SEARCH

Dayang Nurfaizah: ‘The Real Her’

Dayang Nurfaizah: ‘The Real Her’

Sitting Editor: Ryan Mohamad & Ardi Idewani Penata Gaya: Azreezal Hafidz Arahan Seni: Merrissa Emilda Gambar: Chuan Looi/ Yipieyaya Studio Solekan: Khir Khalid Dandanan Rambut: Fendi Sani Artis: Dayang Nurfaizah

Ramai yang nyatakan nama Dayang Nurfaizah baru memanjat kemasyhuran, tapi pada saya dahulunya Dayang lebih eksklusif. Kini Dayang lebih kepada pasaran massa, lagu-lagunya menjadi halwa teliga dan mudah diterima. Walaupun pernah dihimpit kontroversi dengan syarikat rakaman terdahulu, ia menjadi pengajaran berguna dalam karier seninya. Kini, bangkit bersama Dayang dan lupakan masa hitam lalu. Sang Diva ini akan sentiasa optimis untuk memahat namanya di aras tinggi dalam liga ini.

Di mata karyawan seni, mengecapi kejayaan di negara sendiri memang membanggakan. Terlebih lagi jika karya artis tanah air boleh melebar ke luar negara. Minggu lalu sebelum artikel ini siap ditulis, pengurus Dayang (Sharina) memberitahu saya melalui Whatsapp untuk menambah infomasi terkini aktiviti nyanyian Dayang. Ia mengenai perkhabaran gembira buat peminat Dayang di Singapura. Dayang Nurfaizah bakal membuat konsert solo pertama di Esplanede Singapura pada 1 Januari 2018 nanti! Mendengar khabar itu membuatkan saya juga teruja.

I baru closed the deal,” Kata Sharina. Untuk hal lebih lanjut mengenai konsert akan saya kongsikan di STAIL.MY dari semasa ke semasa. Ayuh kita baca temu bual saya bersama Dayang sewaktu photoshoot berlangsung.

dayang nurfaizah
Kemeja putih Jacquemus di Club 21. Subang COS
Aktiviti terkini Dayang?

“Tamat Ramadan, Dayang kembali aktif mempromosikan album ‘Dayang Nurfaizah’ dengan single ‘Separuh Matiku Bercinta’. Alhamdulillah lagu ini dipilih menjadi OST drama di Slot Akasia berjudul ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’ sebab itu salah satu cara terbaik mempromosikan single terbaru Dayang, kerana ia berputar setiap kali drama itu dimainkan,” tuturnya berstrategi. “Juga, lagu ini baru saja masuk dalam pencalonan Muzik-Muzik dan Dayang berharap ia mampu pergi jauh. ‘Separuh Matiku Bercinta’ adalah hasil ciptaan Ajai sepenuhnya setelah 15 tahun kami bekerja sama untuk lagu pertama yang memperkenalkan Dayang dalam industri seni suara ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ kami kembali bersama untuk album ini.

Kemudian, 29 Julai ini Dayang bakal membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas bersama pelajar UTP. Persembahan ini bertujuan mengumpul dana buat Yayasan Universiti Teknologi Petronas dan saya bakal menyampaikan beberapa buah lagu serta akan membuat persembahan bersama pelajar-pelajar UTP. Kelainannya ialah mereka pelajar dalam bidang kejuruteraan tapi punya minat dalam seni. Maka segala persembahan pada malam itu termasuk gamelan, tarian adalah atas usaha mereka sendiri.” Tak lelah menyambung ayat Dayang cuba mengingat apa lagi aktiviti nyanyian yang bakal berlangsung.

“5 Ogos pula Dayang dan Syahrini akan jadi guest artist untuk Konsert Nova. Konsert gabungan penyanyi dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Di mana artis utamanya ialah Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Judika dan Cakra Khan. Seterusnya SEA Games, Dayang berasa bersyukur kerana menjadi mandat untuk menyanyikan lagu tema SEA Games tahun ini. Saya rasa sungguh berbesar hati kerana diberi penghargaan dan peluang ini. Ada sesuatu yang istimewa juga pada persembahan Dayang untuk penutup SEA Games nanti, Dayang bakal menyanyi bersama seseorang yang belum boleh dikongsikan lagi di sini, tapi nantikan perkhabarannya sedikit masa lagi. Untuk video klip ‘Bangkit Bersama’ pula akan dirilis pabila hampir pembukaan SEA Games nanti,” ujar Dayang laju mengenai jadual kerjanya.

Adakah Dayang pressure dengan lagu Bangkit Bersama, terutama jika orang membanding-bandingkan dengan lagu tema Komanwel 1998 nyanyian Ella, Standing In The Eye of The World’?

“Sudah pasti orang akan compare dengan ‘Standing in the Eye of the World’, tapi Dayang fokus pada lagu ‘Bangkit Bersama’ dan pastikan dapat sampaikan lagu ini dengan cara paling baik sekali. Kerana lagu yang punya pengertian mendalam dan memberi semangat ini bukan mudah untuk disampaikan. Ia ada dua tanggungjawab besar, iaitu menyampaikan dengan cara terbaik di samping menyuntik semangat buat semua yang mendengarnya.

Istimewa ‘Bangkit Bersama’, selain lagu ini digubah oleh Dato Ramli MS, liriknya adalah hasil daripada rangkuman idea rakyat Malaysia. Sebab kita tak mahu lirik itu atas nama satu orang saja, maka semua lirik yang disarankan oleh rakyat Malaysia, kita gabungkan dalam ‘Bangkit Bersama’,” Idea baik untuk diteruskan pada penciptaan lagu nasional akan datang.

dayang nurfaizah
Kemeja putih Zara. Sarung tangan Rizman Ruzaini
Kumpul material dari sekarang untuk album akan datang…

“Walaupun album ‘Dayang Nurfaizah’ baru saja di pasaran awal tahun ini dan masih giat mempromosikan single demi single. Ia tidak bererti Dayang berhenti mencari lagu. Nak cari lagu pun ambil masa, jadi Dayang kumpul saja jika ada lagu baru yang masuk agar tak kelam-kabut nanti,” kata Dayang strategi memperdengarkan single terlebih dahulu disusuli dengan album adalah terbaik. “Trend sudah terbalik, jika dulu artis keluarkan album kemudian mempromosikan single dalam lagu.

Kini keluar single dahulu baru album dilancarkan. Sebenarnya ia sedikit sebanyak memberi ruang untuk Dayang lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu. Untuk album kali ini setiap lagu itu ada keistimewaannya – ada potensi untuk dijadikan single. Dayang tak mahu satu killer song then filler song, biarlah semua ada potensi ke hadapan. Jadi ada kebaikannya juga strategi baru ini.”

Album ‘Dayang Nurfaizah’ tiada fast track…

“Sebenarnya kita tak rancang kesepuluh lagu itu bergenre balada. Saya lihat reaksi pendengar pabila single pertama dikeluarkan, nyata kebanyakannya tunggu ballad daripada Dayang. Sekarang bila single ke tiga diterima maka saya sedar inilah yang peminat mahu daripada Dayang. Tapi jika didengar balik, album ‘Dayang Nurfaizah’ ada bermacam-macam jenis balada. Ada yang power vocal, pop, relax, dan beat. Tapi tak bermaksud Dayang tak cari lagu rancak.” “Most of song writers gave us ballad,” sampuk Sharina.

dayang nurfaizah
Kemeja dan jean denim Levis. Subang milik penata gaya
Dayang akan terus memperjuangkan lagu-lagu dalam Augerah Juara Lagu (AJL)?

Pada 2001 dengan lagu ‘Seandainya Masih Ada CInta’, lagu nyanyian Dayang mula dipertandingkan dalam (AJL 16) diikuti lagu ‘Erti Hidup’ (AJL 19), ‘Di Pintu Syurga’ (AJL 29), ‘Tak Pernah Menyerah’ (AJL 30) dan ‘Lelaki Teragung’ (AJL 31). Penyertaan Dayang tak pernah pulang dengan tangan kosong, walaupun bukan trofi Juara Lagu yang digenggamnya, dia pasti pulang dengan kemenangan vokal dan juara kategori. Tahun lalu, akhirnya Dayang menepati ramalan ramai dengan menggenggam trofi Juara Lagu.

Semua itu takkan memberikan ‘kepuasan’ kepada Dayang untuk berehat atau menarik diri dari penyertaan dalam AJL akan datang. “Pada Dayang kalau rezeki sudah sampai kenapa perlu tarik diri? Lagi pula ia pertandingan juara lagu untuk meraikan komposer dan penulis lirik. Selagi orang mahu dengar suara Dayang dan punya kudrat untuk bertanding, mengapa perlu tarik diri bukan?”

Dayang dan Sharina menceritakan keterujaan mereka mencari konsep persembahan, pakaian, olahan lagu, lighting pentas, rambut hingga make up untuk malam pertandingan. “Walaupun persediaan sebelum pertandingan agak meletihkan, namun selepas bertanding ia pasti membekas kenangan manis yang menyeronokkan,” cerita mereka teruja. “Lepas tu mesti rindu nak buat lagi… tapi taklah serta-merta. Biar rehat dulu… nanti-nanti terkenang balik, seronok juga bila nak buat lagi?” Kata mereka.

Stail peribadi Dayang Nurfaizah

Jeans dan kemeja-t adalah pakaian harian Dayang, kerana inilah pakaian paling selesa tapi sekarang jeans dah tak selesa,” sambil gelak. “Jadi Dayang pilih yang loose. Mudah bergerak ke mana saja. Namun, jika stail Dayang di atas pentas kami berbincang bersama Dato Rizalman Ibrahim (Rizalman) kerana bagi Dayang sebagai seseorang penyanyi jika membuat persembahan besar dan memakai busana indah, ia secara automatik menyuntik keyakinan kita ketahap tertinggi.

Contohnya AJL, Dayang mahu persembahan Dayang memberi pengertian kepada penonton juga apa yang Dayang pakai. Sebab itu semasa berbincang dengan Rizalman, saya nyatakan lagu itu seperti apa, pergerakan Dayang bagaimana hingga konsep persembahan malam itu agar sync.” Beritahu Dayang jika peminat nampak ia remeh. Sambungnya lagi, ”Satu lagi, magis kasut tumit tinggi. Bila pakai heels mood terus masuk, Dayang tak tau lah kenapa.

Tapi itu semua memainkan peranan penting dalam persembahan Dayang.” Tanya Reezal, “Bermakna Dayang meletakkan kepercayaan sepenuhnya di tangan Dato Rizalman?” Dia menjawab “Tentunya kami berbincang dahulu hingga lama kelamaan dia sudah tahu di mana kelebihan dan kekurangan saya yang perlu disorok dan ditonjolkan. Kini Rizalman tahu apa yang saya suka dan saya selesa bekerja dengannya kerana dia mudah dibawa berbincang. Bermaksud jika ada yang tak kena dengan busana itu, dia jenis yang boleh terima dengan pendapat Dayang,” katanya yang tiada butik spesifik dalam membeli baju harian kerana dia beli pakaian di mana-mana saja asal ia selesa dan ‘kena’ dengan dirinya.

Jika ada pereka lain yang ingin menaja busana, adakah Dayang akan terima atau menolaknya?

“Imej seseorang artis melalui apa yang dipakai itu penting. Dayang tidaklah terima dan tidaklah menolak terus pelawaan pereka yang Dayang tak kenal. Beri Dayang lihat rekaannya dahulu, kalau sesuai… maybe? Kalau tidak Dayang akan cakap ia tak sesuai. Bagi Dayang memang kena cerewet, sebab di kemudian hari kita juga yang kena (cemuhan netizen). Dayang rasa sekarang ini bukan lagi masa untuk Dayang bereksperimen dalam gaya. Zaman itu sudah berlalu, rambut pendek, rambut warna biru hingga gaya baju semua Dayang sudah cuba dan gaya yang di pakai sekarang ini adalah yang paling Dayang suka. Bukan Dayang tak nak, tapi saya tak nak buang masa kedua-dua pihak. Di masa akan datang siapa tahu? Ada ramai pereka muda dan mungkin ada yang berjaya serasi dengan gaya Dayang nanti. Mungkin.”

Rujukan STAIL Dayang

“Kalau dulu Dayang gemar merujuk pada Victoria Beckham kerana stail dia very structured, loose, seluar baggy. Actually busana persembahan Dayang pun berstruktur, clean dan relax. Stail itu penting bagi artis kerana kita figura umum dan semua mata melihat kita. Kita harus dilihat presentable mengikut kesesuaian masa dan lokasi.”

Perangai ‘orang media sosial’ kini yang harus make up tebal – berpakaian cantik semata-mata untuk tontonan umum walhal di luarnya berbeza. Apa pandangan Dayang mengenai hal itu? Adakah Dayang juga seperti itu?

“Pada Dayang ia terserah pada setiap individu. Saya bersolek mengikut lokasi persembahan, jika show outdoor Dayang kenakan light make up, jika di studio harus nampak cantik. Ia lumrah, Dayang juga mahu lihat artis kesayangan Dayang cantik di depan kamera. Berbalik pada soalan, Dayang tak pandang orang make up tebal dan berkata buruk mengenainya. Bagi Dayang jika dia berasa yakin dengan make up penuh, why not? Buatlah. Sebab itu pilihan dia dan itu jelah yang buat dia happy. Buat apa yang kamu rasa gembira, usah pedulikan apa orang lain kata. Yang penting apa yang diri kita rasa.” Ujarnya yang sentiasa optimis.

dayang nurfaizah
Item solekan penting yang harus Dayang ada?

“Maskara, Dayang tak kisah kalau tak pakai solekan lain tapi yang penting maskara dan eyelash curler harus ada. Walaupun ke kedai depan pun harus mencalitkan maskara. Saya memang gila dengan maskara dan ia haruslah waterproof, seperti Dayang, gunakan Shu Uemura sebab itu the best.

Bersolek setiap hari, apa rejim kulit Dayang?

“Saya tiada rejim kecantikan yang sentiasa dibuat. Tapi, Dayang tak pernah tidur dengan wajah bermekap. Penat macam mana pun, mekap arus dibuang dahulu. Walaupun maskara ini kalis air Dayang harus gigih buang sebelum tidur. Ia penting kerana masa itu sahaja kulit kita harus berehat. Jika tiada show Dayang di rumah hanya perlukan pelembap di wajah.dayang nurfaizah

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE