SEARCH

MBFWKL: Sinergi Dunia Fesyen & Mercedes-Benz Dalam Acara Gilang-gemilang

MBFWKL: Sinergi Dunia Fesyen & Mercedes-Benz Dalam Acara Gilang-gemilang

Chinese Aseembly Hall bergemerlapan dengan lampu pancar memancar. Mana tidaknya? Acara MBFWKL (Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur) berlangsung meriah empat malam di dewan ini dari tanggal 10 hingga 13 April lalu. Melangkah masuk sahaja ke dalam kawasan luar dewan, bersusun lima buah kereta Mercedes-Benz berlainan kategori. Begitu juga dengan tema acara MBFWKL tahun ini yang dibahagikan kepada empat malam adalah berdasarkan kepada empat kategori kereta jenama ini – Compact Cars, Limousines, SUVs dan Dream Cars. Dianggarkan 1000 undangan khas Mercedes-Benz menghadiri sepanjang empat malam acara berlangsung. Tahun ini menyaksikan MBFWKL mengumpulkan barisan pereka-pereka tempatan, Asia Tenggara dan antarabangsa mempersembahkan koleksi masing-masing.

Dari kiri: Brian Khoo, ByThian, Kittie Yiyi & S.Bahar

MALAM 1 – 10 APRIL 2019 | CUTTING EDGE MALAYSIAN DESIGNER

Nama-nama pereka yang terpilih mementaskan koleksi mereka pada malam pertama ini mungkin tidak memerlukan pengenalan lagi. Setiap seorang mencipta nama bukan sahaja di Malaysia malah membawa jenama mereka ke luar negara. Setiap pereka membawa tema dan DNA yang berbeza. Kittie Yiyi terkenal dengan koleksi helaian yang serba quirky, pancawarna dan fun. Terlihat banyak skirt mini, jaket-jaket oversize selain korset di atas dress baby doll dalam koleksinya. S.Bahar pula pereka menswear tempatan oleh pereka Shahrin Bahar. Koleksinya kali ini terinspirasi daripada buku Poolside oleh Slim Aarons tentang dunia hartanah di mana hotel dan resort menjadi tema utama. Maka helaian-helaian serba relaks. Shahrin juga mengambil era 70-an dan 80-an sebagai rujukan yang mana muzik New Wave dua era ini banyak mempengaruhinya.

ByThian oleh pereka Teresa Thian memaparkan koleksi serba whimsical, dreamy dan ultra-feminin. Cetakan grafik pada fabriknya turut direka oleh Teresa sendiri. Dia juga mereka koleksi aksesori bagi dipadankan dengan koleksi bajunya. Nama Brian Khoo mula diperkatakan sejak dia mereka helaian untuk Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James. Kali ini Brian masih berpegang kepada falsafah rekaan serba feminin dan banyak bermain dengan teknik draping pada helaiannya.

mbfwkl

Hian Tien

MALAM 2 – 11 APRIL 2019 | CONNECTION ASIA SHOWCASE

Hian Tien (Indonesia) memulakan jenamanya pada 2008. Koleksinya pada malam ini diberi nama “The Yine Girl” ilham daripada masyarakat tradisional Peru. Ia memadukan antara seni konvensional dan elemen fesyen serba moden, sofistikated dan elegan. Dia juga bekerjasama dengan pereka headpice Rinaldy Yunardi yang mereka topi-topi festival Peruvian. Tawn C (Thailand) rekaan Tawn Chatchavalvong pula memperkasakan wanita bersama rekaan-rekaannya. Nuboaix (Singapura) atau kata pendeknya NBX menjual koleksi rekaanya secara eksklusif di Robinsons, Heeren Singapura. Bermula pada 2014, pereka duo suami isteri ini sudah mempersembahkan sembilan koleksi sewaktu Paris Fashion Week berlangsung. Justin Yap (Malaysia) pula lebin banyak bermain dengan kontruksi dan bentuk.

mbfwkl

Nicholas Coutts

MALAM 3 – 12 APRIL 2019 I INTERNATIONAL TREND SHOWCASE

Empat jenama mengambil tempat di pentas MBFWKL pada malam ketiga. August Store dari Australia adalah jenama adik-beradik Lizzie dan Georgie Renkert. Mereka meraikan seksi feminisme. Berpengalaman 30 tahun dalam dunia majalah, rekaan, buying dan pembangunan, falsafah mereka terarah kepada effortless modern luxury bersama sentuhan bohemia. Koleksi mereka malam itu diberi nama We Are Kindered – feminin tetapi moden dan inovatif. Mereka banyak bermain dengan fabrik indah, jahitan manik dan cetakan bespoke.

Selain itu, malam ketiga juga mementaskan koleksi daripada BLACKBARRETTEmmanuel Haute Couture dan Nicholas Coutts dari Cape Town, South Africa. Nicholas Coutts lebih bertumpu kepada tailoring, craftsmanshipdi dalam helaian-helaiannya yang sofistikated tetapi selesa, functional dan klasik. Fabrik-fabrik tenunan tangan memberi tekstur yang menjadikan jenama ini unik.

mbfwkl

Khoon Hooi

mbfwkl

Wardrobe

mbfwkl

CH Carolina Herrera

MALAM 4 – 13 APRIL 2019 I MERCEDES-BENZ GALA

Malam gala menyaksikan tiga nama besar disatukan di atas pentas yang sama. Khoon Hooi yang baru sahaja mempersembahkan koleksi musim luruhnya di trade show di Paris bangga mementaskan koleksi tersebut pada malam ini. Dari helaian-helaian ready-to-wear hingga kepada rekaan-rekaan demi couture, koleksi ini sungguh menawan. Permainan pola yang bijak membentuk siluet yang cantik pada tubuh wanita. Pada rekaan demi-couture nya, Khoon Hooi bermain dengan feathers dan perincian yang sungguh elaborate. Wardrobe pula mempersembahkan koleksi yang lebih kontemporari walaupun masih berpegang pada falsafah menswear tailoring. Sut-sut lebih longgar dan seluar dilipat senteng dipadankan dengan sneakers dan sekadar kemeja T sahaja. CH Carolina Herrera tegar dengan koleksi ultra-feminin berunsur rekaan era 50-an. Banyak full skirt selain shirt dress relaks menggambarkan wanita di Hamptons.

Pada malam ini juga diumumkan pemenang Fashion Future Design Competition. Empat finalis bertanding menyaksikan Will Lim membawa pulang trofi kemenangan. Estee Chan menang tempat kedua, Mohammad Shafirul Riza tempat ketiga dan Vivian Lam di tempat keempat. MBFWKL kali ini juga memperkenalkan program baru iaitu Model Mentorship Programme di mana daripada 130 model yang menyertai sesi casting awal tahun ini, lapan terpilih untuk dilatih penerbit MBFWKL selain menjalani sesi makeover oleh Kimarie dan NARS. Semua lapan model ini berjalan sepanjang empat malam MBFWKL berlangsung sekaligus melancarkan kerjaya modeling mereka.

MBFWKL tahun ini mendapat tajaan daripada The Ritz Carlton, NARS, Kimarie, TRESemmé, Habib Jewel, Somersby dan Martell.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE