SEARCH

3 Cara Mencapai Kulit Wajah Cerah Berseri Dengan Reine Blanche

3 Cara Mencapai Kulit Wajah Cerah Berseri Dengan Reine Blanche

Semua wanita mengidamkan kulit wajah cerah berseri. Cerah tidak bermakna putih melepak, cukup sekadar nampak berseri dan sihat dari dalam. Kadang-kala gaya hidup seharian juga cuaca antara menjadi punca kulit sentiasa kusam dan tidak bermaya. Rawatan estetik mungkin boleh menjadi solusi terpantas, namun ia ibarat satu pelaburan tetap yang perlukan komitmen? Solusi lain yang boleh saya syorkan ialah menerusi penggunaan produk penjagaan wajah yang baik dan berkualiti. Seperti kita semua sedar, ramai wanita yang termakan dengan janji-janji manis produk pemutih di pasaran. Kata orang, ‘putih segera’. Tahukah kamu bahawa lama-kelamaan, ia hanya akan membinasakan lagi kulit kamu? (Minta dijauhkan)

Kulit Wajah Cerah Berseri

Solusi terbaik daripada saya adalah L’Occitane. Jenama penjagaan kulit wajah asal Perancis ini memperkenalkan tiga produk baru di dalam rangkaian sedia ada, Reine Blanche. Secara jujur, saya adalah pengguna setia pencuci muka serta sleeping mask daripada rangkaian ini. Ternyata setelah menggunakannya, saya dapat saksikan sendiri perubahan ketara. Perlu diingatkan, wajah putih melepak itu mustahil sama sekali untuk dicapai (kerana sesungguhnya itu satu penipuan), akan tetapi, kulit wajah saya sendiri menjadi lebih cerah dan nampak glowing setelah beberapa minggu mencuba.

Yang menariknya, di dalam tiga produk baru L’Occitane ini iaitu The White Infusion Serum, White Infusion Cream dan Illumination Lotion Toner telah disuntik formula istimewa dalam memberi rawatan ekstra pada kulit wajah untuk merawat kulit kusam dan tidak sihat. Formula yang menyediakan bahan semaian pelbagai fungsi terutama dalam mempertingkatkan kuasa pembaharuan sel kulit pada permukaan wajah serta menghasilkan kuasa tinggi dalam menghalang penghasilan melanin dari dalam kulit wajah. Selain itu, tiga produk terbaru ini juga diperbuat daripada formula yang menghasilkan zarah-zarah lembut ibarat span untuk melindung serta mengekalkan kandungan air pada kulit. Hasilnya, kulit wajah menjadi lebih sihat, kekal terhidrat serta kulit menjadi lebih cerah bersinar.

Tiga tambahan produk terbaru di dalam rangkaian L’occitane Reine Blanche ialah:

Reine Blanche White Infusion Serum RM300/30ml

Kulit Wajah Cerah Berseri

Mengandungi dua bahan baharu seperti bunga Meadowsweet serta White Florentine Iris. Serum bertekstur gel ke air ini mampu memberikan manfaat melembap dan mencerah dua kali ganda. Ia mampu mencerahkan serta memberi hasil sinar pada permukaan kulit wajah serta mengembalikan tona kulit sekali. Bukan itu sahaja, ia mampu merawat dan mengembalikan permukaan tekstur kulit yang halus dan mulus.

Reine Blanche White Infusion Cream RM280/50ml

Kulit Wajah Cerah Berseri

Krim wajah bertekstur gel ini tidak akan membuatkan wajah rasa melekit sepanjang hari. Formula di dalam krim ini menjadikan kulit wajah lebih anjal dan menyempurnakan ton kulit wajah yang kusam. Bukan itu sahaja, tanda-tanda hitam pada permukaan kulit wajah juga mampu dirawat menerusi krim ini.

Reine Blanche Lotion Toner RM138/200ml

Kulit Wajah Cerah Berseri

Segarkan wajah dengan losen setelah mencuci bersih. Losen yang turut bertindak sebagai toner dan mampu memberi efek bak primer pada kulit wajah yang mampu menyerapkan lagi manfaat produk yang bakal disarung ke kulit wajah selepas itu. Teksturnya yang ringan dalam bentuk losen gel memudahkan ia menyerap lebih cepat ke dalam kulit wajah.

Pengalaman Rawatan Facial Reine Blanche White Perfection

Kulit Wajah Cerah Berseri

Pengalaman saya mencuba rawatan facial Reine Blanche White Perfection selama 1 jam 30 minit adalah antara pengalaman spa terbaik pernah saya lalui. Satu lagi saranan saya adalah rajin-rajinkan diri juga ke spa sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif. Seperti di L’Occitane ini, sesungguhnya saya memiliki kulit yang agak kusam kerana dek sibuk dengan kerja seharian. Makan juga tidak menentu, semua ini mendatangkan efek pada kulit saya. Setelah mencuba, saya dapat lihat wajah saya menjadi cerah serta-merta. Boleh dilihat wajah saya nampak lebih berseri. Solekan yang saya sarungkan selepas rawatan wajah itu, ternyata nampak cantik dan kemas terletak pada wajah.

Rawatan spa ini membantu dalam merawat kulit yang asyik terdedah pada sinar matahari serta buat mereka yang memiliki bintik-bintik hitam pada wajah. Ia adalah rawatan yang mampu mengurangkan penghasilan melanin dalam kulit serta mencerahkan kulit wajah dengan menyamarkan pigmentasi kulit. Bukan secara seratus peratus, namun hasilnya mampu dilihat serta-merta. Bagi kamu yang sibuk, apa kata luangkan selama satu jam setengah, sambil dapat berehat, sambil itu kamu bakal peroleh kulit wajah idaman kamu. rawatan facial ini boleh didapati dengan harga RM368/90 minit.

Terma dan Syarat Penyertaan:

1. Tempoh penyertaan dari 16 April 2018 – 27 April 2018.

2. Penyertaan eksklusif untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Keputusan akan diumumkan pada 30 April 2018, hadiah perlu diambil sendiri dalam tempoh seminggu (30 April – 4 Mei 2018, Isnin – Jumaat) di pejabat STAIL.MY (Kelana Jaya).

4. Senarai peserta bertuah akan dimaklumkan melalui Instagram Messenger atau Emel.

5. Penyertaan yang lewat, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak akan dilayan sama sekali.

6. Kakitangan, penaja, agensi pengiklanan dan keluarga terdekat tidak layak menyertai.

7. STAIL.MY dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama atau gambar peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

8. Pihak STAIL.MY juga berhak memilih mana-mana peserta sebagai pemenang untuk pertandingan ini.

9. Semua keputusan yang ditetapkan oleh STAIL.MY adalah MUKTAMAD.

10. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-7886 5050.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE