SEARCH

3 Jurugambar, 1 Pelukis Menghasilkan 4 Cover Berbeza Majalah Vogue September’17. Ini Baru Betul Collector’s Edition!

3 Jurugambar, 1 Pelukis Menghasilkan 4 Cover Berbeza Majalah Vogue September’17. Ini Baru Betul Collector’s Edition!

Majalah fesyen terunggul, Vogue meraikan ulang tahun ke-125. Pada awalnya saya menjangkakan legenda hidup Celine Dion bakal menghiasi muka hadapan majalah hebat itu bulan September setelah beberapa video Celine menjadi tular di Instagram bulan lalu. Lagi pula Celine telah mentransformasikan dirinya kepada lebih high-fashion setelah melantik perunding gaya untuk setiap penampilannya di khalayak. Namun, sangkaan saya meleset.

Dengan menampilkan empat siri sampul hadapan yang berbeza untuk isu September, majalah Vogue memilih Jennifer Lawrence sebagai satu-satunya bintang yang bekerjasama dengan tiga jurugambar hebat yang mempunyai konsep photoshoot berbeza serta pelukis yang seakan menghidupkan kembali edisi Vogue 125 tahun yang lalu dengan ilustrasi hebatnya. Kesemua mereka mencipta konsep masing-masing dalam menghasilkan naskah collector’s edition ini.

Hands down, ini baru dinamakan koleksi yang harus dikumpul. Kerana sesebuah edisi istimewa seperti ini harus menampilkan konsep gambar-gambar menarik, besar dan less text. Yang pasti bukanlah corat–coret gambar-gambar koleksi lampau yang berselerak dalam layout majalah. Itu bukan collector’s edition dan zaman bila layout seperti itu?

Pengarah Fesyen, Tonne Goodman menegaskan ini bukan satu pertandingan cover mana yang lebih baik. Tapi pada saya tentunya ia mencetus perbandingan pabila diletakkan bersebelahan. Atau kita sebagai pembeli mahu cover yang tercantik untuk dihiaskan di bookshelf rumah dan menjadi koleksi peribadi.

Jika terdapat banyak ‘mata’ yang memandang (idea), ia merumitkan lagi proses penggambaran. Bagaimana jurugambar berkomunikasi dengan artis, ada satu teknik rahsia yang mereka sendiri tahu mengendalikannya.” Tonne Goodman, Pengarah Fesyen Vogue

majalah vogue
JLaw memakai gaun, Ralph Lauren Collection, Subang, Cathy Waterman & Sepatu, DIor
Annie Leibovitz

Di sebalik gambar yang menarik, Pengarah Hiburan Vogue, Jillian Demling dan krew yang merencanakan penggambaran ini tertinggal bot akibat tersalah lokasi. Mereka fikir, sudah berada di marina yang betul malah terlepas beberapa saat. Jadi, penggambaran video berjaya dirakam melalui telefon Taylor Angio, Pengarang Fesyen Bersekutu majalah Vogue. Jennifer Lawrence hampir mabuk laut, namun penggambaran berjaya dihabiskan sebelum dia berasa mual.

majalah vogue
Jlaw memakai gaun Versace & subang David Yurman
Inez & Vinoodh

Saya tertarik dengan tanda “Absolutely no use of social media” pada pintu di Pier 59 Studio. Sudah tentu kerana di zaman serba pantas ini semua mahu disosialisasikan terlebih awal dan ia berkait rapat dengan nilai eksklusif untuk satu-satu isu seperti ini. Di Malaysia seharusnya mempromosikan terlebih awal untuk medium penerbitan dibeli setiba masa pengeluarannya. Maka disebabkan hal itu, penggambaran di Pier 59 Studio tidak dirakamkan dan tidak boleh ditemu ramah. Yang itu pelik.

majalah vogue
Jlaw diilustrasikan dengan memakai gaun, beg dan topi daripada MiuMiu
John Currin

Temu bual bersama pelukis legenda John Currin dibuat melalui telefon. Katanya,

Melukis potret selebriti berhadapan dengan cabaran kerana ia akan membiaskan ilustrasi yang tidak sama seperti wajahnya. Dan paling sukar umum sangat fasih akan rupa selebriti itu. Jadi, berjuta orang akan nampak kesilapan ilustrasi itu.”

majalah vogue
Jlaw dengan kemeja & subang, Dior. Cincin, Eli Halili
Bruce Weber

“Satu yang menarik tentang proses fotografi dan pembuatan filem, ia melibatkan kerja kolaborasi daripada berbagai pihak. Dia (jurugambar) tidak berkerja sendirian di set,” kata Bruce yang mendapat bantuan daripada Brandford Lazarus, penata ladang dan Dan James, jurulatih kuda selain kru Vogue.

Segalanya diceritakan melalui video ini.

Cover Majalah Vogue ‘125 Years’ Pilihan Pengarang Gaya Hidup STAIL.MY

Saya gemar dan akan membeli cover hasil ilustrasi John Currin. Kerana ia seakan membawa kembali Vogue edisi awal penerbitan majalah ini yang sukar didapati sekarang. Kerana gambar Jeniffer Lawrence yang biasa sudah merata dan ini satu-satunya yang berbeza. Cover daripada Annie Leibovitz pula tidak kurang hebatnya.

Ia melambangkan cover Vogue zaman ini and the Ralph Lauren dress looks fantastic! Cover hasil jurugambar Inez & Vinoodh pula berjaya menjual gaun emas Versace yang nampak sungguh menarik. Akhir sekali, foto lifestyle hitam dan putih menjadi pilihan terakhir saya kerana saya tidak nampak wajah dan apa yang dipakai JLaw. Mana pula pilihan pembaca?

Apa-apa pun tahniah kepada Vogue atas ulang tahunnya yang ke 125. Sesungguhnya strategi pemasaran dan publisiti mereka sangat berkesan. Mencipta video dan teaser yang membuat sesiapa pun tak sabar-sabar mahu memiliki isu September ini. Idea yang dilestarikan pula sungguh current, mencipta ilusi pertandingan untuk penciptaan empat cover berbeza ini. Saya sendiri tidak sabar menunggu majalah ini sampai di Malaysia untuk mendapatkan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE