SEARCH

Athleisure Akulturasi, Senyawa Karya KLFW RTW 2017 & Sukma Atletik Merai Merdeka

Athleisure Akulturasi, Senyawa Karya KLFW RTW 2017 & Sukma Atletik Merai Merdeka
Menjunjung gaya lasak. Memfesyenkan ia bersama siluet labuh, besar dan longgar. Kot labuh & skirt lelaki Zakwan Anuar (@zakwananuar) & baju jersi, seluar jersi dan stokin futsal. But milik penata gaya

Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani  Arahan Seni & Sitting Editor : Ashura Hakim  Solekan & Rambut : Emmy Agung  Gambar : Chee Wei  Model : Mia M (Attitude Models) Lokasi : Vintageholic Collectible Shop @vintageholic

Kebangkitan gaya feminin terserak, dipertemukan lagi dengan apresiasi pada songket. Jaket dan skirt songket Adila Long (@adila_long) & baju jersi futsal

Hari ini hari Merdeka. Hari kita menyanjung rasa leluasa, seperti mergastua bebas. Tak lagi tumpur oleh kuasa luar. Sudah 60 tahun kubu kita bertahan diri. Ayuh, kita raikan Merdeka!

Sifat acuh tak acuh dan tak konformis terserlah. This is the new cool! Kot dan seluar Ezzati Amira (@ezzatiamirakl) & baju jersi dan seluar jersi futsal. Kasut Converse milik penata gaya.

Dalam merayakan 60 tahun kemerdekaan bumi Malaysia, STAIL.MY memberi penghormatan kepada sifat celik budaya yang termanifestasi daripada jati diri dan stail. Kami memancakan sekali kudrat kreatif pereka-pereka lokal kita – yang baru saja mempersembahkan inovasi karya mereka di Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2017 – bersama-sama seragam pasukan futsal wanita kebangsaan.

Melestarikan pengaruh gaya country club dan si gentlemen. Terus terbit aspek gaya kontras. Blazer, tali pinggang dan dress kemeja Atelier Fitton (@atelierfitton) & baju jersi, seluar jersi dan stokin futsal. Kasut Converse milik penata gaya

Tak terjangka bahawa seragam jersi futsal boleh mengisih gaya yang berbeza-beza. Meskipun, asalnya sedikit kurang yakin dengan cara penggayaan jersi futsal. Mampukah digniti sukan itu dilenturkan lalu membentuk aspek yang stailish dan dalam masa yang sama, masih memperteguh nasionalisme? Ya! Boleh! Pabila berpegang pada haluan falsafah diri dan bersandarkan kekuatan identiti diri, tercetuslah satu citra fesyen unik.

Umpama menjelmakan sandiwara dongeng. Gaun kembang yang mengubah sifat kesukanan. Dress kembang Rizman Ruzaini (@rizmanruzaini) & baju jersi futsal.

Kuasa lembut dan romantik bukan sekadar untuk perwatakan yang halus. Ia bisa diubah untuk jadi lebih bertenaga. Korset dan seluar baldu Innai Red (@innaigroup) & baju jersi futsal. Kasut but milik penata gaya.

Semuanya tidak beranjak dari ‘fragmen’ seragam jersi futsal kebangsaan wanita. Untuk menjadikan susunan gaya lebih interesting, kami menyatu ia dengan himpunan terbaru pereka-pereka lokal KLFW RTW 2017! Benar-benar utuh dengan jati diri!

Menyongsong arus tradisional. Mengangkat siluet asas dengan gaya sukan, its fresh and outstanding. Dress kemeja dan skirt Maslea (@maslea) & baju jersi futsal. Kasut Converse milik penata gaya.

Black and strong, tetapi tampil bersahaja. Usah perlu serius! Jumpsuit Nurita Harith (@nuritaharith) &baju jersi dan stokin futsal. Kasut Converse milik penata gaya.

Siapa bilang gaya sukan tak bisa jadi glamor? Berinovasi mendayai kreativiti! Kot fringes dan dress wrap Afiq M (@afiqmofficial) & baju jersi, seluar jersi dan stokin futsal. Kasut tumit tinggi milik penata gaya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE