SEARCH

Dua Selebriti Wanita Bertelingkah Seperti Pelacur Berebut Jantan

Dua Selebriti Wanita Bertelingkah Seperti Pelacur Berebut Jantan

Hidup dalam dunia hiburan ini memang lah macam dalam zoo sebenarnya. Setiap pemainnya seperti binatang yang tak berperikemanusiaan. Masing-masing mementingkan populariti kerana hanya itulah pasport paling mudah mendapat watak dalam filem dan drama, diberi peluang merakam album atau menjadi wajah jenama. Kerana itu juga setiap insan yang berada dalam dunia hiburan ini sentiasa berlumba-lumba mengejar populariti dan mengetengahkan diri tak kira dalam cara apa sekalipun. Sentiasa berfikir dan memasang strategi untuk memastikan diri menjadi bual bicara seisi negara. Dengan ini akan meningkatkan lagi populariti mereka.

Norma pun taulah akan situasi sebegini kerana sejak dari era 80-an lagi, Norma sudah bercampur dengan kelompok selebriti di Malaysia. Dan hingga hari ini pun Norma masih berada dalam kelompok ini kerana anak-anak teman selebriti Norma kebanyakannya juga memilih menjadi selebriti. Tentunya situasi seperti dalam zoo itu tidak berubah sama sekali. Masih sama. Masing-masing berlumba mengejar tak tahu apa. Dalam banyak-banyak itu, salah seorang anak teman Norma yang menjadi selebriti ini, S yang juga berjaya sebagai usahawan.

Norma kenal dengan anak temannya ini sejak dia kecil lagi. Jadi sebagai teman keluarga, Norma amat bangga dengan S kerana dia melihat sendiri depan mata bagaimana S membesar menjadi insan berjaya. Bagi Norma, S juga sangat bijak orangnya kerana dia tahu mengatur strategi untuk mengecap kejayaan dalam masa sama memastikan namanya disebut-sebut kerana bakatnya dalam dunia seni. Ada satu ketika ada lah juga si S terjerat dalam kancah dunia selebriti di mana dia berlumba-lumba dengan seorang lagi selebriti bagi membuktikan siapa lagi popular. Ya lah S pun muda waktu itu, perangai masih kebudak-budakan bergaduh pula dengan selebriti wanita seorang lagi, W yang merasakan dirinya Queen B. Teruklah juga.

Sampaikan bertampar-tampar dalam kelab di ibukota dan membaling kasut sesama sendiri. Begitulah teruknya pertelingkahan antara S dan W. Dua-dua pula sememangnya dikurniakan kecantikan semulajadi. Dan memang ramai juga lelaki-lelaki yang tergila-gilakan S dan W ini. Baik yang daripada keluarga biasa hinggakan kepada daripada keluarga berada, ahli politik bahkan dari keluarga diRaja. Yalah, lelaki memang begitulah. Kerana ego dan suka mahu membuktikan kejantanan mereka, masing-masing tak mahu kalah. Mereka pun terkejar-kejar lah mahu mendapatkan antara S dan W.

“Ya lah S pun muda waktu itu, perangai masih kebudak-budakan bergaduh pula dengan selebriti wanita seorang lagi, W yang merasakan dirinya Queen B. Teruklah juga.”

Adalah juga Norma pernah terdengar cerita bahawa seorang anak usahawan ini yang kacak dan berduit menginginkan mereka berdua. Sanggup membawa S pergi bercuti sampai ke Paris. Membelikan dia tas-tas tangan mewah sebagai bayaran. Dan buat W pula anak usahawan yang sama ini membelikannya Porshe Cayenne sebiji sewaktu mereka berpacaran. Nasib kedua-dua mereka ini tidak berpacaran dalam masa yang sama. Kalau tidak maknanya Perang Dunia Ketiga lah yang akan meletus. Alangkan berpacaran dalam masa yang tak sama pun, mereka boleh saling bermaki dan mengejek sesama sendiri di media sosial. Apakan lagi kalau dalam masa yang sama bukan?

Ada juga satu ketika pabila W berkasih dengan seorang anak raja kemudian si S pula nak masuk jarum. Dia pun mencubalah mahu menggoda anak raja yang sama untuk jatuh cinta dengannya. Biasanya di kelab-kelab lah proses menggoda berlangsung. Lalu pabila dapat tahu dek si W, mengamuklah dia tak ingat dunia. Dan ada satu ketikanya dua-dua berada dalam kelab yang sama lalu terjadilah pergaduhan membaling tumit tinggi sesama sendiri. W memanggil S sundal dan S pula memaki W dengan gelaran jalang. Nah, padanlah dua-dua bergaduh sesama sendiri. Kerana pada Norma, dua-dua mereka berperangai seperti pelacur berebut jantan. Walaupun dalam senario berbeza, bukanlah literal di lorong tapi konteksnya sama bukan. Dua-dua berebut jantan.

Norma pernah lah bertanya pada ibu S sementelah mereka berkawan, “Kau tak pernah nasihatkan ke S tu Mona? Tak payahlah nak bertelingkah sangat dengan si W tu. Siapalah pun si W tu. S bijak dan tahu pasang strategi, bertelingkah dengan si W ni akan membuatkan S nampak sama sahaja perangai dengan W tu.”

“Entahlah Norma. Aku pun pernah juga bertanya pada S. Bukan aku tak nasihatkan dia Norma. Aku pun tak suka tengok cerita-cerita merepek mereka ni keluar di dada akhbar. Tapi mungkin juga ini strategi S untuk memastikan namanya sering menjadi sebutan dalam dunia hiburan.”

“Adalah juga Norma pernah terdengar cerita bahawa seorang anak usahawan ini yang kacak dan berduit menginginkan mereka berdua. Sanggup membawa S pergi bercuti sampai ke Paris. Membelikan dia tas –tas tangan mewah sebagai bayaran”

Ya, Norma percaya juga memang ini sebahagian daripada strategi bijak si S. Memang orang Malaysia ini pun suka sangat dengan kisah-kisah sensasi seperti ini. Jadi si bijak S pun mungkin merasakan, nah biar aku bagi kisah-kisah yang kau orang suka ini. Berceritalah kau orang, buatlah telahan apa pun, janji nama aku yang meniti di bibir kau orang semua. W pula memang kurang pandai. Pada dia mungkin benarlah S dengki dan cemburu dengan dia. Ini semua seperti semulajadi bagi dia. Padahal dia tak tau yang S rupa-rupanya memang merancang dan mendapat untung daripada kebodohan W itu.

W juga seorang yang suka merasakan dia seperti Queen B. Sangatlah cetek pemikiran si W ini pada Norma. Pernah anak perempuan Norma bercerita dengannya tentang W ini. Katanya, “W takkan berkawan dengan teman-temannya si S. Geng W geng W sahaja. Dan W juga akan menghasut semua teman-temannya agar jangan berkawan dengan S langsung. Mereka diminta pilih antara W atau S. Kalau mahu berkawan dengan dua-dua, mereka tak boleh jadi kawan W. Begitulah kalau ada event, kalau W mendapat tahu S akan menghadiri, dia akan menghantar mesej, ‘Don’t go to that event tonight. Cuz S is going. I don’t wanna see any of us there too yeah. XOXO’.” Dalam hati Norma berkata, “Apalah si budak W ini seperti di high school lagaknya. Main pakat-pakat berkawan. Kau jangan kawan dia, kau kawan aku saja. Tapi sudah dewasa dan berkerjaya sebagai seniwati negara pula?”

Terbaru, satu Malaysia bercerita pasal si S memakai baju yang sudah dipakai oleh W. “Oh apa lagi lah dua ekor ni, tak sudah-sudah,” kata Norma dalam hati pabila melihat muka depan akhbar satu hari. “Pasal baju pun boleh jadi pasal?” kata Norma lagi. Beberapa hari selepas itu Norma perlu menonton pula di TV pabila mereka menemubual W tentang insiden ini. Dan dia boleh memberi komen… “Apa saya nak buat? Dia yang mahu juga memakai baju yang saya dah pakai. Bagaimana saya boleh menghalangnya? I guess I am a trendsetter…” sambil W mengangkat-angkatkan bahunya. Norma tidak dapat tidak daripada merasakan betapa banyaknya rakyat Malaysia yang cetek pemikiran kerana percaya dan suka serta menyokong jawapan W itu.

Norma juga merasakan bahawa banyak juga rakyat Malaysia yang tertipu dengan bodohnya kerana percaya dengan strategi yang diatur S. Memakai baju yang sama dengan W supaya ia boleh dijadikan isu serta diperkatakan se Malaysia. Rakyat Malaysia juga percaya dengan cerita kedua-dua S dan W bertelingkah disebabkan baju yang sama serta take side tentang isu ini. Sedangkan pada Norma, kedua-dua S dan W tak ubah seperti dua pelacur bergaduh bertarik rambut dan mencakar kerna berebutkan jantan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE