designer. Seperti Nadhirah Zamani, dia punya 235K followers di instagram yang juga seorang youtuber, cuma melakukan apa yang dia suka sahaja. Begitu juga dengan Hanie Hidayah dan suaminya Nasri Lian – the cool couple, Ana Abu yang begitu mengilhamkan dan Lucas Lau yang rupanya insan kompleks walau nampak sungguh ringkas dan relaks dalam laman instagramnya – saya tabik kamu semua kerana berani menurut berahi  (passion) dan seterusnya menjadikannya kerjaya lantas berjaya. Semoga kita semua bisa mencetus dan berkongsi inspirasi.

2016-02-19-01.55.52

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE