SEARCH

#StailMyBeautyTalk : Kulit Kekal Terhidrat dengan Rangkaian Naik Taraf baharu SOTHYS Hydra3Ha.™

#StailMyBeautyTalk : Kulit Kekal Terhidrat dengan Rangkaian Naik Taraf baharu SOTHYS Hydra3Ha.™

Semua harus tahu kulit kekal terhidrat adalah kunci kulit yang sihat. Untuk mendapat kulit wajah yang sihat dan kekal lembap sebenarnya tidak mudah. Memandangkan cuaca yang tidak menentu di Malaysia dan pencemaran sekeliling juga antara faktor utama kondisi kulit wajah menjadi tidak menentu. Jika kulit wajah tidak terhidrat, tanda-tanda awal seperti kulit menua akan jelas kelihatan.

Jika dalam dunia kecantikan, bahan seperti asid hyaluronik adalah antara kandungan yang perlu kamu cari untuk produk pelembap. Asid hyaluronik membantu memulihkan lembapan kulit lalu membantu mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit wajah. Hasilnya kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan berseri-seri.

SOTHYS antara jenama penjagaan wajah premium yang memandang berat soal penghidratan kulit. Untuk memastikan setiap wanita memiliki kulit wajah idaman, SOTHYS melancarkan produk yang dinaik tarafkan dengan menambah kadar asid hyaluronik ke dalam produk terbaharu mereka ini. Konsep baharu ini tampil dengan tiga dimensi asid hyaluronik berkuasa ini serta formula baharu yang disuntik iaitu Hydra-plumping Complex. Formula ini mampu memberikan efek “Boing Boing” iaitu permukaan kulit lebih lantun.

Menerusi kajian SOTHYS Advanced Research tentang rangkaian Hydra3Ha.™ ini, dengan  penambahan formula baharu ini berfungsi memulihkan, menganjalkan, mengaktifkan serta menumbuh semula lapisan kulit baharu bersama paten bahan aktif eksklusif sedia ada SOTHYS iaitu ekstrak 1055 Boletus. Ekstrak Boletus ini berfungsi sebagai sintesis hyaluronik di lapisan epidermal serta dermal kulit.

Sitting Editor & Teks: Amira Azman Arahan Seni: Ashura Hakim  Video: Octopost Studio Talent: Faa Firds
Makeup: Muks Penaja Lokasi: E&O Residence

 

SOTHYS perkenal Rangkaian Naik Taraf Baharu, Hydra3Ha.™

Tiga penambahan produk terbaru dalam rangkaian ini adalah SOTHYS HYDRA3Ha.™ Youth Cream, HYDRA3Ha.™ Comfort Youth Cream serta HYDRA3Ha.™ Hydra-Smoothing Mask. Manakala HYDRA3Ha.™ Intensive  Hydrating  Serum pula adalah rangkaian tetap dan terdahulu sebagai pelengkap kepada rutin penghidratan terbaharu ini.


SOTHYS HYDRA3Ha.™ Youth Cream dan Comfort Youth Cream RM395/50ml 

Krim pelembap yang berfungsi mengembalikan kulit sihat, menganjalkan serta mengaktifkan kembali sel kulit pada wajah. Dengan adanya formula Hydra-Plumping Complex ini yang mengandungi kadar High Molecular Weight Asid Hyaluronik yang mengandungi kadar molekul tinggi serta komponen faktor lembapan natural yang mampu mempertingkatkan kadar pengekalan air pada permukaan kulit wajah.

Hasilnya kulit wajah akan kekal lembap sepanjang hari. Cara penggunaan adalah dengan menyapu sebelah pagi dan malam pada seluruh wajah dan leher. Untuk kulit jenis normal ke kering, disarankan untuk menggunakan krim Hydrating Youth Comfort. Manakala kulit jenis normal ke kombinasi, seeloknya oleskan krim Hydrating Youth Cream.

SOTHYS HYDRA3Ha.™ Hydra-Smoothing Mask RM329/50ml 

Berfungsi untuk mengembalikan kulit anjal serta ditujukan buat yang memiliki kulit kering dan tidak terhidrat. Ia juga membantu menyahkan tanda-tanda kulit menua. Cara penggunaan, sapukan lapisan masker tebal pada keseluruhan wajah dan leher pada wajah yang bersih. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian cuci bersih. Sarungkan 1 hingga 2 kali seminggu untuk hasil yang lebih ketara.

SOTHYS HYDRA3Ha.™ Intensive  Hydrating  Serum RM439/50ml 

Serum sedia ada yang membantu mempertingkatkan lagi kualiti kulit sihat serta memulihkan serta memastikan kulit kekal terhidrat sepanjang hari. Seperti setiap produk di dalam rangkaian ini, fungsi ekstrak 1055 Boletus ini adalah ekstrak terpenting dalam mempertingkatkan sintesis asid hyaluronik pada lapisan dermal dan epidermal kulit. Hasilnya kulit akan lebih lembap dan berseri. Cara penggunaan, sapukan pada kulit wajah yang bersih dan kemudian diikuti dengan krim pelembap.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE