SEARCH

Pereka Fesyen Terkenal Bayar RM5K Semalam Untuk Seks Sejenis

Pereka Fesyen Terkenal Bayar RM5K Semalam Untuk Seks Sejenis

Gambar : Pinterest

Masih ingat pada Norma? Informer paling sahih untuk segala kisah skandal golongan kenamaan. Daripada kisah kerabat diraja, selebriti sehinggalah orang-orang kaya di seluruh Malaysia. Semuanya Norma tahu, terkadang saya sampai terfikir Norma ini setiap kali berbual dengan teman-temannya dia hanya bergosip sahaja atau bagaimana? Tapi siapa sahaja tidak suka akan gosip? Tipulah kalau saya kata saya tidak berminat untuk mendengar kisah-kisah seperti ini. Malah sebelum berkenalan dengan Norma saya sendiri sudah menanam cita-cita bahawa satu hari nanti saya harus berteman dengan Norma, paling tidak pun dapat berbual-bual jadilah agar berpeluang untuk mendengar sendiri kisah-kisah hangat dari mulut Norma secara langsung. Ya memang tak dapat saya nafikan saya ada sedikit perangai suka menyibuk. Hehe.

Dan akhirnya, hari yang dinanti-nantikan tiba. Saya ternampak kelibat Norma menghadiri majlis tertutup anjuran tempat saya bekerja, Starstruck sekejap! Bagaikan ternampak bintang Hollywood. Okay over! Tapi itulah hakikatnya, saya jadi tidak sabar hendak duduk dekat-dekat dengan Norma agar dapat mengenalinya secara peribadi, tapi saya tau kelak saya pasti akan dikenalkan juga kepada Norma kerana dia teman karib kepada majikan saya. Jadi perkara pertama yang saya lakukan pada saat itu, saya terus duduk di meja makan bersebelahan dengan Norma yang sedang rancak berborak bersama majikan saya, Anna dan Azri. Saya cuba untuk act cool, duduk dan menikmati hidangan yang terhidang di atas meja sehinggalah saya terdengar suara Norma mula bercerita “Aku ada cerita panas lagi hari ni!..” Okay senyuman saya sudah sampai ke telinga ketika itu, ini lah hari yang saya tunggu!

“Haa cerita pasal kerabat mana pula?” Tanya Anna, seraya menyuakan segelas orange juice ke mulutnya. Barangkali dia juga tidak sabar menantikan sambungan kata-kata Norma itu. Entah apa pula lah ‘tea’ yang mahu Norma spill kali ini. Maka tanpa memandang kiri dan kanan Norma pun mula bercerita, katanya ini bukan mengenai mana-mana golongan diraja atau orang kenamaan tapi tentang seorang pereka fesyen tersohor tanah air yang sanggup berhabis ribuan ribu ringgit hanya untuk kepuasan nafsu songsangnya. “Si Irman tu feeling, hanya mahu berkawan dengan orang-orang yang sama taraf dengan dia sahaja. Kalau berjumpa masa berbual tu jaranglah dia tidak mengata orang lain, ada sahaja kisah orang nak dijajanya.” Entah apa kurangnya dengan Norma, dia juga kaki gosip kata hati saya saat mendengarkan kata-kata Norma itu, meskipun saya duduk di meja yang lain dari Norma, namun butir bicaranya jelas saya dengari.

“Irman ni jenis yang suka dikelilingi lelaki-lelaki handsome, somehow to make himself feel better. Yelah kau tau sahajalah rupa dia yang tak seberapa tu, mana mungkin ada yang berkenan dekat dia kalau bukan sebab duitnya yang berkepok,” sambung Norma lagi. Saya ketawa kecil, jujur ye mulut Norma ini. Padahal satu Malaysia tahu si pereka fesyen itu sudah melaburkan banyak duit untuk ‘memperbaiki’ wajahnya, tapi entah bukan makin elok pun. “Baru-baru ini aku dengar dia ada bela salah seorang ‘Wira Remaja’ untuk jadi anak ikan dia, dari kereta mewah sehinggalah ke percutian di luar negara semuanya si Irman ni sediakan asalkan si ‘Wira Remaja’ tu sanggup melayani kerenah dan kemahuan seks Irman” Saya lihat Anna dan Azri hanya mengangguk.

Menurut cerita Norma, si ‘Wira Remaja’ itu orangnya jenis pandai dengan hal berkaitan agama, dulu sebelum hanyut dalam dunia popular yang menyesatkan dia seorang hafazan Al-Quran, sangat pandai mengaji. Alunan suaranya lunak, bacaan doa-doa yang dialunkan juga cukup menenangkan hati si pendengar. Senang kata dia sudah tersalah masuk pertandingan, patutnya dia boleh menyertai ‘Imam Muda’ atau ‘Pencetus Umah’ tapi tersasar ke ‘Wira Remaja’ pula. Mungkin kerana dia mempunyai rupa paras yang kacak dan cukup sempurna untuk diangkat sebagai seorang ‘Wira Remaja’ atau mungkin juga kerana dia sebernanya seorang yang gilakan populariti, yelah setiap kali saya melawati laman Instagram si ‘Wira Remaja’ itu yang dimuat naik hanyalah foto-foto syok sendiri yang lebih kepada ‘menjual diri’ untuk meraih perhatian dan pujian gadis.

“Tapi bukan ke si ‘Wira Remaja’ tu ada teman wanitanya sendiri? Dia straight kan?” Tanya Azri pula. Norma ketawa mendengar pertanyaan itu.

Sebab duit yang lurus pun boleh jadi bengkok! Manakan tidak setiap lelaki yang dipilih untuk memuaskan nafsu Irman dibayar lebih kurang RM5K hanya untuk sekali bersama”

Siapa yang tidak tergoda jika ditawarkan wang sejumlah itu hanya untuk kerja mudah dalam satu malam. Begitu juga dengan Si ‘Wira Remaja’ yang seorang ini, meskipun terpaksa melayan nafsu kaum sejenis tapi dia tidak kisah asalkan dia mampu bergaya dengan barang-barang high-end yang tidak mungkin dia mampu beli dengan hasil titik peluhnya sendiri. Malah si ‘Wira Remaja’ itu sendiri mengakui bahawa dia sudah tidak tahu cara lain untuk dia mencari duit bagi menyara diri. Nak berlakon, dia kayu. Job modelling juga sendu. Tapi kawan-kawan semua hidup mewah, boleh ke London, Bali dan seantero dunia menaiki penerbangan kelas pertama. Mana boleh si ‘Wira Remaja’ ini kalah dengan teman-temannya, jadi nak atau tak dia terpaksa juga relakan dirinya untuk dibela jantan lain.

Malah menurut Norma lagi, ini bukan kali pertama si ‘Wira remaja’ itu ditanggung orang, sebelum ini dia juga pernah ‘dibela’ oleh seorang ahli politik tempatan. Tapi Norma sendiri tidak tahu siapakah gerangan ahli politik itu. Kalaulah betul apa yang Norma sampaikan itu, senang betul hidup ‘Wira Remaja’ yang seorang ini ye? Tak perlu susah-susah seperti orang lain yang harus ke bekerja sehari-hari demi kelangsungan hidup. Eh tapi si ‘Wira Remaja’ ini juga bekerja, cuma di atas ranjang. Lain sikit konsepnya.

Sedang seronok-seronok Norma spilling tea, Anna mencelah, “Tadi kau kata setiap lelaki yang dia pilih, jadi ‘Wira Remaja’ ni not the only one lah?” Saya suka soalan yang keluar dari mulut Anna itu! Memang dari tadi lagi soalan yang sama bermain-main di fikiran saya. Laju Norma menggelengkan kepalanya, “Mestilah tidak, sebelum ini dia dengan model juga. Tapi Irman tak berapa berkenan kerana si model ini jenis akan tanya berapa jumlah yang akan Irman bayar terlebih dahulu sebelum tidur bersamanya.”  Irman ini orangnya jenis yang tidak suka jika anak ikan yang bakal dia tiduri sibuk bertanyakan hal bayaran sebelum memuaskan keinginannya. Dia tahu bila dia harus melunaskan bayaran. Malah tidak pernah sekali pun dia terlupa untuk membuat pembayaran, semuanya akan dapat habuan masing-masing apabila mereka selesai bersama.

Begitulah dunia, sebelum berduit semuanya naif. Namun apabila sudah berada di puncak kejayaan kita jadi lupa diri dan lupa bahawa apa yang dimiliki kini adalah kurniaan Tuhan yang maha mengasihani. Saya percaya Irman mahupun si ‘Wira Remaja’ itu orangnya baik, cuma mungkin mereka terleka dengan kemewahan dunia yang sementara ini. Tapi siapalah kita untuk menghukum, sedangkan kita juga masih belum sempurna di sisi Tuhan.

Dan dengan rasminya itulah kisah dalam kelambu pertama yang saya dengar secara ‘live’ dari mulut Norma sendiri. Kali ini saya hanya mampu mencuri-curi dengar perbualan Norma, entahlah sama ada ia dianggap sebagai mencuri dengar atau tidak kerana bukan main lantang lagi suara Norma ketika bercerita bagaikan mahu satu dunia tahu apa yang sudah terjadi. Tapi siapa tahu pada pertemuan kami di lain hari mungkin saya dapat berborak banyak lagi kisah lain bersama Norma untuk kita jadikan pengajaran bersama

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE