SEARCH

Selulit Pada Wajah Rosmah Mansor?

Selulit Pada Wajah Rosmah Mansor?

Selulit Pada Wajah Rosmah Mansor?

Kemunculan Rosmah Mansor semalam di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) mengundang geger. Gambar-gambar Rosmah banyak sekali dikongsi dan menjadi tular di dunia maya semalam. Ada yang mengumpamakan wajahnya dengan subjek-subjek lain. Tak baik… Ada juga yang memperkatakan tentang tas tangan yang dibawanya. Selain itu penampilannya juga ada yang mengatakan menyerupai Spiderman gemuk. Kesian.

Tapi pada saya, kali pertama melihat wajah Rosmah setelah sekian lama dia mendiamkan diri – perkara pertama yang saya tanya pada teman ialah mengapa kulit wajah dia macam berselulit? Tak pernah lagi saya melihat keadaan kulit seperti ini. Bukan itu sahaja, kulit dia juga sebenarnya menggerutu dan tak rata. Kasar.

Pelbagai telahan dibuat orang tentang keadaan kulitnya itu. Ada yang mengatakan bahawa kerana dia sudah tak punya kuasa dan wang untuk membuat prosedur pada wajahnya sebab itu keadaan kulitnya kelihatan teruk. Ada pula yang mengatakan bahawa semua kejahatannya akhirnya keluar dan ternampak pada wajahnya. Entahlah saya sendiri tidak pasti apa puncanya.

Mungkin juga selama ini dia mampu membayar jurusolek untuk menutup cela pada wajahnya. Dilaporkan bahawa perbelanjaan dia membayar makeup artist dan jurudandan rambutnya mencecah RM1500 bagi setiap sesi. Hmm… apa-apa pun jikalau Rosmah insan yang baik dan berhati mulia, percayalah ini semua takkan terjadi. Di mana orang mengata dia dan menyebarkan aibnya. Saya juga mungkin takkan tergerak hati mahu menulis rencana ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE