SEARCH

Semarak Adiwarna Graf von Faber Castell Guilloche Pencetus Ilham 3 Karyawan Seni

Semarak Adiwarna Graf von Faber Castell Guilloche Pencetus Ilham 3 Karyawan Seni

Menulis langkah pertama kita menjejaki fasa kemajuan sejak kecil lagi. Menerusi tulisan, kita dapat melakarkan ilham sambil melatih penulisan dan seni. Tak kisahlah melalui medium penulisan apa sekalipun, pensil dan pena adalah instrumen paling penting yang perlu ada dalam kehidupan setiap dari kita.


graf von faber castell guilloche
graf von faber castell guillochegraf von faber castell guilloche

Faber-Castell sudah berdekad-dekad melakar sejarahnya di Malaysia. Sejajar dengan itu, STAIL.MY bekerjasama dengan jenama hebat ini berkongsi instrumen menulis dengan tiga individu berlainan kerjaya dan latar belakang, untuk mengeksplorasi adiwarna koleksi Graf von Faber-Castell Guilloche terbaru.

Keistimewaan koleksi Graf von Faber-Castell adalah ia koleksi mewah instrumen menulis terbaik dan memiliki aksesori mewah bagi mereka yang mencari produk gaya hidup terbaik dalam kehidupan, Setiap produk penulisan daripada koleksi ini adalah buatan tangan di Jerman. Alatan menulis hebat ini boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Faber-Castell di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, 1 Utama dan Sunway Pyramid.

Sitting Editor & Teks: Ryan Mohamad Arahan Seni: Merrisa Emelda Penata Gaya: Azreezal Hafidz Video: Octopost Studio Talent: Ezzati Amira, Moribayu & Zawir Rahim
Makeup: Emmy Agung Penaja Lokasi: MOV Hotel Kuala Lumpur

graf von faber castell guilloche

9 Warna Graf Von Faber Castell GUILLOCHE
graf von faber castell guilloche
Koleksi Graf von Faber-Castell Guilloche

 

Katakan warna apa kamu gemari? Sembilan warna-warna menonjol ini dibawakan khas buat pengumpul koleksi pena. Cukup teruja pabila warna hebat ini diperkenalkan antaranya Guilloche Turquoise, Guilloche Burned Orange, Guilloche Olive Green, Guilloche Violet Blue, Guilloche Cognac, Guilloche India Red. Setiap warna dihadirkan bersama koleksi keychain kulit asli, buku nota, pena bola, pena fountain, dakwat (mengikut warna pilihan) dan pensil 2B.

Tiga warna lain dipilih oleh tiga ‘karyawan’ ini. Tonton video untuk mendapatkan inspirasi daripada mereka;

Ezzati Amira, Pereka Fesyen memilih Guilloche Electric Pink

graf von faber castell guilloche
20 kartrij dakwat pena fountain Guilloche Electric Pink

 

Sibuk mengeluarkan koleksi pakaian wanita saban tahun, Ezzati memerlukan pena fountain dan pensil warna yang melancarkan lakaran yang dilukisnya. Teruja dengan koleksi terbaru Graf von Faber-Castell Guilloche, Ezzati rambang mata memilih warna kesukaannya. Dalam koleksi ini dia memilih warna Guilloche Electric Pink kerana melambangkan wanita yang tegas di sebalik kelembutan.

Dr. Zawir Rahim, Pegawai Perubatan memilih Guilloche Gulf Blue

graf von faber castell guilloche
Bekas pencil & pen berzip

 

Setia dengan pena bola di poketnya sepanjang masa, sebagai pegawai perubatan, Zawir harus memastikan setiap yang dilihatnya, tercatat. Pena bola warna Guilloche Gulf Blue amat sesuai dengan kerjayanya, selain itu ia mudah dibaca dan kelihatan sedikit formal.

Moribayu, Pelukis Ilustrasi memilih Guilloche Viper Green

graf von faber castell guilloche
Keychain kulit

 

Mula melukis dan menggunakan Faber-Castell sejak kecil, Moribayu tidak kekok menggunakan pena fountain dalam melakarkan doodle art atau setiap lukisannya. Percaya setiap hasil seni punya maksud tersendiri, walaupun dikejar peralihan masa dengan dunia digital, instrumen menulis kekal menjadi pilihannya selamanya.

graf von faber castell guilloche

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE