SEARCH

Obses Mahu Cantik Sosialit Jalani Prosedur Kecantikan Yang Akhirnya Membinasakan Diri Sendiri

Obses Mahu Cantik Sosialit Jalani Prosedur Kecantikan Yang Akhirnya Membinasakan Diri Sendiri

Pada era serba moden ini, tak ada apa lagi yang mustahil. Pendek mahu jadi tinggi? Buruk mahu jadi cantik? Mencerahkan kulit yang gelap atau sebaliknya, semuanya boleh. Kamu tinggal namakan sahaja jenis rawatan atau prosedur kecantikan yang mahu kamu jalani. Dalam sekelip mata kamu bakal megecapi kecantikan yang kamu impikan.

Maka tak hairanlah kalau ada yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit khas untuk menjalani bermacam-macam jenis rawatan demi rupa paras yang diidamkan. Termasuklah seorang sosialit ini yang dikenali dengan nama glamournya Mona. Orangnya sudah sedia cantik, kulit gebu, bermata bundar serta mempunyai rambut ikal mayang. Tapi entah di mana silapnya, Mona sering merasakan dirinya tak cukup cantik setanding teman-teman sosialitnya yang lain. “Kalau dia rasa ada kawan dia lagi cantik, mulalah dia gelabah nak buat itu nak buat ini. Tak nak kalah, kononnya dalam kelompok dia itu tak ada yang boleh lagi cantik daripadanya,” kata Katy, teman saya. Dia sepupu Mona. Katy adalah tempat Mona mengadu nasib, setiap kali ada masalah Katy lah orang pertama yang akan dicari.

“Tahun lepas sahaja dua kali dia ke Korea untuk buat pembedahan hidung, kononnya mahu caucasian nose shape. kali pertama dia buat, dia tak puas hati kemudian dia buat lagi. Itu dua yang aku tahu, yang aku tak tahu entah berapa banyak. Sudahnya hidung dia makin pelik aku tengok, bukannya cantik pun,” Kata Katy

Mona pada awalnya tidaklah terlalu obses mahu cantik. Rutin kecantikannya hanyalah facial sebulan sekali dan menata rias kuku. Tapi lama-kelamaan dek kerana rasa tercabar dengan kecantikan orang lain, dia semakin berani mencuba benda baru. Dari suntikan botox sehinggalah pemasangan implan payudara, semuanya Mona mahu cuba  “Kau tak ada nasihat kan dia ke Katy?” Soal saya. Yelah benda seperti ini bukannya hal main-main. Lagi pula Mona rapat dengan Katy pastinya dia ada tanyakan pendapat Katy terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa prosedur kecantikan. “Dah naik penat mulut aku ni nasihatkan dia, tapi nampaknya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” keluh Katy.

Mona tak pernah kisah jika dia perlu berbelanja lebih untuk ke luar negara demi menjalani pembedahan plastik. Malah, pada dia lebih selamat jika dia lakukan rawatan itu di negara lain bagi mengelakkan kegiatannya dihidu rakan-rakan sekelompoknya “Tahun lepas sahaja dua kali dia ke Korea untuk buat pembedahan hidung, kononnya mahu caucasian nose shape. Kali pertama dia buat, dia tak puas hati kemudian dia buat lagi. Itu dua yang aku tahu, yang aku tak tahu entah berapa banyak. Sudahnya hidung dia makin pelik aku tengok, bukannya cantik pun.” Kata Katy sebelum menyambung lagi, “Botox dan kolagen dah jadi ‘bestfriend’ dia, setiap kali kami berjumpa tak pernah lagi dia tak bercerita pasal dua benda tu. Naik bosan aku dengar.”

“Sekarang dah sakit barulah dia nak menyesal, tapi sayang dah terlambat. Buat masa ni, dia hanya duduk rumah dan berulang-alik ke hospital. nak keluar habiskan masa untuk ke event dan berseronok macam dulu sudah tak boleh lagi.” 

Tak cukup dengan segala jenis botox dan pembedahan, Mona juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan kononya demi kulit yang lebih cerah, berseri serta tubuh yang langsing. Ujar Katy, “Macam-macam supplement dia makan semata-mata untuk putih dan kurus, pantang ada produk baru semuanya nak dia cuba.” Seingat saya Mona bukanlah jenis yang berisi, orangnya kurus dan tinggi lampai. Entah kurus macam mana lagi yang didambakan, saya tak pasti.

Akibat dari pengambilan makanan tambahan secara tidak terkawal itu, Mona akhirnya disahkan mengalami kegagala buah pinggang di peringkat akhir. “Sekarang dah sakit barulah dia nak menyesal, tapi sayang dah terlambat. Buat masa ni, dia hanya duduk rumah dan berulang-alik ke hospital. Nak keluar habiskan masa untuk ke event dan berseronok macam dulu sudah tak boleh lagi.” Jelas kedengaran nada kecewa dalam suara Katy, barangkali dia terkilan Mona tidak penah mengendahkahkan nasihatnya selama ini.

“Patutlah dia dah jarang update social media nya lagi.” Sebagai salah seorang pengikut akaun Instagram Mona saya perasan dia tidak lagi aktif menggunakan platform atas talian itu untuk memuat naik aktiviti hariannya, berbeza dengan sebelum ini, setiap masa ada sahaja update terbaru dari Mona. “Kawan-kawan dia tak ada ke yang datang menjenguk dia?” Katy tersenyum sinis mendengarkan soalan saya, menurutnya teman-teman Mona mula pulaukan dia semenjak mukanya bertukar menjadi semakin pelik kesan daripada prosedur kecantikan yang berlebihan.

“Kesian ya…” Tak ada apa lagi yang mampu terlahir dari mulut saya selain ‘kesian’. Benar saya betul-betul simpati pada Mona. Akibat ketaksuban Mona dalam mahu bercantik-cantik dia akhinya bukan sahaja kehilangan teman-teman malah terpaksa menggadaikan kesihatan badannya, Kalau dulu dia boleh ke sana-ke sini sesuka hati bergembira bersama rakan-rakan sekarang dia perlu habiskan masa di hospital menjalani rawatan. Hendak menyesal pun tidak ada gunanya, kata orang nasi sudah menjadi bubur. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat Mona, semoga dia kuat menerima segala apa yang sudah terjadi.

Sukalah juga untuk saya ingatkan, tak kira atas alasan apa sekalipun kamu mahu melakukan apa-apa rawatan kecantikkan, buatlah berpada-pada. Tak perlu berkejar-kejar mahu berlawan siapa lebih menawan paras rupanya kerana Tuhan telah menciptakan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai kecantikan itu akhirnya membinasakan diri sendiri, hargailah diri kamu apa adanya. Apa yang penting adalah kesihatan diri, jangan kerana mahu kejarkan kecantikan duniawi sehingga tergadai kesihatan yang tiada galang ganti.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE