SEARCH

IT Couple Alert!!!! Siapa Pilihan STAIL Waktu Ini?

IT Couple Alert!!!! Siapa Pilihan STAIL Waktu Ini?
Timothee Chalamet & Lily Rose Depp

Dunia maya bagai bergegar selepas Timohee Chalamet muncul di karpet merah tayangan perdana filem Netflix, The King bersama pasangannya Lily Rose Depp. Kemesraan dan keserasian mereka jelas kelihatan dan banyak pula peminat mereka yang menyokong serta menyedari bahawa mereka sebenarnya bagi pinang dibelah dua. Pertemuan mereka bermula apabila kedua-duanya bertemu di set penggambaran The King.

Kedua-duanya sama muda dan berada dalam kategori milenial. Lily pula sememangnya terkenal sebagai anak kepada Johnny Depp. Timothee pula mula menempa nama sejak filem Call Me by Your Name pecah panggung. Mereka juga sama stylish apalagi apabila Timothee muncul di karpet merah menyarung sut kelabu Haider Ackerman. Kedua-duanya juga memiliki figura waif yang sungguh in untuk penampilan berfesyen. Mereka ibarat idaman setiap pereka fesyen dunia kerana mereka akan menjadikan helaian atau rekaan apa saklipun nampak sempurna dan menjadi,

Baru-baru ini pula, gambar mereka bercium di atas bot di perairan Capri hangat diperkatakan malah menjadi meme kepada penduduk dunia. Ini juga bermakna pengaruh mereka sangat besar dalam budaya pop hari ini. Sekaligus menjadikan mereka pilihan STAIL.MY untuk IT couple waktu ini.

IT couple

Angel Bismark Curiel & Janet Mock

Mungkin pasangan ini tidak lah boleh digelar power couple tetapi kisah mereka saya anggap sangat menarik. Janet Mock ialah penulis, pengarah dan penerbit untuk siri Pose. Manakala Angel Bismark Curiel pula ialah salah seorang pelakon dalam siri ini memegang watak Papi Evangelista. Saya mengetahui tentang hubungan cinta mereka pun daripada teman saya yang membaca tentang Janet setelah menonton siri Styling Hollywood. Rupa-rupanya mereka sudah mula berhubungan sejak Julai 2018. Janet yang bersuamikan jurugambar Aaron Tredwell sejak 2015 memfailkan perceraian pada Februari 2019.

Tiada sebab lain lagi kalau bukan kerana hubungannya dengan Angel. Mereka secara terbuka menghadiri banyak majlis-majlis anugerah bersama malah saling meninggalkan komen pula di post Instagram masing-masing. Janet juga terkenal sebagai transgender yang berjaya dan sering membincangkan tentang isu transgender ini secara terbuka. Dia juga menulis dua buku memfokus kepada kehidupan transgender – Redefining Realness dan Surpassing Certainty. Bagi saya percintaan antara Janet dan Angel ini sebagai comel dan sangat selaras dengan perubahan dunia hari ini di mana hubungan cinta itu tidak lagi terbatas antara gender lelaki dan wanita semata-mata.

 

IT couple

Lihat sahaja pada komen Janet di gambar Angel di halaman Instagram… Awhhhh ♥♥♥

Baca sahaja kapsyen Angel dalam post nya di bawah di mana dia menggambarkan Janet sebagai ikon dan sebagai miliknya. 😍😍😍

View this post on Instagram

Not an icon but I snagged one. #bazaaricons

A post shared by Angel Bismark Curiel (@angelbcuriel) on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE