SEARCH

#normalisthenewavantgarde: Helaian UNIQLO Lifewear Dalam Penggayaan Paling Stailish

#normalisthenewavantgarde: Helaian UNIQLO Lifewear Dalam Penggayaan Paling Stailish
Sitting Editor : Azreezal Hafidz Pembantu Penyelaras : Ardi Idewani, Ryan Mohamad & Zaidi Che  Arahan Seni : Merrissa Emilda Solekan & Rambut : Fendi Sani Gambar : Chuan Looi (Yipieyaya Studio)

Dunia fesyen hari ini lebih banyak berkisar tentang Lifewear. Tentunya UNIQLO pelopor dalam arena ini kerana mereka kini sememangnya memfokus pada memasarkan helaian-helaian Lifewear yang setiap kita mahu dan boleh pakai setiap hari. Tidak kiralah untuk ke tempat kerja, bersantai mahupun menghadiri majlis-majlis tertentu.

Apalagi dalam cuaca kita di Malaysia yang memerlukan helaian-helaian ringan dan tidak berat dari segi fabrik, saya percaya setiap daripada kita mesti memiliki sekurang-kurangnya lima helaian daripada UNIQLO Lifewear. Benar kan? Saya juga percaya kebanyakan daripada kamu lebih senang menggayakan helaian Lifewear untuk acara-acara lebih santai dan kasual.

Siapa kata Lifewear tidak boleh dijadikan sebagai helaian stailish dan dibawa ke majlis-majlis formal atau acara besar?

Mengambil kata-kata JW Anderson yang menyebut ‘normal is the new avant garde’ di STAIL.MY, kami membayangkan merubah helaian-helaian Lifewear ini kepada look avant-garde. Dan kami sendiri terkejut dengan hasilnya. Tentunya dibantu dengan padanan bersama aksesori-aksesori tertentu ini tidak mustahil.

Roda fesyen tentunya berputar 360 darjah. Bermula dengan sejarah awal fesyen di mana ia lebih terdorong ke arah rekaan avant-garde dan semuanya perlu tailor made, hari ini dengan kebangkitan koleksi ready-to-wear, stail jalanan dan Lifewear – sebenarnya avant-garde masih boleh dikembalikan sekiranya kamu faham makna STAIL. Dan inilah yang kami tunjukkan melalui penggayaan ke atas aktres dan penyanyi Deanna Yusoffthe epitome of an avant-garde woman.

Kami merujuk era 50-an di mana muka depan majalah Vogue (yang dipotretkan Irving Penn) sering memaparkan wanita bergaya avant-garde. Tetapi kami menterjemahkannya semula bersama helaian-helaian Lifewear UNIQLO U digabung bersama koleksi Ines de la Fressange. Bersama our epitome of and avant-garde woman, Deanna Yusoff.

NORMAL IS THE NEW AVANT GARDEuniqlo lifewear

Gambar kulit majalah Vogue Februari 1951 mengilhami look ini. Jaket putih UNIQLO Ines De la Fressange pakai bersama kemeja putih UNIQLO U, button up sehingga ke leher. Skirt kapas UNIQLO U melengkapi gaya. Pada bahu pula terletak jaket Uniqlo Ines De La Fressange dan baju panas UNIQLO U untuk menampakkan volum.

 

uniqlo lifewear

Sekali lagi imej side profile Lisa Fonssagrives oleh Irving Penn menjadi inpirasi. Jaket tweed UNIQLO Ines De La Fressange dilapis dengan kemeja putih dan skirt UNIQLO U.

 

uniqlo lifewear

Membayangkan old glamor seakan-akan imej ikonik Irving Penn. Kemeja dress hitam UNIQLO U pakai bersama sarung tangan panjang, mengimbas semula sesuatu yang artistik.

 

uniqlo lifewear

Imej santai Lisa Fonssagrives oleh Irving Penn di Maghribi dijelmakan kembali. Dress slip hitam UNIQLO U tersarung bersama topi boater yang diikat sekali dengan skaf hitam UNIQLO Hana Tajima.

 

uniqlo lifewear

Dress kemeja biru UNIQLO U disarung bersama topi beret bersama sarung tangan panjang, untuk menyerupai imej gambar kulit majalah Vogue isu Mei ‘The Unspent Summer’. Menterjemahkan nada gaya sederhana tetapi masih tampil stailish.

 

uniqlo lifewear

Memfantasikan ‘The Black And White Idea’, imej yang diambil oleh Irving Penn untuk Vogue isu April 1950. Dress berlisu pada badan baju UNIQLO U dilapiskan atas dress kemeja T juga daripada UNIQLO U. Baju panas UNIQLO U putih dililit pada leher dijadikan seperti skaf.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE