SEARCH

WO|MAN of STAIL.MY: Syazuwan Hassan

WO|MAN of STAIL.MY: Syazuwan Hassan

syazuwan hassan

Gambar & video: Chuanlooi/ Yipieyaya Studio Solekan & dandanan: Fendi Sani Terima kasih: Xclusive Fitnesz Pakaian: Maatin Shakir

SYAZUWAN HASSAN, PELAKON

1 – TERANGKAN SEGALANYA TENTANG DIRI KAMU?

Walaupun bergelar seorang pelakon, jauh di lubuk hati saya sebenarnya agak pemalu. Mungkin ketika berlakon, perwatakan saya lain sedikit dengan watak realiti saya. Ramai yang tidak tahu, kalau di rumah saya tidak banyak cakap.

Ada dua perkara wajib yang saya lakukan ketika mengisi masa senggang. Pertama, bermain bola keranjang dan yang kedua, bermain muzik. Saya juga ada kugiran diberi nama RASSA. Saya main bass dan penyanyi latar. Selain berlakon, muzik juga antara minat mendalam saya.

2 – DIRI KAMU DALAM 3 PERKATAAN

PEMALU. INTROVERT. PENCINTA

3 – LELAKI YANG STAILISH HARUS…? DAN WANITA YANG STAILISH PULA HARUS…?

Lelaki yang stailish seperti saya… (ketawa). Lelaki yang stailish harus bertanggungjawab, budiman dan bijak. Cantik bukan sahaja luaran tetapi dalaman, bijak dan berani adalah pakej wanita stailish bagi saya.

4 – JIKA KAMU SEORANG WANITA/LELAKI (LAWAN JANTINA), SIAPA DAN KENAPA?

Scarlett Johansson. Saya rasa kecantikan dia too good to be true. Dia bijak dan tahu membawa diri di khalayak ramai.

5 – STAIL & FESYEN BAGI KAMU

Stail itu menjadi diri sendiri dan memberi inspirasi. Fesyen adalah selesa dan ringkas.

syazuwan hassan

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE