SEARCH

Datin Muda Tamat Tempoh Kahwin Kontrak Tinggalkan Suami Keseorangan

Datin Muda Tamat Tempoh Kahwin Kontrak Tinggalkan Suami Keseorangan

Hari Sabtu lalu, Norma ke salon kegemarannya di Bangsar Village II. Memanglah salon itu tempat tumpuan semua wanita-wanita society membuat rawatan dan memotong rambut atau set rambut saban hari. Norma tak berapa suka pun ke salon itu sebab pada akhirnya pasti dia kena dengar cerita-cerita hangat tentang masalah keluarga mana-mana datin atau tengku atau gosip-gosip panas terkini.

Tapi sebab hari itu, salon biasa tempat Norma berkunjung fully booked pula. Norma pula perlu menemani suami ke rumah business associate nya. Dia baru pulang dari luar negara jadi baru bekesempatan buat rumah terbuka. Nak tak nak, Norma terpaksa juga ke salon yang satu ini kerana di situ sahaja ada slot untuk dia blow rambutnya sebelum ke rumah terbuka. Nasib salah seorang daripada stylist di situ, Andy pernah blow rambut Norma sekali itu dan Norma berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Jejak sahaja kaki ke dalam salon, mata Norma scan seluruh ruang sebelum memilih tempat duduknya. Ada satu kerusi yang tiada orang dan di sebelahnya juga kosong. “Ahhh situlah. Tak ada orang di sebelah yang perlu aku layan ceritanya,” kata Norma di hati. Sebaik melabuhkan punggung di atas kerusi, sesorang pantas menegur, “Oh my God… is that you Norma!!!!!!” “Aduuuuuuuuhhhhhh ada pula yang kenal di sini,” kata hati Norma lagi.

Datin Masitah tergolong dalam kelompok datin muda yang Norma kenal daripada teman-temannya. Yang berkahwin dengan Datuk Azril setelah dia bercerai dengan isteri pertamanya. Dan Datin Masitah memang terkenal suka bergosip dan menjaga tepi kain orang. Memang Norma tahulah dia akan kena dengar cerita-cerita panas terbaru. “You nak ke mana ni cantik-cantik Norma?” mula bicara Datin Masitah. “Sekejap lagi nak ke rumah business associate husband I. Dia baru balik dari luar negara. Jadi buat makan-makan sebab tak sempat buat rumah terbuka,” jawab Norma jujur.

Sebelum Datin Masitah sempat menyambung, shampoo boy Norma sudah mula melumurkan syampu ke rambutnya. Jadi Datin Masitah tak sempat menyambung cerita. Walaupun Norma nampak dia seperti tak sabar-sabar mahu bertanya sesuatu. Norma pula sengaja mengambil majalah di atas meja dan menyelak-nyelak supaya Datin Masitah tak berkesempatan berbual dengannya.

Semua orang tahu, Hadi taklah kacak macam hot eligible bachelors lain di ibu kota. Jadi sampai usianya dah lewat, dia masih belum berkahwin.

Tak sampai seminit, Datin Masitah tak dapat menanggung lagi keinginannya bertanya dengan Norma. “You kenal Rozana kan Norma?” “Ok dah bermula lah ni,” kata Norma di hati. “Rozana mana Masitah?” berat Norma menjawab. “Ala… yang bermenantukan Datin Sabrina. Tahun lepas bernikah dengan anak lelaki tunggalnya tu,” jawab Datin Masitah. Memang Norma menghadiri pun majlis perkahwinan Datuk Hadi dengan Datin Sabrina (pasangan muda yang diberi gelaran kerana hubungan keluarga). Majlis berlangsung di St Regis penuh gilang-gemilang. Semua orang tahu, Hadi taklah kacak macam hot eligible bachelors lain di ibu kota. Jadi sampai usianya dah lewat, dia masih belum berkahwin. At one point, ibunya Toh Puan Rozana memang risau dengan anaknya Hadi yang masih tak lekat-lekat dengan mana-mana gadis pun.

“Dengarnya Hadi dan berpisah dengan Sabrina,” cerita Datin Masitah. Norma agak terkejut tapi dia tak mahulah terlalu nampak ketara. “Ye ke? Bukan baru lepas usia setahun ke perkahwinan mereka?” Norma mula menunjukkan minat. Bukan apa, Norma hairan juga akan apakah sebab sebenarnya mereka berpisah. Walaupun bukanlah perkara pelik anak-anak muda hari ini berkahwin macam ayam berlaki. Tak sampai setahun pun ada, usia perkahwinan sesetengah pasangan muda yang Norma kenali.

Sebelum-sebelum ini ada juga anak perempuan Norma, Saleha bercerita tentang Hadi dan Sabrina. Kebetulan Saleha berkongsi teman-teman yang sama dengan pasangan ini. Kata Saleha, mereka nampak bahagia dan selalu ke mana-mana bersama. Malah ada satu ketika ini, Sabrina insist penganjur majlis menggunakan nama Datin Sabrina dalam undangannya dan untuk post event release. Menunjukkan betapa in love dan komitednya mereka dalam perkahwinan.

Datin Masitah menyambung lagi, “Ya, katanya mereka dah tak lagi tinggal sebumbung.” “Habis Sabrina ke mana kalau tak tinggal bersama?” “Daripada yang I tahu, katanya Sabrina menggunakan alasan mahu sambung belajar di luar negara.” “Habis Rozana membenarkan dan Hadi ok dengan keputusan Sabrina itu?” “Mungkin itu alasan sahaja semata-mata. Sedangkan sebenarnya memang Sabrina tidak mahu lagi bersama dengan Hadi,” kata Datin Masitah.

“Tapi mesti ada sebabnya Sabrina tidak mahu lagi bersama Hadi kan?” Norma mula curious mahu tahu. Shampoo boy Norma sudah pun habis menyampu rambutnya. Norma perlu ke tempat bilas. “Nanti kita sambung lagi ya…” kata Norma. Semasa shampoo boy membilas rambut, Norma terfikir-fikir dalam hati, “Takkanlah sebab Hadi tak kacak Sabrina tidak mahu lagi bersama? Ataupun mungkin Sabrina dah tahu bahawa Hadi tidaklah sekaya yang dikata. Sudahlah tak kacak pula, tak berharta. Gadis-gadis muda era ini manalah mahu yang papa. Hanya kemewahan yang mereka cari. Kalau wajah kacak, itu bonus.”

I dengar ceritalah, yang Sabrina sebenarnya kahwin kontrak dengan Hadi.” Naik bulu roma Norma mendengar sambungan cerita Datin Masitah.

Norma tak sabar-sabar lagi mahu mendengar cerita lanjut Datin Masitah. Selalunya Norma gemar meminta shampoo boy mengurut-urut kulit kepalanya waktu membilas. Tapi kali ini Norma menyuruh shampoo boy nya memendekkan proses. Hanya sekadar bilas. Pabila Norma kembali ke tempat duduk, rambut Datin Masitah sudah separuh siap. Dan Andy akan mula menggayakan rambutnya. Tapi kata Norma pada Andy, “You datang balik lepas lima minit please.”

“Habis betul sebab Sabrina mahu sambung belajar mereka berpisah?” Norma pula yang bertanya pada Datin Masitah. Sebelum menjawab, Datin Masitah memandang kiri dan kanan. Stylist nya pun sudah diminta menyambung kembali selepas lima minit. “I dengar ceritalah, yang Sabrina sebenarnya kahwin kontrak dengan Hadi.” Naik bulu roma Norma mendengar sambungan cerita Datin Masitah. “Apa pula kegilaannya ni?” Berkata di hati Norma. “Apa betul kata you ni Masitah. Ke orang hanya buat cerita?”

Datin Masitah memandang lagi kiri dan kanan. Seperti cemas pun ada juga. “Ya. Ini yang I dengar. Perkahwinan ini sebenarnya dirancang oleh Rozana. Sebabnya dia sudah hampir naik malu dengan teman-temannya yang asyik bertanya bila Hadi akan berumah tangga. Malah you tahu…” kata Datin Masitah hampir berbisik. “Ada antara teman-teman Rozana yang kata, ‘Entah-entah anak you gay tak? Jadi Rozana tak sanggup lagi nak mendepani soalan-soalan berbisa daripada teman-temannya, lantas merancang mengahwinkan Hadi dengan Sabrina. I rasa Rozana pun tahu kot sebab sebenar Hadi tak ber girlfriend ialah kerana dia tak kacak dan tak pula banyak harta.” Kerana itu sewaktu diumumkan perkahwinan Hadi dan Sabrina, banyak yang tak percaya. Masakan Sabrina menerima Hadi. Macam beauty and the beast.

“Apalah nak jadi dengan dunia ni sekarang Masitah? Boleh pula Rozana ni merancang perkahwinan anaknya sendiri kerana malu dengan teman-teman?” soal Norma. “Iya Norma. Bukan sahaja dirancang tapi kata orang mereka kahwin kontrak. Rozana dah buat perjanjian dengan Sabrina dan ibubapanya yang mereka hanya perlu bersama setahun sahaja. Dengan bayaran sekian-sekian, Sabrina perlu menjadi isteri Hadi selama setahun. Harapan Rozana supaya dapat menutup cerita atau pertanyaan-pertanyaan berbisa teman-temannya.”

Tak silap I harga kontraknya RM2.5 juta. Tu pasal sekarang dia di luar negara. Berbelanja duit kontraknya lah.”

“Mengapalah sampai jadi begini Masitah. Sampai hati Rozana buat begitu kepada anak lelaki tunggalnya. Hanya kerana mahu menutup malu diri? Dan Sabrina pula sanggup menerima tawaran dan perjanjian dengan Rozana hanya kerana ter’gila’kan harta dan wang ringgit.” Tapi dalam hati Norma berkata, “Maknanya betullah sangkaan aku Sabrina tidak mengingini Hadi kerana dia tak kacak. Dan setelah mendapat habuan dan tamat kontrak, dia langsung tak mencuba untuk bertahan dalam perkahwinan itu. Ke mana kah hilangnya maruah diri?”

“Ini yang I dengarlah Norma. Tak tahu betul atau tak. Sabrina pun dah berpindah ke luar negara. Hadi sekarang dah tinggal seorang di KL. Kesian juga I dengar cerita orang tentang Hadi. Buka puasa seorang dan ke mana-mana pun seorang sahaja. Apalah nasib ye Norma? Sudahnya akan dikata orang juga. Bayaran kahwin kontrak ke, Hadi itu sebenarnya straight guy ke, bermenantu gadis cantik ke semuanya dah tak guna lagi.”

Rambut Datin Masitah siap dahulu. Andy masih membuat finishing ke atas rambutnya. “I pulang dulu ya Norma. Anak-anak menunggu di rumah mintak dibawa ke club house,” Datin Masitah mengucapkan selamat tinggal kepada Norma. Terpinga-pinga juga Norma dengan semua cerita yang baru sahaja didengar. Setelah menyembur rambut Norma dengan hairspray, Andy mencuit bahu Norma. “Kesian kan Hadi. Baik orangnya walau tak kacak. Tapi I memang dah tahu cerita ni. Sabrina sendiri yang bercerita. Dia klien I. Ada sekali tu katanya, ‘Tak lama lagi dah Andy. Dua bulan sahaja lagi. And then I’m free!!!!!’ Dia macam tak sabar nak bercerai Norma. Tak silap I harga kontraknya RM2.5 juta. Tu pasal sekarang dia di luar negara. Berbelanja duit kontraknya lah.”

Yang ini lebih Norma tak sangka. Mengejutkan, memalukan (nama kaum wanita) dan menjatuhkan maruah (bukan sahaja Sabrina dan keluarga malah nama kelompok socialite). Norma juga resah, tentang rahsia-rahsia yang disimpan shampoo boy dan stylist di salon itu. Norma keluar salon dengan perasaan bercampur-baur.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE