SEARCH

Berparti Bersama Marc Jacobs di Kelab Hos Lelaki Ai Honten, Tokyo

Berparti Bersama Marc Jacobs di Kelab Hos Lelaki Ai Honten, Tokyo
marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Kelab hos lelaki Ai Honten di Shinjuku, Tokyo

 

 

Percaya pada Marc Jacobs untuk menganjurkan parti paling meriah. Cuaca malam di Tokyo sewaktu saya di sana sebelum menghadiri parti #mjsomewhere ini sejuk dan mencucuk ke tulang sum sum. Tetapi sebaik menjejakkan kaki ke dalam kelab hos lelaki Hon Ten, suasana berubah hangat dan seolah-olah memberi pengalaman baru kepada tetamu.

Marc Jacobs sendiri tidak pula menghadiri parti ini tetapi wajahnya terpampang di mana-mana. Kerana kelab ini adalah antara kelab hos lelaki yang terkenal di Tokyo, pintu masuknya dihiasi dengan foto-foto Marc Jacobs pelbagai rupa. Kebiasaannya dalam bingkai-bingkai gambar ini diletakkan wajah-wajah hos lelaki sepertikan katalog untuk dipilih tetamu. Tetapi kerana parti ini Marc Jacobs yang punya, maka seluruh katalog didominasi olehnya.

Ya bayangkan Marc Jacobs memilih kelab sebegini untuk menganjurkan partinya? Sungguh unik dan menarik. Kelab ini selalunya menjadi tempat di mana wanita-wanita datang dan menempah hos lelaki yang mereka mahu. Dan hos-hos ini akan duduk menemani mereka sepanjang malam memastikan setiap keinginan mereka dipenuhi. Baik dari segi minuman, makanan, meneman dan bercerita sehinggalah kepada uppp… yang lain-lain boleh bertanya dan berurusan sendiri dengan hosnya ya.

marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Penari burlesque asal New Orleans membuat persembahan
MALAM SEMAKIN RANCAK DI AI HONTEN

Banyak juga selebriti Jepun yang hadir malam itu. Dan hebatnya kerana setiap mereka tidak gentar bergaya. Masing-masing tentunya dalam persalinan Marc Jacobs. Tak kurang juga tetamu-tetamu lain yang memadukan antara helaian tradisional Jepun bersama aksesori moden Marc Jacobs. Ada juga yang lebih berani memakai helaian-helaian kulit bertelanjang di bahagian punggung. Sungguh orang Jepun lebih jauh ke depan visinya dalam berfesyen.

Antara selebriti Jepun yang membuat kemunculan termasuklah Yu Yamada, Yuka Mizuhara, Chinatsu Wakatsuki, Maggy, Rina Fukushi, Ami & Aya (AmiAya Twins), Shuuka Fujii dan Mademoiselle Yulia. Persembahan burlesque kemudian menyusul bagi menghiburkan tetamu. Malam semakin memuncak pabila rapper kabaret New Orleans, Boyfriend mengambil alih dek DJ diiringi dua penari burlesque juga dari New Orleans. Ini adalah persembahan pertama mereka di Jepun.

Muzik sememangnya menjadi elemen utama kepada parti ini serta kepada koleksi Marc Jacobs. Tetsuya Komuro, produser muzik J-POP legenda 90-an juga dipanggil menjadi DJ tetamu malam itu dan membuat lantai dansa bergegar dengan siri muzik dansa popular dan klasik. Seluruh acara sangat sempurna bersama elemen-elemen dalam kelab ini yang sepadan antara satu sama lain. Dekorasi kelab yang tacky bersama tetamu-tetamu yang quirky menjadikan seluruh acara dilihat sempurna.

Influencer Jepun, Peli yang terkenal dengan penampilan stylish dan teknik muzik prolifiknya bersama Sal Morale asal New York yang kini menetap di Jepun membuka dan menutup acara malam. Ini bukanlah kali pertama mereka menyertai parti Marc Jacobs. Tentunya bagi kelab Ai Honten, Marc Jacobs adalah jenama fesyen pertama yang membuat acara di sini. Ini saya lihat sebagai satu langkah bijak dalam menguatkan lagi posisi jenama ini selaku pemain avant-garde dan disruptive dalam industri fesyen. Well but one thing I know for sure is I definitely had a lot of fun…

marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Wajah-wajah Marc Jacobs terpampang sebagai katalog di pintu masuk

 

marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Menuruni tangga ke aras bawah tanah kelab Ai Honten, wajah-wajah Marc Jacobs turut menjadi dekorasi

 

marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Persembahan burlesque

 

marc jacobs di kelab hos lelaki ai honten
Hiasan dalaman Ai Honten bertema rococo yang maximalist dan mewah diperindahkan lagi dengan pencahayaan yang sempurna

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE