SEARCH

Datin Muda Jadi Hos Parti Seks Orgy di Banglo Luar Kuala Lumpur

Datin Muda Jadi Hos Parti Seks Orgy di Banglo Luar Kuala Lumpur

Suasana malam itu hening sekali. Hanya suara cengkerik kedengaran. Sesekali ada juga bunyi burung belatuk menebuk sarang dari belantara berdekatan banglo Norma. Datin Rohana siang tadi terdengar tergesa-gesa benar mahu berjumpa Norma daripada perbualan mereka dalam telefon.

“Norma, kau senang tak malam ni?” Norma terdiam mendengar soalan Rohana. Kenapa pula dia bertanya demikian? Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok-esok.

“Aku ada di rumah. Tak ke mana-mana.” “Aku datang rumah kau ye,” Rohana terus mempelawa diri sendiri. Norma tak boleh nak berkata tidak kerana dia sudah memberitahu dia tak ke mana-mana malam itu. “Ish, apalah yang penting sangat si Rohana ni sampai tak menyempat-nyempat,” berkata Norma di hati.

Mujur juga suami Norma, Tengku Azhar pula tak ada di rumah. Ke luar negara kerana urusan perniagaan. Kalau tidak, mesti Norma akan cari alasan agar Rohana tidak datang kerana suami Norma tidak suka sangat teman-temannya datang malam-malam apalagi untuk bergosip dan bercerita fasal orang.

Rohana sampai di depan rumah Norma tepat jam sembilan malam. Loceng rumah Norma berbunyi. Norma menyuruh pembantu rumahnya Tati membuka pintu. Habislah malam Norma yang tenang berteman bunyi cengkerik dan burung belatuk. Akan kecohlah sekejap lagi dengan cerita Rohana yang Norma sendiri tak tahu hujung pangkalnya.

Sebaik masuk Rohana bertanya pada Tati, “Ibu Norma di mana?” “Oh ibu menunggu di ruang tamu. Nanti saya bawakan air ya,” jawab Tati. “Bawakan esbak sekali ya Tati,” minta Rohana. Ya, kerana ini juga Rohana suka sangat datang ke rumah Norma – dia boleh merokok dalam rumah Norma berbanding teman-temannya yang lain yang sudah berhijrah menjadi lebih alim malah ada yang sudah bertudung.

Sebaik Rohana menjejak kaki ke dalam ruang tamu, Norma menyambutnya senang. Mereka berdakapan dan Norma mengajak Rohana duduk di armchair besar berdepan dengan balkoni. Bukan apa, jadi tidaklah bau asap rokok Rohana kuat sangat tertinggal di ruang tamu. Tambah lagi lebih seronok berbual berteman suasana dan angin malam yang dingin.

“Apalah yang penting sangat ni Rohana? Sampai tak menyempat-nyempat kau mahu berjumpa?” Norma memulakan bicara. Rohana senyum senget. Norma dah masak sangat dengan cara Rohana. Pasti ada cerita panas yang dia tahu, barulah senyum sengetnya itu keluar. “Liana mana?” Rohana seperti mahu melengah-lengahkan ceritanya. “Tak ada. Belum balik kerja lagi Rohana oiii… Kan dia baru mula kerja di syarikat baru. Banyaklah kerjanya tu. Dah dua minggu asyik balik lambat. Macam tulah. Entahkan kerja atau berdating sebenarnya,” Norma membalas.

“Oh biasalah tu Norma. Banyaklah agaknya yang perlu diselesaikan. Tempat baru pula tu. Banyak yang perlu dipelajari kot.” Dahulu Liana bekerja di Starhill tapi kerana syarikat baru ini (juga masih berkenaan fesyen) menawarkan gaji lebih tinggi, dia memutuskan berhenti dan berpindah tempat kerja. “Yang kau beria tanya mana Liana ni, kau nak dia dengar cerita juga ke?” Sengaja Norma bertanya. “Eh tak adalah. Senyap benar rumah kau ni. Tulah aku tanya.” Rohana menjawab.

Aku pun pilih minum di Chinoz. Ada wain favourite aku di situ. Yang si Rohana pula takut-takut. Bimbang dilihat teman-teman semasjidnya. Memang hipokrit. Ber toyboy boleh. Dilihat minum di Chinoz takut pula.

Tati datang bersama sedulang teh panas dan aneka biskut dalam dulang kaca bertingkat. Di tangan satu lagi esbak lalu diletakkan di atas meja bulat kecil bersebelahan armchair tempat Rohana duduk. “Ish kau ni Rohana, kalau tak merokok tak boleh ye.” “Alah kau Norma. Kau pun sama dulu. Bukan main susah kau nak berhenti.” Terdiam lah Norma mendengar kata-kata Rohana.

Rohana menggeledah beg tangannya sebelum mengeluarkan sekotak Marlboro Lights dan mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakannya. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut Rohana sambil dia mula bercerita. “Tempoh hari aku terserempak dengan Aini di Bangsar Shopping Centre. Dia jalan seorang diri. Jadi aku pun tegur dia.” “Oh tak pula dia berteman toyboy dia si Aiman tu?” Norma bertanya pada Rohana.

“Ah tak pula dia dengan si Aiman. Aku pun ajak lah dia minum dah dia seorang tu. Kalau tak memang taklah nak berpisah dengan Aiman. Macam belangkas tak boleh berenggang. Aku pun pilih minum di Chinoz. Ada wain favourite aku di situ. Yang si Rohana pula takut-takut. Bimbang dilihat teman-teman semasjidnya. Memang hipokrit. Ber toyboy boleh. Dilihat minum di Chinoz takut pula.”

Ya, begitulah kawan Norma dan Rohana, si Aini. Sudah bertudung dan menjadi alim tapi ber toyboy kerana suaminya tidak ada di sini. Menguruskan perniagaan di beberapa luar negara. Kadang-kadang sampai tiga bulan tak nampak orangnya. Bagi mengelakkan pertanyaan orang tentang Aiman, dia akan kata Aiman pemandunya. Dan memang pun dia menggaji si Aiman sebagai pemandunya.

“Sebaik kami duduk di Chinoz, Aini mulalah buka cerita Ma. Aku ingatkan dia nak cakap pasal suami dia dah dapat tahu fasal Aiman ka. Rupanya bukan. Dia cerita tentang Datin Raihana, si hot stuff tu. Yang baru melahirkan anak ketiganya tapi badan dah kembali langsing macam anak dara.” Mengapa pula dengan Raihana fikir di hati Norma. Apakah ada masalah dengan anak kecilnya atau perkahwinannya? Norma sama sekali tak dapat menebak.

“Katanya si Raihana ni suka organize parti seks orgy…” Sambung Rohana. Darah Norma naik ke muka. “Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…” panjang Norma terkejut. “Betul ke apa kau cakap ni Ana? Jangan cakap main-main.” “Memang itulah yang diceritakan Aini. Dan dia mendengar sendiri cerita ni daripada salah seorang society lady yang pernah menyertai parti orgy Raihana ni.” “Berani ya dia menganjurkan parti-parti macam ni?” Norma bertanya lagi.

Cerita Rohana, parti-parti seks orgy Raihana ini tidak dilakukan di Kuala Lumpur tetapi di luar ibu kota. Bukan apa kerana dia bimbangkan nanti akan ada badan-badan agama atau polis yang boleh menghidu kegiatannya itu. Raihana menganjurkan parti-parti ini atas nama syarikatnya sendiri. Kelompok society akan menghantar permohonan kepada syarikat Raihana untuk menyertai parti seks orgy ini dan mereka akan membuat saringan sebelum menentukan siapa yang layak menyertai.

Katanya si Raihana ni suka organize parti seks orgy…” Sambung Rohana. Darah Norma naik ke muka. “Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…” panjang Norma terkejut. “Betul ke apa kau cakap ni Ana?

Norma masih tak percaya dengan cerita Rohana. “Apa yang mereka buat masa parti seks tu Ana?” tanya Norma. “Oh dasyat ye apa yang terjadi kat parti tu Ma. Aku pun tak percaya bila dengar. Aini kata tak ada siapa pun yang dibenarkan berbaju sebaik melangkah masuk ke tempat parti. Selalunya parti ini akan dianjurkan di banglo besar yang boleh memuatkan banyak orang sekaligus.”

“Jadi semua berbogel?” Norma menekankan. “Ya Ma. Semua kena bogel. Dan akan ada seorang yang akan go around passing kokain untuk semua ambil dan get high.” Astaghfirullah berkata di hati Norma. Apalah nak jadi sampai Raihana boleh menganjurkan parti liar sebegini, kata Norma lagi di hati. “Termasuklah Raihana sekali ke Ana?” tanya Norma ingin tahu. “Ya lah Ma. Termasuk dia sekali lah. Katanya dia akan menjadi ratu dalam parti-parti sebegini. Semua akan memuja dia dan mengerumuni dia lalu ‘mengerjakan’ dia.”

“Semua peserta juga dibenarkan melakukan seks dengan sesiapa pun. Tak ada kekangan atau sekatan. Suami orang boleh seks dengan isteri orang lain dan begitulah sebaliknya. Begitu juga akan ada sesetengah yang seks sesama suami dan isteri sesama isteri juga akan seks sesama sendiri walaupun mereka sebenarnya bukanlah gay atau lesbian.”

Mulut Norma ternganga mendengar bahagian ini. Parti seks orgy ini juga akan berlangsung beberapa hari. Semua makan dan minum akan disediakan dan mereka tak perlu keluar pun daripada banglo yang dipilih. “Selepas itu pabila mereka semua kembali ke dunia realiti, apakah mereka mampu bertentang mata sesama sendiri?” tanya Norma pula. “Mereka semua dah biasa Ma. Mereka akan act normal with each other after. Malah boleh pula berurusan dan meneruskan perniagaan sesama sendiri.”

“Apalah nak jadi dengan Raihana ni Ana. Ya lah tapi kalau dah itu memberi kepuasan kepadanya dalam masa sama memberi pulangan lumayan serta lebih banyak peluang perniagaan kepadanya, tentulah dia tak mahu berhenti melakukannya kan?” Jawab Norma pula. Sebentar kemudian Tati datang membawa kek yang ada dalam peti ais bersama seteko lagi teh panas. Habis kuih dalam dulang kaca bertingkat yang dihidangkan tadi kerana rancak mengunyah sambil bercerita.

Semua peserta juga dibenarkan melakukan seks dengan sesiapa pun. Tak ada kekangan atau sekatan. Suami orang boleh seks dengan isteri orang lain dan begitulah sebaliknya.

Suasana di luar masih sama seperti awal malam tadi. Bersama iringan bunyi cengkerik dan burung belatuk. “Entahlah Ma. Aku hanya harap kegiatannya ini tak akan dihidu pihak berkuasa. Akan tercalarlah reputasinya nanti kan?” kata Rohana pula. “Tapi Ana, mengenangkan individu-individu yang menyertai parti ini serba berpengaruh mungkin mereka ada cara untuk mengelak daripada terkena dengan pihak berkuasa,” jawab Norma pula.

Begitulah teman-temannya si Norma dan Rohana. Walaupun mereka hidup dalam kelompok high society, tetapi perangai dan sikap mereka sebenarnya tak jauh beza dengan masyarakat tak bersivil. Kerana pada akhirnya walau apa pun status kita dalam masyarakat pada hakikatnya kita ini semua manusia biasa yang bertunjangkan nafsu dan keinginan. Selalunya inilah yang akan memacu perbuatan-perbuatan di luar batasan seperti yang dilakukan Raihana.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE