SEARCH

The Smart & Sweet: Neelofa Tentang Cinta, Lelaki Idaman & Kecantikan

The Smart & Sweet: Neelofa Tentang Cinta, Lelaki Idaman & Kecantikan
Sitting Editor: Azreezal Hafidz Penata Gaya: Ardi Idewani Penata Hijab: Didiyana Ehsan Arahan Seni: Merrissa Emilda . Penyelaras: Ryan Mohamad Video: Ashura Hakim & Zaidi Che Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Solekan: Khir Khalid menggunakan Lancome

 

Rona hijau dari busana sekuin Marc Jacobs itu memancar-mancar. Dalam sekejap sinaran mentari, kan menjadikannya kilau mengisi seluruh ruangan studio. Menjadikan dia kekasih yang penuh senyum.

Bayangkan dia sang api yang berjalan di atas air. Sangat semangat, namun selalu tenang. Kelihatan senyuman manis masih lagi terpahat di bibir hos, pelakon dan usahanita serba boleh ini. Sebaik dia mengenakan turban hitam itu, menyerlahlah lagi aura seorang wanita yang versatil.

Putaran hidupnya, tak pernah henti, tak pernah habis dilanda kontroversi. Namun dirinya, personalitinya dan kisah cintanya disimpan rapi. Datang dengan bebas, juga pergi dengan sendiri. Kesegarannya itulah yang menyentuh denyar kesedaran.

Sesuai bulan istimewa, Februari bergelar bulan cinta. Tentu sahaja tersemat di benak kalian yang saya hanya menulis tentang kisah-kisah cinta tipikal manusiawi. Jawapannya boleh jadi benar, boleh jadi tidak.

Tidaklah tersasar jauh, ya kami sidang redaksi memang ingin memaparkan tentang cinta di bulan cinta ini. Namun kami cuit sedikit kelainan, menghembus nafas baru dan segar pada kalimat ‘cinta’ itu sendiri. Seraya itu, kami potretkan ‘The Smart & Sweet’ Neelofa sebagai “Strong Independent Woman” untuk cerita muka depan isu Februari 2018 ini.

Neelofa Tentang Cinta Oleh STAIL.MY 1
Marc Jacobs S/S 2018
NEELOFA, KECANTIKAN & #ROUGELOVE

Sedari awal sesi penggambaran di studio sebelumnya, suka saya melihat solekan dan kecantikan dia. Terdetik rasa di hati untuk bertanyakan perihal solekan yang dikenakan Neelofa atau dia yang senang dengan panggilan “Lofa” ini, agar memberi manfaat pada sekalian pembaca STAIL.MY semua.

“Solekan adalah alatan yang menambahkan kecantikan. Bukan untuk menukar wajah, tetapi untuk menambah seri pada wajah. Saya tidak menyukai solekan yang tebal-tebal atau solekan melampau, sehingga merubah saya menjadi orang lain. Saya suka solekan nipis yang ringkas, solekan tipis yang boleh membuat peminat-peminat masih mengenali saya. Begitulah erti solekan pada saya.

Saya juga rasa solekan itu sudah cukup mencukupi apabila ada lima perkara ini; bedak asas, gincu, pemerah pipi, maskara dan pembentuk kening. Kelima-lima alatan solek ini sudah cukup. Katakanlah, ketika saya mengenakan gincu atau maskara dan semua itu tetapi tidak menyudahi dengan pemerah pipi, pasti saya rasa tidak lengkap. Kerana itu saya bilang mesti ada lima barangan ini di dalam tas tangan. If you have that five things, you’re ready to go.” terang Lofa tak berhenti kalimah.

“Bukan sahaja fan, Lofa juga fam kepada Lancome. Mengapa Lancome menjadi pilihan Lofa? Apakah ada cerita di sebalik kisah ini?,” tanya saya lagi.

Lofa membalas, “Nama Lancome itu sendiri sudah cukup terkenal dan kukuh di persada dunia. Generasi demi generasi mengenali jenama ini. Dan kita tahu konsep dan kualiti yang dihasilkan Lancome adalah berdasarkan kajian santifik. Lagi pula, ia perusahaan kosmetik dari Perancis. Ramai yang yakin dengan produk-produk keluaran negara ini. Jadi, tiada langsung rasa teragak-agak untuk menggunakannya.

Saya bangga dapat berkongsi kebaikan produk-produk Lancome yang saya gunakan kepada rakan-rakan kerana ia tidak pernah mengecewakan. Sangat gembira apabila ketika menggunakan bedak asas Lancome atau apa-apa sahaja produk Lancome, ramai yang mengikuti,” ujar Lofa dengan perasaan teruja.

Neelofa Tentang Cinta Oleh STAIL.MY 2
Gucci Cruise 2018
LANCOME & NEELOFA, KECANTIKAN ABADI BERPISAH TIADA

“Saya boleh katakan saya adalah rakan Lancome di Malaysia. Bekerjasama dengan mereka (Lancome) untuk kosmetik dan wangian. Ia perjalanan kerjaya yang bagus bersama mereka. I love their customised foundation and skincare set!

Pada hemat saya, Lancome adalah jenama kecantikan yang sangat lama bertahan. Jauh lama sebelum zaman ibu saya lagi, Lancome telah wujud. Untuk bertahan selama itu, ia memerlu kualiti dan rangkaian produk yang berkesan dan dipercayai ramai.

Sejauh mana kualiti produk itu diuji? Dan berapa ramai pengguna yang masih setia dengan produk tersebut.

Menurut saya, Lancome berjaya menjadikan kualiti dan kepercayaan pengguna sebagai identiti utama produk-produknya. Lancome dan kecantikan berpisah tiada. Justeru, saya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Lancome dan tidak keberatan untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang produk dan syarikat kecantikan berprestij ini.

Last year I would say it was just an announcement. Kembara saya bersama Lancome di Paris hanyalah satu permulaan. Saya mahu bila sebut sahaja Lancome, rakyat Malaysia akan ingat pada saya dan sebaliknya. Saya harap dapat berkongsi lebih banyak lagi pengalaman menggunakan Lancome bersama peminat-peminat saya dan kamu semua.”

LUAR BIASA! Saya tak sangka terpilih sebagai rakan Lancome. Ia suatu perasaan surealis.”

 

PENGALAMAN MEMPERSONA NEELOFA BERSAMA LANCOME DI PARIS, PERANCIS

“Tujuannya untuk saya berjumpa dengan pasukan global di sana. Dari pengerusi Lancome, hinggalah pekerja butik. Untuk mereka mengenali peribadi dengan lebih dekat lagi. Saya berasa sangat bertuah.

Selepas pelantikan di Malaysia, saya terbang ke Paris untuk sesi perbincangan projek-projek masa hadapan dan kolaborasi bersama. Ia pengalaman yang sangat menyeronokkan. Mereka baik dan menyambut kami dengan ramah. I had a good time.

Hari pertama, saya berjumpa Pengarah Kreatif Lancome, Lisa Eldridge merangkap jurusolek yang sangat terkenal di UK dan Paris. Dia mengenakan solekan keluaran Lancome pada wajah saya dan hasilnya begitu cantik sekali.

She’s very lovely. Dia sangat merendah diri. Lisa sangat peramah, bukan sahaja terhadap saya, malah keseluruhan pasukan saya. Sangat gembira bertemu dengannya. Saya berharap berjumpa Lisa lagi di trip akan datang.

Saya juga sempat berkunjung ke Makmal Penyelidikan Lancome. Di mana terdapat banyak jabatan khas yang mengkaji bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk keluaran Lancome – solekan dan penjagaan wajah – dengan cara saintifik.

Saujana memandang, kawasan ini terbentas luas. Dari satu bangunan ke satu bangunan, jujurnya tidak sempat saya menjejak kaki ke semua tempat. Namun saya sempat ke Muzium Haruman Lancome. Mereka terangkan dan memberi demonstrasi tentang bagaimana mencipta nota-nota haruman secara terperinci.

Daripada nota atas hingga nota bawah, kenapa dan bagaimana sesuatu haruman itu bertahan. Paling menarik, saya berjumpa dengan seorang perfumer yang berasal dari Johor Bahru, Malaysia.

Untuk membikin haruman itu bukan senang. Ia memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk menghasilkan sesuatu wangian. Lain orang, lain citarasa. Mereka harus membuka pandaindera seluas-luasnya bagi mencipta wangian yang sesuai untuk semua lapisan penggemar haruman.

The whole trip was amazing. Layanan di sana sangat istimewa. Saya berjumpa ramai personaliti yang berbakat daripada pihak Lancome sendiri. Mereka merancang sejak awal dan melaksanakannya dengan begitu baik sekali.

Saya harap dengan berjumpanya saya dengan pasukan global ini akan ada lebih banyak lagi usahasama antara saya dan Lancome untuk 2018 dan saya harap peminat-peminat di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dapat mengenali Lancome menerusi saya.”

Neelofa Tentang Cinta Oleh STAIL.MY 3
Marc Jacobs S/S 2018

“Saya seorang yang romantis kerana saya suka perasaan bercinta dan dicintai.”

NEELOFA TENTANG CINTA: RAHSIA LELAKI PILIHAN HATI

Melihat wanita ayu dengan mata buntal beralis maskara hitam pekat ini, membuat saya terpesona. Masakan wanita secantik dia masih lagi belum berpunya? Wangiannya juga harum semerbak. Tanpa segan silu, saya langsung bertanyakan pula tentang haruman yang dipakainya.

“Lancome’s Miracle Secret. Saya suka wangian buah-buahan. Bahagia sahaja ketika menyemburnya. It’s fruity, sweet and really me. I love it so much.

Lagi-lagi pengalaman saya ketika di muzium minyak wangi dan haruman di Paris. Saya berjumpa dengan perfumers dan pelajari banyak informasi dan maklumat tentang haruman terus daripada mereka, lagilah kita menghargai haruman yang dipakai.” ujar Lofa lanjut.

Alang-alang bertanyakan soal haruman. Saya memancing pula ke soalan yang seterusnya. Soalan yang mungkin membuat semua orang teruja. Sengaja saya lewatkan pertanyaan ini buat kamu tertunggu-tunggu, “Bayangkan kamu sebagai seorang lelaki, haruman pilihan kamu yang mahu diberi kepada buah hati?” tanya saya.

Lofa menjawab, “Saya akan mencari haruman yang mempunyai nota-nota yang lembut, manis, fruity atau segar. Untuk lelaki-lelaki di luar sana kamu boleh memilih haruman yang mempunyai empat nota ini untuk kekasih kamu”.

“Terangkan pula momen yang paling kamu suka ketika memberikan hadiah kepada yang tersayang?” pancing saya lagi.

“Saya suka melihat reaksi seseorang semasa saya memberi hadiah itu. Kamu boleh melihat dari anak matanya sejauh mana dia hargai pemberian kamu itu tadi.”

“Cara kamu berkata-kata, memberi cerminan diri kamu. Mata tak boleh menipu.”

Semasa ini Lofa banyak ketawa. Mungkin dia sedang mengimbas kembali memori dan kenangan silam. Saya tidak tahu. Hanya mengagak-agak sahaja. Perbualan kami pun menjadi semakin santai. Tidaklah terlalu kaku. Sedang dalam ketawa, Neelofa mengaku yang dia tidak sukakan lelaki yang terlalu ambil mudah semua perkara. Menganggap seperti segalanya tidak penting.

I don’t like that kind of attitude. Yang saya suka adalah lelaki yang bertanggungjawab. Saya melihat usaha dan inisiatif lelaki itu. Contohnya, perkara-perkara yang wanita tak perlu minta-minta. Dia tergerak melakukannya tanpa perlu bertanya.

Lelaki yang pandai berkata-kata. Lelaki yang punya ilmu pengetahuan yang luas. Tahu banyak perkara dan berkarisma tinggi. Boleh mengerjakan banyak perkara dan melakukan kerja-kerja lelaki. Rajin dan ringan tulang,” jelas Neelofa bersungguh-sungguh.

Lofa menambah, “Banyak perkara yang saya suka lakukan bersama. Umpamanya, saya suka berkongsi tentang buku, berbincangkan tentang isu-isu semasa dan segalanya yang berlaku di sekeliling kita. Sesuatu yang punya makna, yang punya isi.

Terkala saya suka berborak tentang buku-buku telahan saya itu tadi, berkongsi pendapat dan bertanyakan pula pendapat si dia. Berborak tentang apa-apa pun, tentang perniagaan, kerjaya dan nasihat. Selain keluarga, saya suka berkongsi semua ini dengan orang yang saya kasih dan percaya,” singkapnya.

Neelofa Tentang Cinta Oleh STAIL.MY 4
Marc Jacobs S/S 2018
NEELOFA SEBAGAI STRONG INDEPENDENT WOMAN

Berbual dengan Neelofa sangat menyenangkan. Boleh kira ini bukan wawancara yang serius, melainkan sesi perbualan yang santai. Dia pun baru sahaja menghabiskan dua sesi penggambaran sebelum temubual (pada hari itu). Yang bermula seawal jam 6.30 pagi di Shah Alam dan bergegas pula ke Kelana Jaya untuk sesi penggambaran bersama STAIL.MY.

Timbul rasa kagum melihat kesungguhan dan cara kerja pelakon merangkap pengacara wanita popular ini. Langsung tidak menunjukkan yang dia sedang dalam keletihan. Semua sesi, baik semasa sesi bersolek yang memakan masa berjam-jam, mahu pun semasa sesi penggambaran, dilakukan dengan sempurna.

Bayangkan semasa sedang sibuk bersolek, datang seorang lelaki membentangkan kertas kerja? Belum lagi dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani. Panggilan-panggilan perniagaan yang perlu dia jawab. Mujur ada Nadiah, pegawai peribadi yang setia berada 24 jam di damping Lofa.

Mana mungkin dia boleh berjaya dan sampai ke tahap ini jika dia tidak secekal itu, bukan? Neelofa tidak pernah endah dengan lelaki-lelaki yang berasa terancam dengan wanita-wanita berkerjaya seperti dia.

“Tentu sekali. Mari bicara jujur tentang perkara ini. Jauh di lubuk hati mereka, pasti terdetik ‘lelaki harus lebih utama’. Hakikatnya zaman sekarang, terdapat ramai wanita-wanita yang berjaya dan mandiri di luar sana. Strong Independent Woman.

Wanita-wanita yang kuat, yang memiliki kewangan yang stabil dan kukuh. Suka ataupun tidak, ia adalah persaingan yang sihat antara kedua jantina. Ia mengajak pihak lelaki supaya lebih maju ke hadapan.

“Mereka (lelaki) terasa terancam.

I have to say yes”

It’s not easy to be confident. Saya harus akui itu. Kamu harus menjalani banyak perkara dan proses panjang untuk sampai ke tahap yang membuatkan kamu benar-benar yakin. Ia bukan kerja satu malam.

Namun apa yang saya pelajari, semakin kamu berusaha mengenali diri, kenal dengan lebih mendalam, tahu apa yang kamu suka dan tidak suka serta pandai melukis garis halus tentang perkara yang boleh menjatuhkan atau mengangkat martabat kamu, saya rasa kamu akan mula menghormati diri kamu sendiri.

Jika kamu hormat, secara langsung orang-orang juga akan menghormati diri kamu. Ketika itu kamu akan mendapat rasa percaya dan keyakinan kendiri,” jelas usahawati yang memiliki empayar hijab yang mendunia ini.

Neelofa Tentang Cinta Oleh STAIL.MY 5
Gucci Cruise 2018
CINTA YANG STAIL-LISH MENURUT PERSPEKTIF NEELOFA

Sesekali cinta bertamu saat hujan turun. Sesekali cinta harus pergi. Sebab banyak cinta yang pasti dia temui. Siapa bilang cinta itu harus yang manis-manis sahaja? Neelofa mengertikan cinta yang ideal itu cinta yang boleh membuai perasaan. Cinta yang boleh membuat dia menjadi dirinya sendiri.

“Cinta itu harus mudah dan ringkas. Tambah STAIL, bila kebahagiaan mereka boleh memberi inspirasi kepada orang ramai. Mereka menebar tenaga positif pada mata-mata yang melihat. Sampai-sampai mengajak orang ikut jatuh cinta bersama. Saya rasa hanya ada beberapa sahaja pasangan di Malaysia yang boleh menyampaikan itu,” ungkapnya.

Neelofa turut menamakan pulau-pulau yang bertebaran di pesisir pantai Eropah sebagai lokasi idaman melangsungkan majlis perkahwinan.

“Jika berpeluang suatu hari nanti, saya mahu terbangkan keluarga dan sahabat handai jauh ke sebuah pulau. Sebuah majlis perkahwinan yang bertemakan pantai. Siapa tahu, mungkin di pesisir pantai Itali, ataupun Sepanyol. Pulau-pulau yang seperti itu. Yang mempunyai suasana damai. I love beach,” ucap Neelofa sambil tersenyum.

“Cinta yang stail-lish adalah cinta yang real. Cinta sejati yang tidak dibuat-buat”

Percaya atau tidak, Neelofa membasuh muka dengan air yang berisi ais setiap pagi. Tambah dia, “Ia sangat sejuk. Kadangkala ia boleh jadi menyakitkan dan membuat muka kamu berpijar, tetapi ia salah satu petua untuk mendapat kulit yang licin, halus dan mulus. Ia menjana penglihatan kamu, mengecilkan liang pori dan bagus untuk peredaran darah di sekitar wajah.”

Akhirul kalam, Neelofa sempat berpesan, “Lancome adalah lambang WANITA BOLD. Seiring masa, Lancome tetap menjadi pilihan wanita zaman-berzaman. Ia satu lambang kemegahan. Lambang wanita pemberani. Saya harap tika kamu memakai Lancome, ia akan bergema sehingga ke sanubari,” pungkasnya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE