SEARCH

#STAILMYInstaCouple: 8 Pasangan Selebriti Berkongsi Rahsia Cinta Yang Stail-lish

#STAILMYInstaCouple: 8 Pasangan Selebriti Berkongsi Rahsia Cinta Yang Stail-lish

Sitting Editor: Ryan Mohamad Gambar: Chee Wei Video: Ting Solekan: Emmy Agung & Muks menggunakan Shiseido Rambut: Fendi Sani Pakaian: COS Penata Gaya: Ardi Idewani Arahan Seni: Merrissa Emilda & Ashura Hakim

Bayangkan cinta seperti embun yang bergulir di pagi hari. Sebab cinta adalah peleburan segala kotoran. Segalanya duka malah citra.

Dengan kembang mereka mencari bahagia di puncak mimpi. Sayap cinta, yang kembang bersama mega. Yang berdiri bersama angin. Hinggaplah di pohon gemuruh jiwa. Menebar pada dedaunan yang berguguran jatuh ke bumi.

Februari datang menjelma lagi. Bulan kedua pada kalendar Masehi ini tersemat indah kisah dan rahsia cinta antara lapan pasangan yang ingin kami tampilkan sempena kempen STAIL.MY ❤️ Shiseido #KissAndTell ini.

Seperti membungkus tulang dengan daun talas, pasti ada rahsia yang disimpani mereka. Dijaga rapi, dikemas suci. Kami singkap secara halus dan penuh stail-lish. Berbual bersama mereka tentang kisah pertemuan, bibit-bibit percintaan dan rahsia yang hakiki.

Shalma Aina ❤️ Wan Imar

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Semasa berkuliah di England, saya terserempak dengan suami di acara “Malaysian Night”. Pada mulanya, saya terfikir mungkin dia adalah pelajar antarabangsa, tetapi mengapa dia berada di acara malam itu?

Saya tertanya-tanya untuk mengetahui siapakah dia? Lalu, saya bertanya pada teman-teman Malaysia yang lain, “Siapakah dia?” dan mereka lantas menjawab dia (Imar) rakan mereka. Rupa-rupanya dia rakyat Malaysia dan Melayu, sama seperti saya.

Satu hari, saya mempelawa mereka bermain futsal bersama saya. Sengaja saya jadikan ia sebagai alasan untuk menemuinya lagi (ketawa). Sebelum sesi futsal itu, rakan-rakan sempat mengusik saya dengan berkata, “Kau tak sesuai lah dengan Imar, kau kasar, Imar pendiam,” usik mereka.

Saya masih ingat, saya balas, “Ah, bukan aku nak kahwin pun…”. (Ketawa) Nak dijadikan cerita, jodoh kami kuat dan berkahwin sampai sekarang… (senyum lebar).

2 – Apakah kriteria yang kamu lihat pada pasangan kamu yang tiada pada orang lain?

Shalma: Mungkin kedengaran klise, kadang-kadang wanita selalu mahukan sesuatu yang too good to be true. Namun bagi saya, Imar adalah seorang lelaki yang menyenangkan. Dari segi karier, dia supportive.

Sangat matang dan saya boleh mendengar nasihat dia. Bagi saya, dia lengkap dari segi dalaman dan luaran. Saling melengkapi untuk saya dan dia menjadi lebih baik.

Imar: As a guy, I want to date the best person. Saya tidak pernah menyangka saya mendapat yang lebih daripada itu. Sejujurnya saya seorang yang sukar menerima seseorang, tetapi dengan Aina, dia turut melengkapi saya. Dia ada semua kualiti wanita yang berkebolehan. Saya mahu menua bersamanya.

“TIKA KAMU MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN. KOMUNIKASI YANG SAKSAMA. JANGAN PENDAM PERASAAN. JUJUR DEMI PERHUBUNGAN” – Shalma aina

 

NELISSA ❤️ AMMAR ALFIAN

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Saya terjumpa Ammar di Instagram (ketawa). I started following him and he followed me back. Selepas beberapa ketika, dia mula menghantar mesej secara peribadi di Instagram. Kami bermesej-mesej pula. Kemudian, dia meminta nombor telefon saya. We start talking and the rest is history… (senyum).

2 – Momen yang kamu paling suka ketika memberi hadiah kepada pasangan kamu?

Nelissa: Saat dia menghargai pemberian saya itu. Melihat dia gembira, lalu membuat saya ikut gembira. Saya suka melihat reaksi dan keterujaan dia.

Ammar: Terlalu banyak momen yang saya suka, yang tidak boleh pula saya pilih satu persatu. Paling saya suka adalah ketika melihat senyumannya. Ketika dia memandang hadiah itu dengan senyuman yang panjang lebar.

OUR LOVE THAT WE HAVE NOW. ITU CINTA YANG STAIL-LISH BAGI KAMI. CINTA SAYA & AMMAR.” – Nelissa Nezam

 

NADIYAH ❤️ BEN ALI

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Kebetulan, Ben ada penggambaran untuk sebuah kempen fesyen di Singapura dan di sanalah kami berjumpa. Dia insan pertama yang saya kenal semasa saya berpindah ke Kuala Lumpur dan mula berjinak-jinak dalam industri hiburan di Malaysia.

2 – Perkara paling romantis pernah pasangan kamu lakukan untuk kamu?

Nadiyah: Ben lakukan banyak perkara yang romantis. Yang paling terbaru, ketika dia melamar saya untuk menjadi tunangnya.

Ben Ali: Sama juga, Nadiyah lakukan banyak perkara yang manis buat saya. Namun perkara yang paling manis, saya rasa dia menceriakan Ben setiap hari.

“CINTA YANG SELESA SEPERTI SEPASANG SAHABAT.” – NADIYAH SHAHAB

ALICIA TAN ❤️ JOSEPH GERMANI

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Pertama kali berjumpa ketika sesi fotografi. Ketika itu Joseph perlukan model untuk video Youtube terbarunya. Joseph mengundang saya dan ketika itulah kami berjumpa.

2 – Ciri-ciri atau perwatakan yang kamu suka pada pasangan kamu?

Alicia: Selain lucu, dia sebenarnya seorang yang sangat penyayang. Dia tahu bagaimana melayani gadis. Dia sangat manis dan pandai menghormati orang tua. And he love my family.

Joseph: Bagi saya, bukan ciri-ciri tetapi perasaan. Perasaan senang ketika mendampingi seseorang. Kamu akan merasa individu ini melengkapi diri kamu sampai akhir hayat. Ya, bagi saya yang penting adalah perasaan. Kalau bicara tentang ciri-ciri pula, dia sangat rajin dan dia introvert sama seperti saya (ketawa).

“CINTA YANG SELALU ADA BERSAMA” – ALICIA TAN

JULIE ANNE KANG ❤️ FADLAN HAZIM

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Ramai orang bertanya soalan ini (ketawa). Kami mengenali antara satu sama lain semenjak zaman persekolahan menengah lagi. Ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun, sangat muda. Kemudian berpisah seketika sehinggalah cinta bertaut kembali tiga tahun lepas.

2 – Boleh kongsikan majlis perkahwinan impian kamu berdua?

(Julie & Fadlan): Both of us are very private. Kami sangat rapat dengan keluarga. Kami impikan perkahwinan yang diraikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat. Sesuatu yang sederhana dan bersahaja. Warna-warna hijau yang menyatu dengan alam. Contoh paling dekat perkahwinan Yuna. I love that kind of scenery!

3 – Adakah ada stigma berkenaan pasangan cinta yang berlainan bangsa seperti kalian? Kongsikan pengalaman itu bersama kami.

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa. Ramai sahaja yang berkahwin berlainan bangsa. Kami datang dari kejiranan yang bercampur-baur. Buat masa ini, tiada permasalahan tentang perhubungan kami. Kami tiada masalah dan baik-baik sahaja.

“SESEORANG YANG MEMBUAT KAMU BERASA SELAMAT. MEMBUAT KAMU RASA BAHAGIA” – JULIE ANNE KANG

RUBINI RUBY ❤️ SHAN RATNAM

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Shan: Saya temui Ruby di Facebook. Saya tertarik untuk mengenali dia dengan lebih lanjut kerana di Malaysia, kita kekurangan peragawati wanita berketurunan India. Jadi saya tekan butang profil and stalk her (ketawa).

Ruby: I was like who’s this boy? Dia intai saya dalam empat bulan. Empat bulan kamu tahu?! (ketawa). Dia suka (like) gambar saya bertalu-talu dan saya rasa curiga. Terpanggil untuk mengenali.

Then my friend offered me a modeling job for an Indian boy. Saya hubungi dia melalui facebook sahaja. Dan berjumpa dengannya buat pertama kali di set penggambaran tersebut. Selepas beberapa perjumpaan, barulah dia “berani” meminta nombor telefon saya (melirik mata sambil ketawa).

2 – Bibir atau mata? Yang mana menjadi pilihan?

Ruby: Semasa saya memandang matanya, saya melihat emosi. Sama ada dia sedang lapar atau gembira mahupun marah. Mungkin saya dapat merasa. Saya suka melihat matanya.

Shan: Sama. Saya juga suka melihat matanya. Mata Ruby sangat cantik dan mempersona.

“CINTA YANG SEMPURNA BUKAN HANYA SEBATAS RUPA DAN HARTA, IA MELEBIHI SEMUANYA.” – RUBINI RUBY

 

RUHAINIES ❤️ ASYRAF ALEY

1 – Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Genting Highland. Semasa set penggambaran drama “Jejak Kamila”. Saya berlakon sebagai adik kepada Asyraf dalam drama tersebut. Kami banyak melakonkan babak bersama.

Dan malam itu saya masih ingat. Sedang saya menunggu ayah untuk datang menjemput sesudah tamat sesi lakonan, hari semakin gelap. Asyraf mempelawa untuk membawa saya pulang, saya membalas tidak.

Saya tunggu di kediaman set penggambaran tadi sambil Asyraf tunggu dalam kereta sepanjang malam itu, sehinggalah ayah sampai untuk menjemput saya pulang. Dari situ, saya tahu yang dia seorang budiman yang mengambil berat.

2 – Perkara yang paling kamu suka pasangan kamu lakukan terhadap kamu?

Ruhainies: Seperti yang dikatakan sebelumnya, dia seorang yang sangat-sangat romantis, tetapi ego. Walaupun kami sedang bergaduh sekalipun, dia tetap akan membuka pintu untuk saya. Walaupun hujan, dia akan payungkan saya.

Asyraf: Morning call from her. Dia akan mengucapkan kata-kata manis dan semangat untuk saya. Sangat prihatin dengan butiran kecil. Jika saya terlupa, dia yang ingatkan. Saya suka dia yang melengkapi saya.

“CINTA YANG STAIL-LISH ADALAH CINTA YANG TAK PERNAH MATI. HARUS MEMPERCAYAI DAN TIDAK BERLAKU CURANG” – RUHAINIES

 

KIM RAYMOND ❤️ KEITH FOO

1 –  Masih ingat momen pertama kali berjumpa? Kongsikan kepada kami.

Sebenarnya, sudah 15 tahun kami mengenali antara satu sama lain. Sebelum ini hanya sebagai kawan. Kemudian, kamu bertemu kembali ketika Keith Foo baru pulang dari Indonesia. Kami berjumpa di sesi penggambaran sebuah majalah di Pulau Perhentian. Terserempak dan berjumpa lagi.

2 – Kongsikan perkara yang sering kamu lakukan bersama?

(KIM & KEITH): Kehidupan yang kami jalani dalam sehari-hari, semuanya kami lakukan bersama-sama. Bercuti pun sama-sama. Kerja pun sama-sama. Segalanya kami lakukan bersama.

“PERSAHABATAN. KEPERCAYAAN. KEGEMBIRAAN. DAN TIDAK LUPA KETIKA BERSEDIH.” – KIM RAYMOND

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE