SEARCH

English Oak (Redcurrant & Hazelnut) Memberi Aroma Sebenar Inggeris

English Oak (Redcurrant & Hazelnut) Memberi Aroma Sebenar Inggeris

Magis belantara. Mendaki, Bermimpi, Mengalir. Menyusuri tanah berlumut hijau zamrud. Redcurrant yang masak ranum. Bersedia untuk dipetik. Beradun pula dengan aroma oak. Matang. Dimadukan dalam dua haruman yang memukau.

English Oak Redcurrant. Menyinar. Mendakap. Memukau. English Oak & Hazelnut. Membumi. Menggoda. Menangkap sukma. Sempurna sendirian. Atau semburkan bersama haruman lain dalam rangkaian Jo Malone untuk mencipta aroma yang baru.

Dua pewangi ini memberi pilihan baru kepada pencinta Jo Malone. Terutama bagi yang menyukai aroma keras kayu-kayuan. Bagi saya sendiri yang sukakan sentuhan manis dalam wangian, amat menyenangi English Oak Redcurrant. Tika disembur awalnya, memang ia memberi bauan sedikit keras kayuan tetapi semakin lama pabila nota tengah dan nota bawahnya timbul, keseimbangan antara bauan keras dan manis bermadu mesra lantas mencipta aroma yang sungguh indah.

Oak sangat indah, kayuan suci. Ia sangat berkuasa dan ikonik. Dalam dunia pewangi seringnya penggiat menggunakan sandalwood dan cedarwood, tapi Oak memiliki sesuatu yang unik. Ia sangat majestik dan misterius.” – Master Perfumer, Yann Vasnier

English Oak & Redcurrant

Top: Redcurrant
Heart: Rose
Base: Roasted Oak Absolute

English Oak & Hazelnut

Top: Green Hazelnut
Heart: Cedarwood
Base: Roasted Oak Absolute

Apa kata campur pewangi kamu?

Ya ini memang signature Jo Malone di mana mana-mana harumannya boleh disembur campur dengan mana-mana pun. Antara yang dicadangkan oleh Jo Malone termasuklah English Oak Hazelnut bersama Basil & Neroli untuk haruman lebih bertenaga dan sitrus yang sedikit flirty. Cuba juga English Oak & Redcurrant bersama Blackberry & Bay untuk gabungan yang berunsur fruity.

Ataupun kalau lebih suka, boleh sembur semua ini sekali untuk bauan segar, spicy diserlahkan lagi dengan sentuhan buahan.

Dua pewangi ini akan menemui penggemar mulai September 2017.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE