SEARCH

Go All Out Kalau Betul Mahu Bermain Dengan Solekan Berwarna

Go All Out Kalau Betul Mahu Bermain Dengan Solekan Berwarna

Sitting Editor: Azreezal Hafidz Gambar: @Chuanlooi/ Yipieyaya Studio Solekan: @Fendi Sani

Kalau kita biasa skrol Instagram atau media sosial hari ini, terlalu-lalu banyak pemilik akaun yang mengetengahkan solekan berwarna. Tetapi pada mata saya kebanyakannya hanya berani play safe dan tidak tahu pun arah tuju solekan yang ingin dicipta. Saya menggelar solekan-solekan begini sebagai ‘Instagram makeup’.

Bagi saya kalau benar mahu bermain warna, biar betul-betul tahu warna apa yang mahu digunakan. Kalau betul, pilih warna yang benar-benar terang dan memberi statement. Kerana kalau tidak, efek solekan warna yang dibuat itu tidak akan memberi kesan langsung. Terkadang dilihat tidak bertujuan dan tidak faham pula konsep sebenar solekan berwarna.

Lagakan antara dua warna yang kontras. Bukan sahaja pada warna-warna solekan yang dipilih, tetapi juga antara aksesori seperti tudung dan warna solekan misalannya. Barulah ia mencipta efek yang dimahukan, menarik perhatian ramai terhadap solekan yang dicipta. Sementelah sudah berani menggunakan warna pada solekan biarpun sebenarnya kamu bertudung dan tidak harus menarik perhatian langsung pada penampilan.

Tapi kalau sudah hati benar-benar menginginkan perhatian, buat sehabis baik. Tepis terus konsep bertudung yakni bersederhana dan tidak menarik perhatian kepada kecantikan dan aset pada penampilan yang bisa menggoda dan mencipta ‘keinginan’. Jadi sebaiknya kamu pilih dahulu, apakah solekan kamu itu seharusnya melengkapkan konsep kamu bertudung atau mahu mencipta statement dan menarik perhatian. Selepas itu, baru mulakan bersolek ya.

Pembayang Mata Berseni

Jika kamu pandai dan mahu mencipta statement, apa kata gunakan wajah sebagai kanvas seni. Jangan gunakan teknik strok biasa pada aplikasi pembayang mata. Sebaliknya cipta seni-seni tertentu pada kawasan ini. Jarang kita melihat solekan pembayang mata yang dibiarkan kosong pada sesetengah bahagian seperti ini. Untuk lebih kesan dramatik, berikan sentuhan putih pada beberapa bahagian.

PENGGUNAAN PIPI MERAH

Kalau betul mahu menggunakan blusher, apa kata sapukan serata seperti ini supaya tidak nampak ala kadar. Solekan akan serta-merta nampak lebih statement. Dan biarkan bibir nude sahaja tanpa sebarang warna terang.

solekan mata berani

Bagi saya jika mahu tampil bold, biarlah ia benar-benar bold. Fendi memilih rona merah yang disapu sekata pada seluruh kelopak mata. Instead of membuatkan bentuknya bulat atau bujur seperti biasa, dia mencipta garis grafik pada bahagian sisi agar tampil lebih berani. Tetapi bukan seluruhnya mata itu disapu warna merah, Pada pangkal mata, jika kamu perasan dia menggunakan warna merah jambu untuk memberi lebih definisi dan kesan 3D pada solekan itu.

PENGGARIS BIBIR

Ini satu lagi statement berani yang mungkin boleh kamu cuba. Daripada menggunakan penggaris bibir yang hampir sama warna dengan warna gincu, pilih warna yang betul-betul kontras.

pemerah pipi merebak

Ada yang saya lihat suka menggunakan pemerah pipi tanpa hala tuju. Strok yang digunakan salah dan tidak menepati struktur wajah lantas nampak salah. Fendi menarik blusher dari tulang pipi hingga ke atas sisi kening. Membentuk efek seolah-olah ia berbentuk C di sisi wajah. Ini memberi kelainan tetapi tidak nampak pelik seperti yang selalu saya lihat pada ‘Instagram makeup’. Gincu yang dipilih pula daripada rona metalik.

WARNA PEMERAH PIPI

Ingin saya ingatkan di sini, kalau memilih warna pemerah pipi biarlah yang sesuai dengan warna kulit kita. Janganlah terlalu ambitious mahu mencuba warna-warna trendy hingga nampak seperti badut. Pemerah pipi sepatutnya mencipta efek lembut dan highlight pada wajah bukan terlalu statement sampai nampak janggal.

pembayang mata dua ton

Fendi suka mencipta solekan pembayang mata dua ton. Jika dilihat betul-betul, bahagian luar pembayang mata ini diberi hijau berbeza dengan yang di tengah. Bingkaikan dahulu pembayang mata daripada tona hijau berbeza kemudian penuhkan dengan tona hijau lebih berkilau atau lebih terang warnanya. Ini sekali lagi mencipta efek 3D pada solekan. Gunakan warna gincu yang benar-benar kontras seperti oren.

BERANI BEREKSPERIMEN

Solekan juga sebenarnya sama seperti nukilan seni. Terkadang kita tidak tahu efek apa yang boleh kita cipta daripada percubaan kita. Seperti solekan di bawah, Fendi menyembur mist pada wajah dan selepas dibiarkan seketika, efek solekan menjadi sesuatu yang sama sekali berbeza.

 

KESEMPURNAAN YANG JELIK

Tanpa kita sangka pada sesuatu yang jelik itu terkadang-kadang ada kesempurnaan. Solekan hari ini saya lihat terlalu banyak yang mengejar kesempurnaan sampai hilang seninya. Sedangkan solekan itu harus jatuh sebagai berseni. JIka terlalu sempurna, bukan senilah sebenarnya. Sebalik mencipta solekan pembayang mata yang sempurna bentuknya, apa kata cuba yang tidak sempurna seperti ini. Jangan terlalu membentukkan pembayang mata mengikut bentuk kelopak sebaliknya biarkan tangan berkarya membentuk apa pun yang dimahu pada kelopak. Mungkin hasilnya suatu kesempurnaan yang kita sendiri pun tak pernah terbayangkan.

KENING YANG LEBIH LEMBUT

Mungkin sudah masanya untuk kita mengucap selamat tinggal pada kening tebal hitam dan terlalu terbentuk. Memang ia cantik dan menjadi ikutan pada suatu masa tetapi that was three years ago? Raikan kening semulajadi kamu dan jangan terlalu menyempurnakan sampai mengasarkan feature wajah. Cukup sekadar memenuhkan beberapa lompong pada kening atau gunakan sahaja gel dan berus untuk mengemaskannya.

 

CAPAI SOLEKAN MATA BOLD DENGAN PALET PEMBAYANG MATA PILIHAN KAMI

  1. TOO FACED GLITTER BOMB PALETTE RM195
  2. KAT VON D SAINT + SINNER EYE SHADOW PALETTE (LIMITED EDITION) RM279
  3. SEPHORA COLLECTION MORE THAN MEETS THE EYE EYESHADOW PALETTE RM162
  4. FENTY BEAUTY GALAXY EYESHADOW PALETTE (LIMITED EDITION) RM240
  5. URBAN DECAY HEAVY METALS METALLIC EYESHADOW PALETTE (LIMITED EDITION) RM265

 

8 PRODUK HARUS KAMU MILIKI UNTUK CAPAI SOLEKAN BERWARNA BAK FENDI SANI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE