SEARCH

Doubletree Hilton Penang Sambut Ulangtahun Pertama Dengan Pelaburan RM100 Juta

Doubletree Hilton Penang Sambut Ulangtahun Pertama Dengan Pelaburan RM100 Juta

DoubleTree Resort by Hilton Penang meraikan ulang tahun pertamanya, mendapat pujian yang hebat dari pengunjung setelah mencapai 120,000 tetamu semenjak pembukaanya. Terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

DoubleTree Hilton Penang

DoubleTree Hilton Penang
Presidential Suite

 

DoubleTree Hilton Penang

Terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara, negeri itu mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Antara lokasi pilihan pelancong di negeri itu termasuklah Batu Ferringhi yang terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar George Town di mana DoubleTree Resort by Hilton bertapak.

Bulan April yang lalu, teman media dijemput untuk merasai pengalaman menginap di resort itu selain menyambut ulangtahun pertamanya. Kami dapat merasai suasana di resort yang mendamaikan. Pengunjung boleh menghabiskan masa mereka di pantai yang terletak bertentangan dengan resort ini. Tanpa perlu keluar dari bilik yang dihuni, pengunjung-pengunjung boleh menikmati keindahan dan kedamaian panorama pantai
Batu Ferringhi hanya melalui jendela bilik.

DoubleTree Hilton Penang

DoubleTree Hilton Penang
Makan Kitchen

 

DoubleTree Hilton Penang

DoubleTree Hilton Penang
Presidential Suite

 

DoubleTree Hilton Penang
Twin Room

 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berucap, “Warisan kaya Pulau Pinang dan kehadiran budaya yang kuat menyebabkan Georgetown dinobatkan ke dalam senarai Warisan Dunia UNESCO pada 2008. Sebagai contoh yang luar biasa dari sebuah bandar perdagangan multikultur di Asia Tenggara berpindah dari perdagangan dan pertukaran tamadun. Penang adalah bandar moden yang menawarkan keunikan dan pengalaman memuaskan yang merangkumi warna-warni makanan, seni bina, gaya hidup, seni dan budaya.”

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus menggalakkan pembangunan hotel yang baru di pulau dan mengalu-alukan syarikat-syarikat seperti Partners Cornerstone Group yang mempercayai potensi serta telah melabur RM100 juta, melebihi kos pengambilalihan hartanah.”

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Negeri Yeoh Soon Hin berkata Teluk Bahang adalah kawasan tumpuan rancangan untuk memperbanyakkan resort terkenal membantu tetamu meningkatkan tempoh penginapan mereka.

“Kita melihat kualiti pelancongan sebagai komponen ekonomi penting. Selain meningkatkan penerimaan purata tetamu, peningkatan tempoh penginapan mereka adalah penting,”

Tahun lalu, tetamu yang hadir menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan kami termasuk kolam renang luaran bertingkat 350sqm dengan pantai buatan dan restoran Makan Kitchen mempamerkan seni Malaysia.

Semua tetamu secara automatik akan menyertai program Hilton Honors untuk menikmati faedah sepenuhnya seperti diskaun dan mata ganjaran yang diperolehi sebagai ahli Hilton Honors terus dari tempahan, makan, mesyuarat, majlis perkahwinan dan acara sosial.

DoubleTree Resort by Hilton Penang terletak di 56, Jalan Low Yat, Batu Ferringhi, Pulau Pinang 11100, Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan di DoubleTree Resort by Hilton Penang, boleh melawat laman sesawang (www.penangresort.doubletree.com), atau hubungi +604-892 8000.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE