SEARCH

WO|MAN of STAIL.MY: Yusof Hashim

WO|MAN of STAIL.MY: Yusof Hashim

yusof hashim

Gambar & video: Chuanlooi/ Yipieyaya Studio Solekan & dandanan: Fendi Sani Terima kasih: Xclusive Fitnesz Pakaian: Top milik stylist, seluar Tg Syahmi

YUSOF HASHIM, PENARI, SOCIAL MEDIA INFLUENCER

1 – TERANGKAN SEGALANYA TENTANG DIRI KAMU?

Nama saya Yusof Hashim. I love making videos. Video-video yang humor.

Yusof juga seorang penari. Suka menari dan menghiburkan mata-mata yang memandang. Suka membuat orang ketawa dalam apa jua cara. Menyanyi, menari dan berlakon, misalnya. Saya suka melihat reaksi dan ekpresi orang. I love to impress people.

2 – DIRI KAMU DALAM 3 PERKATAAN

PERIANG. SERIUS. DOMINAN.

3 – LELAKI YANG STAILISH HARUS…? DAN WANITA YANG STAILISH PULA HARUS…?

Mengenali dirinya. Perbaiki diri dengan cara tersendiri dari segi penampilan, gaya, tatasusila, karier dan sosial. Itu yang membentuk seorang lelaki. Bagi saya, wanita stailish harus berperwatakan kemas. Yang vogue. Dan berbudi bahasa.

yusof hashim4 – JIKA KAMU SEORANG WANITA/LELAKI (LAWAN JANTINA), SIAPA DAN KENAPA?

Lady Gaga (ketawa) I know it may sound lame… tetapi bagi saya, Gaga pandai membuat khalayak tertarik – sama ada pemuja atau pembenci – pasti tertarik dan terpesona dengan seni dan persembahannya. Gaga lakukan dengan caranya yang tersendiri. Dalam dunia hiburan, masing-masing memainkan peranan. Ada yang menyanyi, berlakon dan ada yang menari. Namun Gaga adalah segalanya. Dan itu saya panggil artis.

5 – STAIL & FESYEN BAGI KAMU

Stail adalah menjadi diri kamu dan fesyen adalah segalanya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE