SEARCH

Glitters, 60’s Serta Kuasa Solekan Glamor Neelofa Istimewa Menggunakan Lancome

Glitters, 60’s Serta Kuasa Solekan Glamor Neelofa Istimewa Menggunakan Lancome

Wajah cantik Neelofa menjadi cover pilihan STAIL.MY bulan ini. Disolek meriah oleh jurusolek profesional lagi tersohor dan disegani tanah air siapa lagi kalau bukan the one and only, Khir Khalid. Memilih palet rona warna menonjol untuk solekan glamor Neelofa, Khir yang ternyata amat gembira apabila diberi peluang menata rias wajah Neelofa menggunakan permainan warna-warna bold. Bagi Khir, ini adalah masa terbaik untuk bereksperimentasikan warna kerana melihatkan Lofa yang jarang sekali tampil dengan rona seperti ini.

Solekan Glamor Neelofa

Saya dibenarkan untuk bermain dengan warna pada kanvas bersih wajah Neelofa. Ini sudah cukup buat saya rasa teruja kerana seperti kita semua tahu, jarang sekali Neelofa tampil di khalayak bermain dengan rona-rona menyerlah bak mekap sebegini.”

Colours and vibrant, inspirasi Khir dalam menyemarakkan lagi mood parti gaya 60-an. Menurut Khir, penggunaan pembayang mata berkemasan kemilau adalah trend hangat masa kini. Permainan warna-warna sebegini mampu memberi tenaga kepada sesebuah karakter personaliti itu. Maka dengan itu dia memilih untuk menggayakan rona biru pada Neelofa.

Mengapa rona biru?

Pada saya, rona biru itu adalah rona berani dan juga rona ‘in’ pada sesuatu mekap yang digayakan, walaupun saya agak skeptikal sedikit lagi-lagi hendak menggayakan sebagai rona solekan harian. Tanya saya pada Khir, mengapa biru? Tangkis Khir,

Buat apa nak takut? Orang sekarang ini Amira sebenarnya sudah berani bermain dengan warna-warna sebegini. They are very loud now. Ada juga saya melihat mereka yang berhijab sudah pandai bermain dengan rona biru dalam solekan mereka, tiada masalah.”

Tambah Khir,

Jika menggayakan pembayang mata berona terang seperti biru ini, kamu tidak perlu takut untuk menggayakan apa jua rona gincu pada bibir. Baik merah atau rona nude, kedua-duanya acceptable.”

Tiru gaya solekan Neelofa menggunakan produk Lancome pilihan kami

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE