SEARCH

Fresh Face 2018 : Khainina Khalil

Fresh Face 2018 : Khainina Khalil
khainina khalilGambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani  Pakaian: Kemeja putih TSyahmi  Arahan Seni: Merrissa Emilda  Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani  Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
KHAININA KHALIL, 24 – SOCIAL MEDIA INFLUENCER

1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu.

Nama saya Khainina Khalil, kawan-kawan saya memanggil saya dengan nama Nina. Saya berusia 24 tahun masih belajar dan kini sedang menjalani latihan praktikal. Saya juga seorang Social Media Influencer.

2 – Memandangkan kamu lebih dikenali menerusi laman Instagram, boleh kamu kongsikan apakah content utama Instagram kamu?

Instagram feed saya lebih berkonsepkan ke arah feed tentang kecantikan, styling dan gaya hidup. Konsep saya lebih kepada all out, melalui cara tersendiri. Saya juga mahu semua orang tahu bahawa saya bukanlah seorang gadis biasa.

3 – Saya seperti ingin tahu, bagaimana rasanya kehidupan sebagai seorang Instafamous?

Orang di luar sana nampak seperti kehidupan seorang Instafamous sangat menyeronokkan namun sebenarnya pada saya ia lebih kepada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai Instafamous ini sangat berat kerana kami miliki jumlah pengikut yang banyak dan sering diperhatikan. It is influencing in a way. Dan saya nak menjadi dorongan yang baik kepada orang ramai. Jika mereka seorang yang gemarkan kecantikan, saya ingin menjadi orang yang benar-benar jujur dalam memberitahu mereka yang mana benar-benar bagus. I don’t want people to see me seperti seorang penjual di Instagram. Ini lah cara saya mendorong pengikut saya.

4 – Sejak bila kamu mula aktif dalam dunia sosial media ini?

Seingat saya semenjak empat tahun lalu. Saya sukakan fotografi dan juga styling. Dan orang ramai mula mengikut Instagram saya kerana gambar-gambar cantik yang saya muat naik.

5 – Saya pernah menonton video kamu di Youtube tapi kamu lebih aktif di medium mana? Instagram, Youtube atau kedua-duanya sekali?

Saya baru sahaja menceburi bidang Youtube. Namun saya tidaklah begitu aktif memandangkan sekarang saya sedang lagi bekerja (internship), jadi masa saya agak terhad. Oleh kerana itu, saya lebih memfokuskan kepada Instagram. Mungkin selepas tamat praktikal, saya akan kembali aktif untuk Youtube.

6 – Bagaimana kamu melihat diri kamu berbeza daripada Social Media Influencer yang lain?

Apabila saya mendapat jemputan untuk menghadiri apa jua event, saya akan memastikan diri saya tampil berbeza daripada yang lain. Jika mereka hadir dengan tema yang perlu kami ikuti, I will go all out. Saya akan tampil bersiap daripada segi bermekap dan penampilan. Namun saya bukan seorang yang begitu mementingkan jenama. Jika kamu tahu bagaimana hendak menggayakan sesuatu outfit itu, ia akan nampak super cool. Dan tidak semua followers itu ‘kaya’ dan mampu memiliki semua benda, dari segi itu kita dapat lihat, it is not even influencing.

7 – Kamu sebagai seorang Instafamous, adakah setiap content di dalam Instagram kamu menjadi lebih terkawal?

Saya boleh katakan ya namun semua ini adalah berbalik kepada kehendak saya sendiri. Jika saya mahu muat naik sebarang gambar, saya akan buat. Namun sudah tentu, apabila kita bekerjasama dengan suatu jenama, kita punya perjanjian kontrak seperti kita tidak boleh terikat dengan mana-mana jenama lain. Akan tetapi daripada segi content gaya hidup, ia lebih santai. Saya boleh memuat naik apa jua gambar pada bila-bila masa saya mahu.

8 – Siapa antara teman rapat kamu di dalam komuniti Instagram ini?

Bukanlah saya kira sebagai teman rapat, namun saya kenal mereka melalui Instagram juga dan kami berkawan. Seperti Nisha Ezzati, Faa Firds, Att Yusof dan ramai lagi.

9 – Boleh kongsikan bersama kami rutin penjagaan wajah harian kamu?

Setiap pagi saya akan pastikan wajah dicuci dengan bersih. Kemudian saya akan menyapu toner, pelembap dan face mist. Sebelah petang saya akan mencuci muka sekali lagi. Dan sebelah malam saya akan menyarung pupur. Saya juga melakukan skrub wajah secara harian. Bukan skrub biasa, namun saya menggunakan skrub yang diperbuat daripada jamu.  It’s good for my skin.

10 – Tiga item penjagaan wajah yang mesti ada dalam tas tangan harian kamu?

Semestinya pelembap, face mist dan juga pencuci wajah.

#skingoals menurut definisi saya adalah bukan tentang kulit yang putih namun ia adalah tentang kulit yang sihat dan cerah berseri.”

Produk saranan kami untuk jenis kulit kombinasi SEPERTI KHAININA

khainina khalil

  1. Sephora Collection Micellar Milk in Rose Cleanser
  2. GlamGlow Bubblesheet Oxygenating Deep Cleanse Mask (mula dijual 18 Januari 2018)
  3. Estee Lauder Advance Night Repair Serum
  4. Dr Jart+ Water Fuse Ultimate Hydro Gel (mula dijual 4 Januari 2018)

Produk boleh didapati di Sephora

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE