SEARCH

Apa Yang Patut Anda Cuba Dari Lush Malaysia?

Apa Yang Patut Anda Cuba Dari Lush Malaysia?

Rangkaian penjagaan diri terkemuka dunia, Lush kini melebarkan sayapnya ke Malaysia. Pada 1 Oktober yang lalu Lush dengan rasminya membuka cawangan flagship store nya yang pertama bertempat di aras empat pusat membeli-belah terkemuka Pavillion, Kuala Lumpur.

Saya pasti ramai yang teruja dengan berita ini, mana tidaknya penantian kita setelah sekian lama berakhir tahun ini. Malah mungkin ada yang sedang ghairah hendak memborong produk-produk Lush yang terkenal dengan polisi ‘non-animal testing’ nya bukan?

Buat mereka yang baru pertama kali hendak mencuba produk dari Lush, saya senarai pendekkan empat produk dengan rating paling tinggi berdasarkan review dari makeupalley.com, di mana melalui laman sesawang ini pengguna diberi ruang untuk mengetengahkan pendapat peribadi mereka tentang sesuatu produk.

  1. Lusk Mask of Magniminty

Rata-rata pengguna setuju yang masker untuk muka dan badan ini bertindak sangat baik bagi menangani masalah jerawat dan membersihkan liang pori dengan berkesan agar pori-pori kamu bebas dari sebarang kekotoran, ada juga yang berpendapat bahawa kulit mereka lebih glowy selepas penggunaan masker ini

Cara penggunaan : Ratakan ke keseluruhan kulit, biarkan 15 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

 

2. LUSH Buffy The Backside Slayer

Buffy The Backside Slayer adalah skrub yang dihadirkan dalam bentuk bar bagi kesenangan pengguna. Meskipun ia berfungsi sebagai skrub namun produk ini tidak akan mengeringkan kulit kamu, malah membantu menanggalkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih halus dan licin.

Cara penggunaan : sama seperti skrub biasa, di mana kamu perlu ratakan ke seluruh kawasan badan yang telah dibasahkan kemudian bilas dan keringkan.

 

3. LUSH Creamy Candy Bubble Bar

Lush sememangnya terkenal dengan variasi bathbomb nya yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan haruman. Salah satu di antaranya adalah Creamy Candy Bubble Bar yang mendapat rating tinggi dari pengguna kerana baunya yang semanis cotton candy dan sesuai untuk kulit sensitif.

Cara penggunaan : Hancurkan di bawah air mengalir, lalu biarkan ia larut dalam tab yang dipenuhi air.

4. LUSH Sympathy For The Skin

 

Losen tangan dan badan ini diperkaya dengan dengan minyak badam, serbuk koko dan pisang organik bagi membekalkan kelembapan yang secukupnya untuk kulit yang lebih lembut dan licin.

Cara penggunaan : Ratakan ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit yang kering.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE