SEARCH

Pengalaman ‘Stylish Ride’ STAIL.MY Raya Ini Bersama Mercedes-Benz C300 Cabriolet

Pengalaman ‘Stylish Ride’ STAIL.MY Raya Ini Bersama Mercedes-Benz C300 Cabriolet

Mercedes Benz C300 Cabriolet

Kamu ingat lagi saat pertama kamu melihat pasangan kamu dan jatuh cinta dengannya? Jatuh cinta pandang pertama. Begitulah perasaan saya kali pertama diperkenalkan dengan Mercedes-Benz C300 Cabriolet. Dalam hati saya melonjak gembira. Teruja, suka, cinta dan mahu memilikinya. Tentu sekali model yang diberi kepada saya berlumur warna kegemaran saya, putih. Sebab lain saya jatuh cinta ialah kerana ia cabriolet. “Oh that soft top roof is soooooooo sexayyyyyy babeyyyyyyyy…”

Tentunya setelah dua kotak ditanda ✔ saya jadi tak sabar untuk merasai pengalaman memandunya pula. Menguji ketangkasannya, fasiliti dalam kereta dan berbangga dengannya di atas jalan. Beraya dengan stylish ride ini menjadikan raya tahun ini lebih bermakna. Saya pulang bersama adik perempuan saya dan dua anak lelakinya. Seorang usia 6 tahun (Kausar) dan seorang lagi 4 tahun (Kahfi). Soalan pertama yang terpacul dari mulut Kahfi kala melangkah naik ke dalam kereta, “Pakcik… kereta sapa beli?”

“Apa Kahfi tanya?” tanya adik saya. “Sapa beli?” Jawab saya. “Pakciklah…” saya menjawab kepada Kahfi. “Kenapa?” Saya tanya lagi. “Cantik…” jawab Kahfi. Nah ada saudara saya yang usia 4 tahun pun tahu menilai betapa cantiknya C300 Cabriolet ini. Dan memandunya saya tidak langsung merasa lelah. Bila-bila dan sesiapa pun boleh meminta sahaja saya memandu mereka dalam kereta ini, saya akan bersedia. Tidak pernah saya serela ini sebenarnya bila-bila orang meminta saya memandu.

“C300 Cabriolet adalah kereta idaman yang memenuhi impian individualis. Rekaan hebat, karakter memandu yang cekap, kelengkapan yang bagus digabung dengan ketenangan, keselamatan dan kecekapan menjadikannya menarik semua deria.” Mark Raine, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Passenger Cars, Mercedes-Benz Malaysia.

Begitu yang disebut tentang kereta ini. Saya amat setuju dengan kata-kata Raine itu. Ia melambangkan mewah yang moden – hot and cool. Ia kereta yang berdikari, sporty dalam masa sama memiliki tarikan remaja dan segar. Walaupun ia Cabriolet, tetapi bonetnya boleh memuatkan bagasi saya dan adik saya. Kapasitinya 360 liter (285 liter jika bumbung dibuka).

Penggunaan fabric lembut mengurangkan bisng angin/pemanduan. Boleh dibuka dalam masa 20 saat pada waktu memandu 50km/j. Oh memang ini ciri paling saya CINTA. Dan seperti kata saya pada sesiapa pun teman-teman yang bertanya tentang perasaan memandu kereta tanpa bumbung, percayalah ia dapat membuat kamu rasa kamu rasa kamulah raja dan paling berkuasa di atas jalan ataupun dalam dunia. Apalagi selalunya ia pasti mengundang mata-mata di atas jalan untuk memandang penuh kagum.

Mercedes Benz C300 Cabriolet

Pemanduan Yang Sungguh Lancar

Terima kasih kepada sistem Sports Direct-Steer dalam C300 Cabriolet menjadikan pemanduan kereta sungguh lancar di atas jalan. DYNAMIC SELECT pula membolehkan pemandu memilih bentuk pemanduan – sporty, selesa atau jimat minyak. Transmisi automatic 9G-TRONIC juga melengkapi kereta ini. Sesungguhnya pengalaman memandu C300 Cabriolet sepanjang raya takkan saya lupakan sampai bila. Kecekapannya di atas jalan. Binaannya yang ringan dan pengendaliannya yang lancar tentunya membuat Aidilfitri saya lebih bermakna. Ini belum mengambil kira pandan-pandangan cemburu daripada pengguna jalan raya yang lain. Nasib baik ia tidak membakar, kalau tidak pasti C300 Cabriolet ini sudah lama rentung di tengah jalan.

Mercedes-Benz C 300 Cabriolet Sekilas Pandang
C 200 Cabriolet C 250 Cabriolet C 300 Cabriolet
Cylinders 4/in-line 4/in-line 4/in-line
Displacement cc 1991 1991 1991
Output

kW/hp

135/184 at 5500 rpm 155/211 at 5500 rpm 180/245 at 5500 rpm
Max. torque Nm 300 at 1200-4000 rpm 350 at 1200-4000 rpm 370 at 1300-4000 rpm
Fuel consumption

l/100 km*

6.0-6.3 6.2-6.6 6.7-7.1
CO2 emissions g/km 136-143 140-150 151-161
0-100 km/h

secs.

8.2 6.9 6.4
Max. km/h 235 244 250
Price (OTR w/o Insurance)

Price is inclusive of GST

RM 358, 888 RM 388,888 RM 443,888

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE