SEARCH

Kepayahan Model Transgender Ines Rau Dalam Dunia Yang Menghukum

Kepayahan Model Transgender Ines Rau Dalam Dunia Yang Menghukum

Ines Rau berasal dari Amerika Syarikat tetapi kini menetap di Paris. Tentu ada sesetengah antara kita yang pernah mendengar nama Ines Rau. Sebagi model transgender, dia boleh dikategorikan dalam kelompok model-model transgender lain seperti Andrej Pejic, Lea T atau Carmen Carrera. Ines pernah berjalan untuk pertunjukan Nicole Miller dan menghiasi kempen Barneys dan Alexis Bittar antaranya.

Walaupun Ines hidup sebagai wanita dari usianya 18 hingga 24, bermula dua tahun setengah yang lalu Ines merasakan sudah sampai masanya untuk dia keluar daripada kepompong persembunyiannya dan hidup bangga sebagai model transgender. Ini penting untuk kepuasan dan pembebasan diri selain mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat agar menerima dan tidak menindas golongan sepertinya. Kerana itu dia mula menjadi lantang dan sering bersuara tentang personaliti dirinya yang sebenar. Ini membuatkan dia semakin dikenali hingga menjadi pilihan jurugambar seperti Willy Vanderperre dan Bruce Weber.

Pun begitu, Ines tidaklah terlalu terbuka dalam berkongsi gaya hidupnya di media sosial seperti model-model dalam kategorinya. Tetapi terbaru, Ines keluar dalam program untuk saluran TV French TF1 Sept á Huit sebagai subjek memfokus pada hidup seharian seorang model transgender. Ines berniat mahu memberitahu masyarakat bahawa transgender juga ialah manusia biasa. “Mereka juga layak dihormati. Mereka hanya manusia… Ini cara saya membantu mereka,” katanya. Saya menterjemahkan temu bual Ines bersama vogue.com.

Mengapa sekarang baru berasa mahu berkongsi cerita?
Saya benar-benar ‘keluar’ dua tahun lalu. Tapi saya tak bersedia untuk melibatkan diri dalam aktivisme kerana saya perlu benar-benar menemui diri saya dahulu. Saya hidup sebagai wanita dari usia 18 hingga 24 tapi saya tak bisa bicara tentang masa silam saya. Saya perlu sedikit masa.

Kini saya selesa. Saya ada teman lelaki yang menerima diri saya. Teman-teman yang sangat menyokong dan memahami. Sebab saya mahu membuat kerja amal ialah untuk transgender lain memiliki tempat di mana mereka bebas menjadi diri sendiri. Di Amerika, keadaan sudah banyak berubah dan ada banyak perbincangan tentang isu-isu transgender, tetapi tidak di Perancis.

Bagaimana ia berbeza dengan Amerika?
Ada kesedaran di sini tetapi banyak juga kesukaran. Susah untuk transgender mendapat kerja. Ada banyak juga jenayah membenci dan stereotaip yang terpaksa didepani. Sejak saya mula bersuara, saya dapat banyak respons daripada komuniti di sini. Mereka menulis kepada saya kata-kata yang sangat bermakna seperti ‘Terima kasih kerana menjadi contoh, terima kasih kerana menunjukkan yang golongan trans juga ada masalah dan punya emosi sama dengan orang laon. Bekerja, ada cinta – isu-isu yang sama dengan orang lain’.

Mengapa kamu rasa dokumentari cara terbaik mendidik?
Saya tak biasa buat rancangan TV dan ada kamera mengikut saya. Tapi dokumentari boleh jadi medium berkuasa. Kita semua manusia biasa dan ini boleh ditunjukkan melalui dokumentari dalam cara paling asli. Mereka dapat menonton saya di New York pergi casting, meeting, shooting dan bercakap tentang teman lelaki saya. Ibu bapa saya juga bercakap. Saya mahu golongan trans faham bahawa mereka juga manusia. Mereka wajar dihormati.

TransgenderModel1_stailMYInes berniat mahu memberitahu masyarakat bahawa transgender juga ialah manusia biasa. “Mereka juga layak dihormati. Mereka hanya manusia… Ini cara saya membantu mereka,” katanya.

Apakah impak fesyen dalam mewakili trans dalam media?
Ia suatu revolusi. Sangat hebat. Mungkin ada orang akan cakap fesyen hanya fesyen. Ia tidak mewakili kehidupan. Tetapi kalau kamu fikir semula, fesyen mencipta trend. Ia boleh memulakan perbincangan tentang isu-isu tertentu. Industri-industri kreatif lain mengharap industri fesyen untuk mejadi cutting edge jadi ia ada kuasanya sendiri. Fesyen boleh menyentuh seluruh dunia. Industri fesyen boleh membantu membuat orang ramai sedar akan bukan sahaja golongan trans tetapi juga yang lainnya. Buka majalah kamu akan nampak Andrej Pejic atau Lea T, buka TV nampak Laverne Cox.

Kamu juga berlakon, ada langkah untuk bernaratif?
Saya teringin berlakon siri seperti The Nanny. Lighthearted di mana kamu ada watak transgender tetapi masih kelakar. Orang suka komedi. Biarkan mereka ketawa dan seronok menonton.

Sebagai model, apakah kamu berasa ada halangan yang perlu diruntuhkan?
Cabaran terbesar masih lagi dalam mendapatkan klien komersil. Banyak jenama mewah provokatif sudah menerima tetapi bukan yang komersil seperti H&M atau Zara. Ini penting kerana banyak orang akan masuk dalam butik-butik jenama ini dan melihat kempen iklan mereka. Kan bagus kalau transmodel dipaparkan dalam kempen iklan ini. Secara peribadi impian terbesar saya juga ialah untuk mendapat kontrak jenama kecantikan. Sebab peluang untuk ini jarang ada. Mekap dan penjagaan kulit sesuatu yang uniseks jadi bagus untuk saya mendapat peluang ini.

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE