SEARCH

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019 Untuk Kamu Yang Mencari Produk Kecantikan Terbaik Tahun Ini

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019 Untuk Kamu Yang Mencari Produk Kecantikan Terbaik Tahun Ini

Buat pertama kali kami wujudkan STAIL.MY Beauty TV, satu ruang diskusi berdurasi lebih panjang daripada biasa membincangkan topik-topik kecantikan hangat terkini. Dan sebagai debut, kami lancar topik STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019 menampilkan saya dan empat panel pilihan kami iaitu jurusolek profesional Emmy Agung dan Shiyo Joo serta dua selebriti yang cukup ‘in’ hari ini, Shalma Ainaa dan Manggis (De Fam).

Kami berkongsi tip dan pendapat tentang produk kecantikan yang kami rasakan antara produk terbaik tahun ini harus kamu miliki. Dan rata-rata kesemua kami sememangnya saling sependapat tentang segala manfaat produk-produk mesti milik pilihan kami. Tidak salah untuk kami katakan ini adalah produk highlight of the year. Mungkin ada antara kamu yang masih tercari-cari produk apakah yang bersesuaian dengan kulit wajah kamu. Ambil peluang ini untuk kenali dengan lebih dekat enam produk daripada kosmetik hingga ke penjagaan wajah dan saksikan bagaimana ahli panel istimewa kami ini meluahkan rasa puas hati mereka setelah menggunakan setiap produk ini.

Sitting Editor: Amira Azman  Pengarah Seni: Ashura Hakim  Penyelaras: Ryan Mohamad Penata Gaya: Ardi Idewani  Video: Yipieyaya Studio  Video Belakang Tabir: Jordi Harris  Mekap dan Rambut: Emmy Agung dan Syiyo Joo  Baju: Zalora, H&M, COS Store, Monki, Topshop

TENTANG PRODUK STAIL #MUSTHAVEBEAUTY 2019

MAMONDE ROSE WATER TONER RM85

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Manfaat bunga ros/mawar ini memang tidak dapat dinafikan untuk kecantikan. Dan yang menariknya tentang toner daripada Mamonde ini, ia diperbuat daripada 90.97 peratus air mawar yang diberi nama Damask Rose. Memilih air mawar berbanding air biasa, toner ini sememangnya mampu memberikan hasil lembapan optima buat kulit wajah kamu. Bukan itu sahaja, toner ini juga boleh digunakan menerusi rutin 7 skin method. Yang mana kamu boleh sapukan toner di wajah sebanyak 7 lapis untuk memberikan hasil kulit wajah yang lembut dan mulus serta-merta. Selain daripada itu, kamu juga perlu tahu bahawa produk ini telah diiktiraf halal. Halal daripada segi pembuatannya, pembungkusannya serta bebas daripada pengujian haiwan. Toner ini juga tidak memiliki sebarang bahan kandungan membahayakan seperti minyak mineral, polyacrylamideimidazolidinyl urea, triethanolamine, minyak silikon, pewarna sintetik dan kandungan binatang. Untuk kamu yang ingin mendapatkan produk Mamonde ini, bolehlah berkunjung ke mana-mana stor Watsons berdekatan ataupun secara online.

KIEHL’S CLEARLY CORRECTIVE™ DARK SPOT SOLUTION RM239

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Antara serum mesti milik dan jika kamu sudah mencubanya, kamu juga tahu akan keberkesanannya. Ini adalah sejenis serum yang bertindak cepat dalam merawat tona kulit wajah yang tidak sekata. Selain itu, ia mampu mengurangkan kesan dan bintik-bintik hitam lalu memberi hasil kulit wajah yang lebih berseri dan sihat. Lima puluh lima peratus wanita di luar sana yang telah mencuba serum ini berpendapat dalam hanya dua minggu, mereka dapat saksikan perubahan pada kulit wajah mereka di mana bintik hitam telah berkurang. Bukan itu sahaja, kajian lain yang dijalankan tim Kiehl’s menunjukkan bahawa dalam masa lapan minggu, 87 peratus wanita dapat melihat tona kulit wajah mereka lebih berseri dan sekata. Dengan penggunaan secara harian dan berterusan, serum ini juga sebenarnya dapat membantu menghalang penghasilan bintik-bintik hitam di masa akan datang. Sapukan serum ini pada sebelah pagi dan malam untuk hasil yang optima.

KIEHL’S ULTRA LIGHT DAILY UV DEFENSE AQUA GEL SPF 50 PA++++ RM163

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Semua orang tahu pelindung sinar itu amat penting. Namun, untuk mencari krim pelindung sinar yang baik untuk kulit bukanlah mudah. Usah risau, krim pelindung sinar daripada Kiehl’s yang menjadi pilihan kami ini adalah krim yang terbaik dan cukup selesa untuk kulit. Dengan teksturnya yang ringan dan kemudian dicipta jenis gel putih ini sesuai buat kamu yang berkulit normal dan berminyak. Bukan itu sahaja, krim ini adalah sejenis krim pelindung sinar bebas komedogenik yang tidak membuatkan liang pori kamu tersumbat. Ia juga dicipta daripada teknologi UVA dan UVB yang mampu menghalang segala jenis pencemaran luar. Krim pelindung sinar Kiehl’s ini juga cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan melekit serta bebas minyak. Itu yang buatkan kami semua suka dengan produk ini.

LANEIGE LAYERING COVER CUSHION SPF34 PA++ +Concealing Base SPF 50+ PA+++ RM145STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Ini inovasi terbaru dan hanya ada pada kusyen kompak milik Laneige sahaja di mana kusyen kompak Layering Cover Cushion ini memiliki dua jenis bedak asas yang berbeza dalam satu kompak. Satu bahagian ialah kusyen bedak asas dan sebelah lagi adalah kusyen untuk penyamar noda. Yang menariknya tentang kusyen ini, ia tidak akan meninggalkan hasil kulit gelap (seperti sesetengah kusyen kompak yang membuatkan kulit teroksida selepas beberapa minit). Selain itu, ia juga dicipta dengan efek warna merah jambu lembut membuatkan hasil solekan kamu nampak lebih sihat dan segar. Dan menerusi kusyen kompak ini juga, kamu boleh mencipta beberapa jenis hasil solekan mengikut kehendak masing-masing (menerusi gambar di bawah).

Jika kamu mahukan kemasan semi-matte, kami cadangkan, kamu layangkan concealing base terlebih dahulu baru kemudiannya, kamu lapiskan dengan bedak asas kusyen. Dan buat kamu yang mahukan kemasan matte, layangkan bedak asas kusyen dahulu kemudian barulah concealing base. Manakala buat kamu yang mahukan kemasan glow berseri, layangkan bedak asas kusyen sahaja. Untuk kamu yang mahukan kemasan super matte atau kill matte, hanya oleskan concealing base pada keseluruhan wajah. Namun, apa yang lebih penting ingin kami sampaikan adalah kedua-dua kusyen ini memiliki manfaat perlindungan daripada sinar UV. Ia juga memiliki khasiat ekstrak laici yang membekalkan lembapan mencukupi sepanjang hari untuk solekan dan kulit wajah kamu!

ETUDE HOUSE DOUBLE LASTING FOUNDATION RM75/30g

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Semua wanita pasti mengidamkan bedak asas yang tidak terlalu tebal namun memiliki litupan penuh. Pada masa yang sama, kamu mahukan bedak asas yang membuatkan solekan kamu lebih mulus. Betul atau tidak? Kami setuju dan ingin berkongsi di mana bedak asas daripada Etude House ini sememangnya memberikan hasil yang kamu idam-idamkan selama ini. Dengan adanya teknologi Double Shot daripada Etude House ini, kamu tidak perlu risau untuk mendapatkan solekan mulus. Bedak asas ini juga mampu menyamar noda-noda kemerahan serta bekas jerawat pada kulit wajah kamu. Paling penting, bedak asas ini langsung tidak melekit dan tidak mudah melekat (kadang-kala pasti kamu rasa agak menjengkelkan apabila melihat solekan kamu berpindah ke skrin telefon bimbit kamu setiap kali sedang on call). Bukan itu sahaja, bedak asas ini terdapat dalam 19 jenis rona sesuai buat semua wanita Asia. Kamu kena dapatkan bedak asas ini kerana ia bedak asas yang tahan lama sehingga 24 jam pada kulit wajah. Kamu mesti tidak mahu solekan yang memerlukan kamu asyik kena touch up sahaja kan?

LANEIGE LAYERING LIP BAR RM115

STAIL #MUSTHAVEBEAUTY2019

Turn up the color volume! Itu yang kita mahukan. Dan Laneige sahaja yang mampu merealisasikan impian kamu itu. Mereka hadir dengan inovasi yang cukup canggih. Bayangkan enam rona dalam satu gincu! Grading solekan bibir tahap maksima. Bukan itu sahaja, ia juga buat bibir kamu nampak lebih mungil dengan hanya satu sentuhan. Buat kamu yang tidak sukakan solekan bibir jenis pusam (matte), Laneige ada cipta koleksi Layering Lip Bar jenis krim. Dan buat yang lebih sukakan jenis pusam, Laneige juga tidak langsung melupakan kamu. Mereka cipta enam gincu jenis pusam dan empat jenis krim. Buat gincu jenis krim ini, Laneige menyuntik teknologi Moisture Wrap™ untuk memberikan lembapan maksima yang tercipta daripada bahan seperti air mineral hydro ion, ekstrak akar evening primrose serta ekstrak aprikot hunza. Manakala gincu jenis pusam pula dicipta sama iaitu menggunakan teknologi Moisture Wrap™ dan ditambah satu lagi teknologi yang buat bibir kering kamu tampil lebih selesa. Teknologi Ultra Fine Pigment ini membuatkan solekan bibir kamu tampak lebih halus, mulus dan lembut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE