SEARCH

10 Gambar Sekitar Pernikahan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

10 Gambar Sekitar Pernikahan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Penyatuan dua jiwa di majlis pernikahan berona pastel bersulam emas antara pelakon, Sharnaaz Ahmad (32) bersama usahawanita bernama Noor Nabila (33), yang juga kakak kepada Neelofa, berlangsung penuh prestij di balairung seri Hotel Royale Chulan pada tanggal 31 Mac 2017, Jumaat malam.

Hanya dengan sekali lafaz, Sharnaaz Ahmad atau nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir selamat menyunting Noor Nabila atau nama penuh Noor Nabila Mohd Noor menjadi suri hati dengan mas kahwin RM1000 serta sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Sharnaaz kelihatan segak sekali dalam sepersalinan lengkap Baju Melayu putih bersamping songket emas oleh Cosry by Putra Aziz, sementara Noor Nabila pula mengenakan busana tradisonal serba putih berenda penuh rekaan Datuk Radzwan Radzwil.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Imam Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz dari Masjid Damansara Perdana dan disertakan pemberian lima dulang dari pihak pengantin lelaki, berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Sharnaaz-Ahmad-&-Noor-Nabila-3-stailMY

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE