SEARCH

Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan… Maka Wajib Kita Menjaganya

Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan… Maka Wajib Kita Menjaganya
Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan... Wajib Kita Menjaganya
Gambar: Vogue US

 

Terkadang-kadang pabila skrol laman Instagram, saya akui mual juga asyik melihat update dan post tentang kesihatan, gaya hidup sihat, trekking, yoga, makan quinoa, minum air cia seed and so on and so on… Apakah ini sahaja yang penting dalam hidup kita masa kini? Saya tak kata ia tak penting langsung, cuma sudah begitulah gaya hidup zaman sekarang. Banyak sangat yang mahu jump into the bandwagon, menjalani gaya hidup dan pamakanan sihat dan menunjuk-nunjuk pula dalam media sosial.

Bukan tak boleh. Malah di majlis penganugerahan Influence Asia Awards yang saya hadiri Sabtu lalu, kategori influencer Health & Fitness diangkat menjadi salah satu kategori utama. Ini menunjukkan bahawa ada banyak individu yang memberi inspirasi melalui post-post sihat mereka di media sosial. Cuma nasihat saya kepada individu–individu ini agar kalau boleh janganlah melebih-lebih dalam memberi inspirasi. Biarlah apa yang ditonjolkan itu tidak dilebih-lebihkan sahaja sedangkan gaya hidup sebenar tidak sesihat yang ditonjolkan. Ada pula antaranya yang rupa sebenar bukanlah seperti yang ditonjolkan pun. Tubuh kurus, perut berpetak dan makanan-makanan sihat yang dirakam di laman sosial itu rupanya hanya kesan editing dan gambar-gambar makanan sihat itu pula dirakam banyak dalam satu masa kemudian dijadual-jadualkan posting nya. Kesian orang yang follow dan mempercayai, kerana apa yang dipercayai mereka itu segalanya palsu.

Tubuh kita ini hanya pinjaman Tuhan buat kita. Untuk kita melangsungkan kehidupan, bekerja mencari nafkah dan berbakti pada dunia dan untuk Nya. Jadi pinjaman orang itu adalah satu amanah. WAJIB kita menjaganya selagi ia menjadi milik kita.

Cerita tubuh dan penjagaannya ini bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. Saya sendiri terikut-ikut dengan arus semasa. Waktu yoga hangat dahulu, setiap hari dua kali saya buat yoga. Baru-baru ini teman berjaya membuat saya mencuba spinning class yang semakin hangat menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat kini. Dan setiap minggu paling tidak dua kali saya cuba spinning. Ya begitulah kita yang mudah terikut-ikut gaya hidup yang turut menjadi amalan teman-teman dan orang sekitar. Tapi saya tahu untuk saya, niat asalnya hanyalah mahu menjaga bentuk tubuh. Kerana saya suka sangat pakai baju. Helaian-helaian terkini dan pada kebanyakan masa suka shopping di bahagian wanita. Jadi kalau tubuh saya tebal dan tidak berbentuk, memang harap maaflah saya dapat muat helaian-helaian yang saya suka sangat tu.

Jadi terpaksa. Pabila merasa tubuh tebal dan berat, perut selalu bloated saya pastikan saya buat apa yang saya mampu untuk mengurangkan ketebalan, makan makanan seimbang dan cuba minum teh atau jus detoks. Cuma tidaklah terlampau keterlaluan sehinggakan hanya itu yang penting dalam gaya hidup saya. Cukup sekadar ia berfungsi untuk menjaga bentuk tubuh dan membuatkan tubuh rasa sihat, saya rasa itu sudah memadai.

Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan... Wajib Kita Menjaganya
Gambar: Vogue US

 

Ingat ya, tubuh kita ini juga bukan mesin. Jangan terlalu galak menggunakannya tanpa rehat yang mencukupi. Ini akan turut membuatkan tubuh jadi lesu, sistem imunisasi menurun dan penyakit akan mudah singgah. Seperti baru-baru ini setelah dua kali pergi balik pergi balik ke Switzerland, seminggu setelah kembali ke Malaysia kali kedua, saya demam. Buat kali pertama tubuh saya rasa seperti dilenyek bulldozer tetapi tak mati. Selera hilang dan dua hari saya terbaring di rumah lesu tak boleh berbuat apa-apa. Hampir dua tahun saya tak pernah demam. Tapi kali ini kerana saya sendiri lalai dalam menjaga tubuh, ia putus harapan dan collapse memaksa saya merehatkannya untuk dua hari penuh.

Begitulah, setiap daripada kita ini seharusnya faham dan arif dengan tubuh sendiri. Maksudnya, tubuh kita tidak akan pernah menipu dan ia sentiasa berkomunikasi dengan minda kita bekerjasama untuk menjalani kehidupan. Jadi kalau rasa ada sesuatu yang tak betul pada mana-mana bahagian tubuh, lekas-lekaslah berjumpa doktor atau merawatnya. Jangan dibiarkan sampai melarat dan lewat, tiada apa pun yang dapat membantu kita waktu itu. No amount of money boleh membayar dan mengembalikan kesihatannya.

Ada juga beberapa teman saya yang bertarung dengan tubuh sendiri. Saya menjadi saksi kepada cerita-cerita yang bermula dengan pertarungan dengan tubuh sendiri ini. Kerana terlalu mahu hilang berat badan, seorang teman berhenti makan nasi dan karbohidrat secara mendadak sehingga membuatkan dia mendepani depresi teruk dan mengundang pula penyakit lain seperti ulser perut dan gastrik teruk. Kita tidak mahu ini terjadi bukan? Nasib dia cepat sedar dan merawat depresi serta belajar makan dalam portion yang dibenarkan berbanding berhenti terus makan salah satu sumber penting gizi seimbang.

Seorang lagi pula sepertikan aneroksia. Takut makan hanya kerana tidak mahu badan tebal. Dia nampak sakit dan tidak sihat. Biarpun mungkin dia merasakan tidak ada apa-apa yang salah tentang dirinya, namun sesiapa yang melihat pasti nampak akan kekecewaan dan sakit minda yang sedang dilaluinya.

Seelok-eloknya janganlah kita terlalu ektrem sama ada dalam menjaga tubuh ataupun tidak menjaga langsung. Janganlah tidak menjaga langsung sampai satu hari disahkan kita menghidap penyakit-penyakit tertentu dan perlu merawatnya setiap hari. Kalau boleh kita mengelak daripada ini terjadi dengan menjaga dan memelihara kesihatan kita selagi kita memilikinya.

Satu yang penting perlu kita ingat ialah tubuh kita ini hanya pinjaman Tuhan buat kita. Untuk kita melangsungkan kehidupan, bekerja mencari nafkah dan berbakti pada dunia dan kepada Nya. Jadi pinjaman orang itu adalah satu amanah. WAJIB kita menjaganya selagi ia menjadi milik kita. Saya pun bukanlah bijak pandai untuk memberi nasihat cara sepatutnya kita mejaga tubuh kita. Tapi bagi saya tak perlulah sampai perut berpetak enam, bahu lebar sedepa dan otot menguasai tubuh. Cukup sekadar kamu berasa sihat dan mampu melangsungkan kehidupan dan bekerja, itu sudah memadai. Yang penting perlu seimbang dalam berbuat apa-apa sekalipun. Seimbang dalam menjaga tubuh badan, seimbang dalam pengambilan makanan dan seimbang dalam bersenam sekalipun. Apa yang masuk dalam tubuh perlu keluar semula dalam cara semulajadi. Jika sudah lama tak berpeluh, kerjakanlah sesuatu agar tubuh berpeluh dan toksin keluar. Selagi proses semulajadi ini berterusan dan tak terganggu, mungkin tiada sebab untuk kamu dihinggap penyakit.

SignatureGreyBackground

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE