SEARCH

#StailMyGiveaway Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami Sempena Hujung Tahun Ini

#StailMyGiveaway Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami Sempena Hujung Tahun Ini

Bulan baharu sudah tiba dan sedar tidak sedar, kita telah pun tiba di penghujung tahun 2018. Bagaimana dengan azam kamu tahun ini? Adakah semuanya sudah tercapai? Kami percaya pastinya kamu semua sudah bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mencapai apa yang kamu idamkan tahun ini. Hujung tahun juga sering dikaitkan sebagai bulan perayaan, inilah masanya untuk duduk berkumpul beramai-ramai saling bertukar hadiah. Ada juga yang memilih untuk keluar melancong pada hujung tahun ini serta pelbagai lagi aktivitilah. Buat kamu yang masih tidak punya rencana lagi, STAIL.MY ingin mengajak kamu semua untuk sama-sama manjakan wajah dengan produk kecantikan premium pilihan kami yang boleh kamu cuba bulan ini.

Anna Sui Fantasia

Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami

Kelalang mewah emas dihiasi dengan miniatur unicorn melambangkan haruman yang cukup manis dan membuatkan si pemakai bagai hidup di alam fantasi. Nota pembukanya dihiasi dengan ekstrak limau bali merah jambu, cassis dan pink pepper. Manakala nota tengahnya pula hadir dengan suntikan violet, bunga oren, orkid pastel serta raspberry. Aroma sensual yang terdapat di dalam haruman ini pula dibangkitkan dengan ekstrak golden cypress dan Himalayan cedarwood. Sesuai buat si wanita yang gemarkan aroma manis bunga-bungaan dengan suntikan misteri kayu-kayan.

Dunhill London Century

Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami

Buat si lelaki yang mahukan aroma segar menyaluti tubuh, pilih haruman terbaru daripada Dunhill London ini. Inti pati bergamot, limau gedang, mandarin, neroli, cardamom, olibanum, sandal wood, kasturi serta cypriol dipilih sebagai nota highlight kepada haruman sensasi ini. Dengan adanya suntikan aroma pedas dan sensual ini memperkuatkan lagi aroma maskulin Dunhill London Century.

Kiehl’s

Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami

Tiga produk daripada Kiehl’s yang harus kamu miliki ini adalah Midnight Recovery Concentrate, Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate 12.5% Vitamin C dan Ultra Facial Cleanser. Tiga produk ini penting dalam mencapai kulit wajah mulus.

Buat produk Midnight Recovery Concentrate ini, ia adalah sejenis minyak wajah yang boleh kamu gunakan pada sebelah malam sebelum tidur. Ia berfungsi dalam merawat dan mengembalikan kulit wajah yang lebih mulus dan sihat. Bukan itu sahaja, ia diperbuat 99.8% daripada bahan semula jadi dan juga bebas paraben, maka ia selamat digunakan pada wajah. Layari sini untuk ketahui lanjut.

Manakala produk Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate 12.5% Vitamin C ini adalah produk Kiehl’s yang telah dicipta dengan formula yang lebih baharu. Dengan tambahan Vitamin C sebanyak 12.5% ini serta formula acid hyaluronik memberikan hasil kulit wajah yang lebih berkesan. Ia mampu mengurangkan penghasilan garis halus, liang pori serta mengembalikan tekstur kulit wajah yang sempurna. Ia juga sesuai buat mereka yang memiliki kulit sensitif. Layari sini untuk ketahui lanjut.

Akhir sekali, Ultra Facial Cleanser yang dicipta dengan formula yang tidak terlalu kuat dalam membersihkan kulit wajah. Bahkan ia tidak mampu mengeringkan kulit wajah atau membuang minyak semula jadi yang terhasil kulit. Walaupun sebegitu, pencuci muka Kiehl’s ini mampu membersihkan wajah daripada kotoran degil akibat daripada solekan dan sebagainya. Layari sini untuk ketahui lanjut.

L’occitane

Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami

Buat kamu yang mahukan produk yang lebih natural dan semula jadi, L’occitane adalah pilihan yang sesuai buat kamu. Tiga produk yang harus kamu miliki daripada jenama ini ialah L’occitane Divine Cleansing Foam, Divine Cleansing Balm dan juga Divine Eye Balm.

Langkah pertama untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih adalah dengan menggunakan L’occitane Divine Cleansing Balm. Pencuci wajah jenis salap ini mampu membersihkan segala kotoran solekan dan persekitaran. Pencuci wajah jenis salap ini akan bertukar menjadi minyak apabila disapukan pada kulit wajah. Minyak pati premium yang digunakan L’occitane ini bukan sahaja berfungsi dalam membersihkan kulit wajah, malah ia memiliki manfaat baik untuk kulit seperti dalam membekalkan Vitamin E serta menyuntik manfaat antioksida tinggi ke dalam kulit wajah. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut.

Buat L’occitane Divine Cleansing Foam ini, ia digunakan selepas Divine Cleansing Balm untuk mencuci lembut kulit wajah namun masih mampu menyahkan segala kotoran yang terhasil akibat daripada solekan dan juga persekitaran dengan lebih mendalam. Teksturnya yang pada mula dilihat seperti krim kemudian bertukar menjadi buih apabila diadun bersama air namun pencuci muka ini tidak membuatkan kulit menjadi kering. Ini kerana ia diperbuat daripada pati minyak yang terkenal dengan manfaat antipenuaan, Vitamin E serta memiliki kebaikan antioksida. Klik sini untuk ketahui lanjut.

Akhir sekali, jangan dilupakan penjagaan mata. Ramai yang masih memandang remeh perihal ini. Mata adalah antara bahagian yang penting dan cepat menunjukkan tanda penuaan. Jika kamu tidak menjaganya dengan betul, mungkin bahagian mata kamu akan menjadi antara bahagian pertama yang berkedut sebelum usianya. Dengan L’occitane Divine Eye Balm, kamu tidak perlu risau lagi. Ia membantu dalam merawat lingkaran gelap bawah mata, melembutkan bahagian kontur mata, ketegangan kulit, keserian serta mengembalikan tona mata yang lebih sekata. Teksturnya juga lembut dan selesa apabila dilayangkan pada kulit bahagian mata. Klik sini untuk ketahui lanjut.

Medicube

Manjakan Wajah dengan Produk Kecantikan Pilihan Kami

Buat kamu yang memiliki kulit bermasalah dan sensitif, Medicube rangkaian Red ialah rangkaian yang paling tepat buat kamu. Jenama penjagaan kulit wajah Korea ini bakal memberikan kamu kepuasan terbaik selepas menggunakan produk ini. Di dalam rangkaian istimewa Red ini terdapat beberapa produk seperti Red Toner, Red Serum, Red Cream, Red Tea Tree Oil, Red Foam Cleanser, Red Erasing Cream, Red Erasing Spot Serum, Red Centella Scar Ointment, Red Solution Kit dan Red Sun Block. Kesemua ini berfungsi baik dalam merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat.

Antara produk best seller daripada rangkaian ini ialah Red Foam Cleanser di mana ia diformulasikan daripada inti pati yang lembut dan tekstur yang selesa sesuai untuk kegunaan harian yang telah dibuktikan oleh klinik. Manakala produk Red Erasing Cream pula ialah antara yang menjadi pilihan di Korea kerana ia mampu mencerahkan serta menghalang tanda-tanda tidak baik pada kulit yang diakibatkan oleh sinar UV matahari. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan penghasilan bintik hitam, parut jerawat serta garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Produk Medicube ini boleh didapati di cawangan Guardian terpilih.

 

Kini, kamu berpeluang untuk memenangi produk kecantikan (secara rawak) pilihan kami di atas! Caranya mudah sahaja dengan menjawab soalan kami dibawah. 

STAIL.MY Gifting December Giveaway Form

* indicates required


/ /
( dd / mm / yyyy )




Terma dan Syarat Penyertaan:

1. Tempoh penyertaan dari 3 Disember 2018 – 12 Disember 2018.

2. Penyertaan eksklusif untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Keputusan akan diumumkan pada 13 Disember 2018, hadiah perlu diambil sendiri dalam tempoh seminggu (17 – 21 Disember 2018, Isnin – Jumaat) di pejabat STAIL.MY (Kelana Jaya)

4. Senarai peserta bertuah akan dimaklumkan melalui Instagram Messenger (DM) atau Emel.

5. Penyertaan yang lewat, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak akan dilayan sama sekali.

6. Kakitangan, penaja, agensi pengiklanan dan keluarga terdekat tidak layak menyertai.

7. STAIL.MY dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama atau gambar peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

8. Pihak STAIL.MY juga berhak memilih mana-mana peserta sebagai pemenang untuk pertandingan ini.

9. Semua keputusan yang ditetapkan oleh STAIL.MY adalah MUKTAMAD.

10. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-7886 5050.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE