SEARCH

Eleena Sui: “Beza Industri Hiburan Melayu & Cina Mungkin Pada Tatakerja”

Eleena Sui: “Beza Industri Hiburan Melayu & Cina Mungkin Pada Tatakerja”
Eleena-Sui-Uniqlo-1-stailMY
Gambar: Chuanlooi/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan & dandanan: Fendi Sani Pakaian: Hana Tajima for Uniqlo & Uniqlo U Musim Bunga Arahan Seni: Merrissa Emilda Sitting Editor: Azreezal Hafidz

Mendekati pelakon baru bernama Eleena Sui (25) yang terkenal baru-baru ini berkat drama “Suri Hati Mr Pilot”, langsung membuat saya senang dengan personaliti yang dipamerkan.

Dia yang memegang watak antagonis sebagai ‘Inara’, wanita jahat dalam drama ini, sangat-sangat kontras dengan perwatakan seorang Eleena Sui dalam dunia realiti.

“Saya sebagai Inara dalam drama pertama saya, “Suri Hati Mr Pilot”. Watak perempuan jahat yang memasang rencana memporak-perandakan kebahagiaan rumahtangga Ejaz (Fattah Amin) dan Warda (Neelofa),” ujar Eleena sambil ketawa deras.

Gadis yang lahir pada 1992 ini memang mudah mesra dan berperwatakan sangat ceria. Kuat bercanda, sesi temubual berubah jadi santai-santai sahaja. Dia yang juga seorang pengacara, bercerita pula tentang pengalaman dia dalam media arus perdana.

“Sebenarnya, saya bermula sebagai seorang pengacara hiburan di H Live, Astro Ria. Kemudian, Astro memberikan saya satu tapak yang sangat bagus, di mana Michael Ang memanggil saya untuk sesi casting “Suri Hati Mr Pilot”. Dia melihat saya punya bakat terpendam dalam bidang lakonan.

Perkara yang paling manis tentang drama “Suri Hati Mr Pilot” ini ialah ia drama yang memegang rekod rating paling tinggi (9.5 juta) dalam sejarah drama Malaysia,” cerita Eleena Sui gembira.

Tak salah Astro menawarkan pekerjaan mengacara dan lakonan kepadanya, gadis dengan senyuman manis ini amat petah berkata-kata. Justeru membuat saya kaget. Dia sangat petah berbahasa Melayu, punya paras rupa Oriental yang cantik sekali serta ada pula nama keluarga Cina di belakang namanya.

Atas alasan perasaan ingin tahu yang kuat, seraya saya bertanya, “Eleena, are you pure Chinese?”

Mungkin pertanyaan saya ini sensitif bagi sesetengah orang, tapi tidak pada Eleena Sui. Dia secara profesional menjawab, “Saya kacukan Melayu-Cina. Keturunan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa,” senyum dia dalam gincu merah yang pekat menyala-nyala. 

TENTANG PEMAKAIAN SEDERHANA & SOPAN

“Jujurnya, saya melihat fesyen dan stail antara generasi X, Y dan Z (milenial) tidak terlalu banyak berbeza. Saya tidak nampak sebarang jurang yang ketara. Jika kita teliti, X akan touch up pada Y dan Y pula akan touch up semula pada Z. Begitulah kitarannya.

Fesyen dan stail tetap berputar selagi masih relevan pada minda generasi-generasi yang melewati.

Jika lihat generasi sebelum saya iaitu generasi X, mereka lebih gemar memakai persalinan yang anggun. Mungkin kerana faktor usia, generasi saya dan Z pula suka menyarung persalinan yang lebih ringkas dan moden namun tetap mahu kelihatan elegan.

Bagi saya, pemakaian sopan dan sederhana (modest) mestilah nampak moden dan ringkas namun tetap ayuTak perlu terlalu banyak layer, tak perlu banyak aksesori. Just be minimalist, it’s modest enough for me.

Pemakaian sopan dan sederhana itu merasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Kerana itu, saya sangat menghormati wanita yang berhijab. Kerana apa? Kerana tika mereka menyarung hijab, they didn’t simply show their skin. Terlihat sangat minimalis, mereka selesa dengan diri sendiri serta yakin dengan penampilan diri.

Namun kata minimalis itu tak bermakna memberi kamu lampu hijau untuk bergaya malas. Memakai persalinan-persalinan polos yang membosankan. Ayuh, mainkan persembahan warna. Sebagai wanita modest, kamu harus pandai memadan-suai rona-rona warna pada tiap helai persalinan kamu.

“THE FASHION SENSE MUST BE GOOD. BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN ITU? KAMU BOLEH SAHAJA MENYELAK HELAIAN MAJALAH ATAU PORTAL-PORTAL FESYEN DAN GAYA HIDUP SEPERTI STAIL.MY (KETAWA). STAIL ITU ESEN PALING PENTING.” – ELEENA SUI

Eleena-Sui-Uniqlo-2-stailMY

TENTANG DUA BUDAYA DAN DUA DIMENSI HIBURAN

Daripada seorang pengacara ke seorang pelakon, saya kira Eleena Sui pantas merebut peluang. Mungkin kerana faktor dia yang versatil dan berfikiran terbuka membuatkan dia melangkah jauh dalam lapangan seni ini.

Lalu, saya terpanggil untuk bertanya gadis kacukan tinggi lampai ini tentang pandangan dia terhadap bakat-bakat bukan-Melayu baharu, seperti Alvin Chong dan Elizabeth Tan serta seorang lagi personaliti bukan Melayu yang baru sahaja saya selesai temuramah tempohari, Jasmine Suraya Chin.

Eleena menjawab, “Saya melihat kebanyakan daripada mereka (pelakon bukan-melayu) memiliki bakat-bakat tersendiri yang berlainan.

“SAMA ADA MAMPU ATAU TIDAK MEMBAWA WATAK ATAU PERANAN DALAM DRAMA MELAYU, TIDAK LAH ADA KENA MENGENA DENGAN KETURUNAN ATAU BANGSA MEREKA. YANG PALING PENTING TERLETAK PADA BAKAT DAN UPAYA DIA,” JELAS ELEENA TAK BERHENTI KALIMAH.

Sungguh jelas jawapan dia. Benar, seperti jawapan yang diberi “Jasmine Suraya Chin: Bakat Itu Tidak Mengenal Bangsa“, saya amat bersetuju sekali dengan kenyataan yang diberikan Eleena ini. Sengaja saya bertanyakan begitu, memancing apakah pemikiran dia terhadap sisi sebelahnya yang satu lagi.

“Saya pernah berurusan dengan industri hiburan Cina sebelum ini dan saya juga menyumbang tenaga dalam industri hiburan Melayu.

The waiting game is too strong in Malay speaking industry. Sementelah mereka yang di sebelah sana lebih mengikut aturan dan jadual. Segalanya mengikut jam dan masa.

MAAF CAKAP…BUKAN MAHU MENGHUKUM ATAU KEDENGARAN RASIS, SAYA JUGA SEPARUH MELAYU DAN SEPARUH CINA.

Namun tidak lah saya berkata semua begitu. Ada sahaja rumah produksi dari kalangan media Melayu yang menepati waktu. Dari segi layanan pula, kedua-duanya sama. Kedua-duanya baik-baik belaka. Itulah yang saya lihat dari segi perbezaan antara kedua-dua industri ini. Dari segi pemikiran, budaya dan tatakerja mereka yang berbeza,” jelas Eleena penuh semangat.

Pada akhirnya, Eleena Sui sebagai anak kacukan daripada dua bangsa besar Malaysia ini cuma mengharap yang satu. Mengharap yang terbaik untuk kedua-dua industri hiburan ini.

Supaya pengurusan masa dan ‘seniority’ tidak lagi mengganggu, menjadi isu serta mematahkan semangat dan kualiti kerja pelakon-pelakon baharu seperti dia, “I can fit in because I got two culture in me. Dengan kelebihan yang saya ada, iaitu boleh berbahasa Melayu dan Cina, membuatkan saya senang berinteraksi.

Mereka (industri hiburan Cina/Melayu) akan memanggil saya jika ada projek dan saya pula akan memperkenalkan bakat-bakat dari kalangan rakan-rakan (Cina/Melayu) saya pada media di sebelah sana dan sebaliknya. Dengan cara ini saya harap akan menghadirkan perasaan MAJMUK pada industri hiburan tanah air kita.

“TAK KISAH LAH, INDUSTRI HIBURAN BERBAHASA MELAYU, CINA MAHUPUN BAHASA TAMIL SEKALIPUN, SAYA DOAKAN YANG BAIK-BAIK UNTUK INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA,” AKHIRI ELEENA SUI.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE