SEARCH

#REVIEW Berlibur Di Langkawi Bersama Bell & Ross DIVER Collection Yang Stailish

#REVIEW Berlibur Di Langkawi Bersama Bell & Ross DIVER Collection Yang Stailish

Bell & Ross bangga mempersembahkan koleksi ‘istrumen menyelam’ terbarunya yang disuntik inovasi kalis air dan teknologi tinggi. Koleksi jam tangan mewah terbaru ini menawarkan pengalaman yang sempurna, sama ada ketika sang pemakai berada di persekitaran normal di pejabat, mahupun kala meneroka ruang lingkup bahaya dan ekstrem di laut dalam.

Kepakaran maritim koleksi dizahirkan melalui gabungan tangan-tangan mahir tukang-tukang jam profesional, pereka seni industri dan pakar laut dalam, tidak hairan jika Bell & Ross membuka lembar baru dalam kisah percintaan antara jam tangan mewah dan badai samudera.

Bahkan saya dan rakan-rakan media dari Malaysia dan Singapura, diterbangkan khusus ke Pulau Langkawi, semata-mata untuk merasai sendiri pelancaran eksklusif koleksi BR 03-92 DIVER (biru) dan BR 03-92 DIVER BRONZE (tembaga) yang serba stailish ini.

Sesuai koleksi, kami ditempatkan di rumah peranginan mewah, Four Seasons Resort, Langkawi selama tiga hari dua malam. Saya dan rakan media yang lain diberi kesempatan untuk menjadi antara yang pertama melihat Bell & Ross DIVER Collection ini secara lebih dekat dan kembali ke masa lalu dengan pameran evolusi jam tangan Bell & Ross.

Media Malaysia dan Singapura diberi taklimat lanjut dan wawasan jam tangan dengan keupayaan menyelam seumpamanya di dunia. Ia bermula dengan teknologi HYDROMAX® yang dihasilkan pada 1997. Memegang rekod dunia untuk jam tangan mewah dengan ketahanan tekanan air sedalam 11-100 meter di bawah paras laut, koleksi ini menjadi penanda aras kepada jam tangan mewah ikonik yang mampu menyelam iaitu BR 03-92 DIVER yang dilancarkan buat pertama kali pada 2007.

Hari pertama dipenuhi dengan majlis minum petang yang bertemakan “Evolution of Dive Instruments”. Saya menjamu mata melihat model-model Bell & Ross yang terdahulu dan lama serta mempelajari serba sedikit tentang jam-jam tangan keluaran Bell & Ross di muzium mini yang terpasang secara kreatif ini. Barisan jam tangan mewah Bell & Ross merangkumi koleksi-koleksi dari 1997 hingga 2018, lengkap dengan catatan dan kejayaan yang ditempa.

Paling menarik perhatian adalah bagaimana BR 03-92 DIVER edisi 2018 ini mengambil inspirasi daripada kelengkapan selam era 1800. Saduran biru melambangkan laut nan damai dan versi tembaga pula menghidupi kembali rekaan helmat selam antik 1823. Begitu perkembangan teknologi dari masa ke masa menjadikan helmat selam tembaga yang berat ini, lama-lama berubah menjadi helmet selam ringan berwarna biru, sebegitulah perkembangan semasa yang cuba dipamerkan Bel & Ross DIVER Collection.

 Bell & Ross DIVER Collection menepati piawaian untuk kegunaan bawah laut, dengan rekaan autentik yang disemat elok pada pemuka jam

Bell & Ross turut menjemput Dr Gerry Goeden, pakar laut dan ekologi dari Australia yang kini menetap di Langkawi sebagai tetamu untuk bercakap soal kepentingan laut dan marin di Asia Tenggara. Dia turut menyentuh tentang projek-projek pemeliharaan hidupan laut dan pemuliharaan laut dalam serta bagaimana kelengkapan-kelengkapan bawah laut yang sesuai amat berguna dan ideal untuk kegunaan selaman bawah laut termasuk Bel & Ross DIVER Collection.

Mesej yang diucapkan Dr Gerry berselari dengan harapan dan visi Bell & Ross untuk menjadi gajet mesra alam yang bukan sahaja menyerupai kelengkapan-kelengkapan utama tersebut malah menjadi satu item yang harus dipakai oleh setiap penyelam, baik semasa liburan di tepian pantai mahupun semasa sesi skuba di lautan dalam.

Hari kedua, kami dibawa ke The Horizon, The Ritz-Carlton Langkawi untuk sesi pelancaran kedua yang lebih kasual dan santai. Kelihatan model-model Bel & Ross DIVER Collection digayakan oleh peragawan dan peragawati di tepi kolam, sambil berlatarbelakang Laut Andaman nan tenang dan langit Langkawi yang terbentang luas.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE