SEARCH

The New Bootie Call: Bukan Untuk Seks Tapi Nak Memanipulasi

The New Bootie Call: Bukan Untuk Seks Tapi Nak Memanipulasi

new bootie call

Saya pasti perkara ini biasa sangat terjadi di kalangan kita. Bootie call di mana kenalan kita menelefon, seringnya jam-jam lewat malam untuk bertemu atau bertandang ke rumah. Sedangkan kita semua tahu yang tujuan sebenar mereka menghubungi ialah untuk bersetubuh.

Ya, ini situasi biasa yang kita sudah maklum. Tetapi sesuatu yang kita semua belum arif ialah tentang the new bootie call. Panggilan telefon atau sekadar teks Whatsapp malam-malam buta yang sepatutnya digunakan untuk berehat dan wind down sebelum tidur tetapi bukan lagi untuk bersetubuh sebaliknya bertujuan lain.

Beberapa malam lepas saya mendapat teks Whatsapp daripada seorang kenalan yang sudah lama tidak menghubungi. Tentunya kami pernah ada fling sebelum ini. Beberapa kali bersetubuh tanpa sebarang pertalian. No string’s attached. Dan saya tahu apa yang kami miliki ini hanyalah sekadar seks. Malam itu seperti biasa, saya mengharapkan dia memberitahu jam berapa dia akan datang atau saya perlu ke rumahnya sebaliknya lain pula yang terjadi.

Memang mula-mula dia bertanya khabar dan mencadangkan kami bertemu untuk update each other. Okay seperti yang dijangka. Kemudian dia juga bertanya khabar tentang seorang lagi teman saya yang turut dia kenal dan meminta saya datang bertemunya bersama teman saya itu. Okay seperti yang saya jangka juga. Selepas teks-teks ini semua, saya menunggu sahaja masanya dia memberitahu masa kami patut bertemu malam itu.

Jangkaan saya meleset. Dia membuka cerita bahawa ada beberapa surat khabar yang mahu membuat penggambaran dengannya kerana dia kini bekerja dengan resort yang bakal dibuka di puncak gunung. Jadi dia bertanggungjawab mempromosikan resort baru ini. Nyata dia tahu hubungan saya dengan dunia media. Dalam teksnya dia menulis, “Hanya kamu yang tidak memanggil saya untuk penggambaran.”

Saya menjawab, “Dan itu yang kamu paling tunggu-tunggu dan mahukan?” “Sentiasa,” jawabnya. Oh saya terdiam seketika. Tidak tahu mahu menjawab apa. Yang saya tunggu dan harapkan daripadanya tak kunjung-kunjung tiba. Sebaliknya dia membuat saya terfikir sama ada patut atau tidak saya membantunya dan menguruskan penggambaran yang dia mahukan daripada saya itu.

Ya, dia hot. He’s my kind of guy. Persetubuhan dengan dia antara yang terbaik pernah saya alami. Tapi sebelum ini, hanya itu yang ada antara kami. Kami mengubungi sesama sendiri hanya untuk seks semata-mata. Tiada lebih dan tiada kurang. Tapi sekarang bootie call dia bukan lagi untuk tujuan ini. Hmmm… Nampaknya bootie call dia bukan lagi setakat untuk seks semata-mata.

Patutkah saya melayannya? Patutkah saya menguruskan penggambaran yang akan hanya memberi faedah kepadanya sahaja? Apa akan saya dapat sebagai balasannya? Apakah dia akan masih membuat bootie call lagi selepas-selepas ini untuk memberi saya seks terbaik pernah saya alami? Masih kah saya boleh menghubunginya untuk meminta seks terbaik itu? Atau apakah ia akan menjurus kepada pelbagai lagi bentuk bootie call lain yang akan hanya menguntungkan dia sahaja?

5 JENIS NEW BOOTIE CALL (YANG BUKAN MELIBATKAN SEKS)
1
Asking for a favour

Ini alasan yang biasalah sebenarnya. Hanya itu sahaja yang dimahukan daripada mereka yang menghubungi malam-malam. Semua kerana kepentingan diri mereka sahaja. Lebih-lebih lagi kalau mereka tahu kamu pasti dapat membantu mereka biar apa pun yang kamu minta. Jangan mudah termakan dengan helah mereka ini.

2
Meminta simpati

Waktu menunjukkan jam 11 malam. Tiba-tiba, panggilan masuk daripada seseorang yang sering membuat bootie call. Jawab kamu, “Yessss… what can I do for you?” Rupanya kereta dia dilanggar orang. “And…?” tanya kamu. “I don’t know what to do.” Ohhh jadi kamu menghubungi aku? Dan aku yang hanyalah contact bootie call kamu seharusnya membantu kamu? Hmmm… maybe we should assess our relationship back yeah…

3
Mengadu masalah

Ha… mereka rupanya perlukan therapist. Bukan lagi mahukan seks. Perlukan orang untuk mendengar masalah mereka. Hmmm… hello tolong telefon atau hantar mesej teks kepada sahabat kamu. Bukan kepada bootie call contact kamu ya. Sila bezakan antara sahabat dan bootie call person.

4
Merasa keseorangan

Oh you’re lonely? Masuklah teks berbunyi, “You tengah buat apa?” Tapi pabila kita cuba melanjutkan perbualan, ia tidak ke mana-mana pun. Cukup sekadar dia mahu kita bertanyakan khabar mereka dan menunjukkan sikap ambil berat kita terhadap mereka sahaja. Agar mereka tidak merasa keseorangan atau sekadar mengisi masa bosan mereka. Itu sahaja. Adil tak?

5
Test water

Mahu semak kalau hubungan kamu dengan dia masih ada. Hahahaha. Seriously? Ya lah tak mahulah sampai hubungan yang dicipta (biarpun hanya bersandarkan seks) terputus begitu sahaja. I mean… Tak perlu rasanya. Kita berdua tahu ini hanyalah semata-mata untuk seks, jadi tak perlulah nak memastikan ada hubungan antara kita ini atau mahu mencuba pula menjaga hubungan yang tak ada pun sebenarnya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE